BAND PUNK DARI KOTA KINABALU, DEAD GRAPH TERBIT EP 'BINGUNG SEKEJAP'



Band punk asal Kota Kinabalu, Dead Graph ditubuhkan oleh Bobby, selaku pemain bass dan vokalis, pada November 2023. 

Bersama barisan anggota lain, seperti Mew sebagai pemain gitar, Eric sebagai pemain drum, dan Onell memegang posisi sebagai gitar kedua, mereka membentuk sebuah band punk rock & roll. 

Dengan pengaruh dari band seperti GBH, NTRL, Circle Jerks, Slayer, Verbal Abuse, dan Minor Threat, kebanyakan lagu-lagu Dead Graph membawa nuansa vibe 80-an yang cukup kuat!

EP pertama mereka yang berjudul Bingung Sekejap telah mengeluarkan beberapa lagu termasuk:

  1. Masuk Rumah
  2. Balik Rumah
  3. Palui
  4. Apa Putungan Ouh!
  5. Pekak Telinga

Kini, Dead Graph merancang untuk melancarkan EP kedua dan sedang dalam proses menghasilkan lagu-lagu baru. 

Belajar dari kesilapan masa lalu, mereka berusaha untuk meningkatkan kualiti dalam scene muzik ini dengan memberi lebih fokus kepada latihan dan bermain di beberapa acara tempatan.

Untuk merasai sendiri getaran muzik mereka, tonton video muzik rasmi Dead Graph untuk lagu "Pekak Telinga" di YouTube.


Dengan semangat yang tidak pernah padam, Dead Graph terus berusaha untuk meninggalkan jejak dalam dunia muzik punk rock & roll Malaysia.

Comments