Pernahkah kita merasa mulia? Lebih baik dan sentiasa hebat dari yang lain? ANGKUH, perkataan yang lebih tepat mengambarkan sifat manusia yang sentiasa merasakan dirinya lebih hebat dari yang lain, sehingga tanpa sedar bertukar zalim dan rasa mampu menidakkan takdir dengan kehendaknya. Sempena Bulan Ramadan kali ini, Budak Nakal Hujung Simpang tampil dengan sebuah lagi single terbaru yang berjudul ‘Sadar’. Lagu ini akan berada di semua platform Digital pada 8 April 2021, Jumaat, bersamaan dengan 6 Ramadan 1443H.
Lagu ini dicipta oleh Syed H Daniel dan liriknya pula ditulis oleh John Bear. SADAR, bercerita tentang seberapa sibuknya manusia itu berkehendak dan mencintai dunia, sehingga terlupa untuk menjadi seorang HAMBA. Kerana terlalu leka mengejar nama, pangkat dan harta, manusia seolah-olah terlupa dan akhirnya hanyut dalam dunia simulasi ciptaan manusia. Sadar merupakan salah satu track yang bakal menghiasi Album kedua Budak Nakal Hujung Simpang yang dijadualkan bertemu peminat selepas musim Raya nanti. Lagu ini juga telah pun di calonkan dalam Muzik-Muzik 37 baru-baru ini dan telah pun beberapa kali dimainkan secara LIVE!
‘Sadar’ diharapkan dapat menjentik minda dan mengaktifkan kesedaran lama supaya kembali sedar untuk menerima segala kelebihan dan kekurangan diri, sekaligus mencari jalan supaya kembali mengenal semula diri dan sama-sama pulang kepada Tuhan dalam tenang dan gembira. Semoga takdir lagu ini, membawa kita mencari sesuatu yang telah lama ‘hilang’ Walau beribu kali, bunyi dan cerita
kami cuba dimatikan, dengan apa cara, mahupun alasan, mana mungkin segala percaya dan ketentuan itu dibunuh dengki dan khianat manusia?
Mana mungkin kebenaran itu akan lenyap? Dilenyapkan oleh mereka yang terlalu mencintai dunia? Atau mereka yang mencari kemasyuran dengan menyembunyikan kebenaran?
Comments
Post a Comment