BAKAL RILIS 'GO BACK ANOTHER DAY', AGENDA PESTA DANSA MENGAJAK PENDENGAR MENIKMATI KERISAUAN YANG MENDATANG.
Perjalanan muzik Agenda Pesta Dansa bermula sejak semester 2 di Fakultas Hukum Undip sebagai seorang vokalis dan gitaris di sebuah band psychedelic stoner asal Semarang “Santaiisme”. Terinspirasi dari musisi yang sering didengarnya saat merebah sebelum tidur seperti Moses Gunn Collective, GoodMorning, Los Retros, dan The Holydrug Couple, Agenda Pesta Dansa dalam projek solonya menghadirkan muzik dengan nuansa bedroom pop.
'Go Back Another Day' yang akan diriliskan pada 12 September nanti, single pertama Agenda Pesta Dansa yang sempat beliau kirimkan kepada Bawahtanahrasmi, merupakan sebuah lagu yang ingin mengajak pendengar berdansa tenang melalui hal-hal yang terlintas dikepalanya di dalam masa yang tidak menyenangkan. Banyak rencana yang terbatal, hal yang akhirnya tidak dapat terlaksana, hingga kerisauan di hari mendatang, semua tercampur aduk dalam masa pandemik yang serba sulit. Melalui lagunya, Agenda Pesta Dansa berusaha menyampaikan bahawasanya setiap hal masih dapat difikirkan dengan lebih baik di esok hari.
MODESCAPE RILIS BEBAS, EKSPRESI EMOSI MELALUI TARIAN KONTEMPORARI DIDALAM MUZIK VIDEO.
Modescape melancarkan single terbaru mereka berjudul BEBAS pada 27 Ogos yang lalu. Ini diikuti dengan muzik video yang juga dilancarkan pada tarikh yang sama. Menurut penyanyi utama kumpulan tersebut Shah, kisah di sebalik lagu BEBAS ini adalah mencari ketenangan jiwa dan membebaskan diri dari kesakitan emosi. Penceritaan di dalam muzik video ini juga seiring dengan idea Shah; "Lebih baik melepaskan daripada bertahan tetapi menyakitkan". Dibintangi Aidilla Shaffi sebagai pelakon utama, beliau mengekspresikan emosi lagu tersebut ke dalam tarian berkonsepkan moden kontemporari.
Seperti penggiat seni yang lain yang berusaha keras pada masa yang sukar ini, mereka juga terus berfikiran positif untuk terus berkarya. Tetapi sehingga pandemik ini selesai, Modescape akan terus berharap agar dapat kembali bermain gig - gig dan persembahan secara langsung di masa akan datang. BEBAS adalah sebuah hadiah yang istimewa buat semua peminat setia mereka dan mereka berharap BEBAS dapat memenangi hati para pendengar baru. Modescape juga teringin untuk beraksi secara atas talian dan masih berharap jika ada penganjur yang akan memberi ruang dan peluang untuk mereka.
Modescape ditubuhkan pada 2012 sebagai salah satu saluran untuk ekspresi muzik mereka, mula mencuri perhatian semua dengan single hit mereka HILANG yang kemudian menjadi OST untuk filem ALIF DALAM 7 DIMENSI. Kemudian disusuli dengan hit kedua mereka DUNIA yang sudah lebih 65 ribu play di Spotify. Pernah berkongsi pentas bersama artis antarabangsa antaranya Usher, Crown The Empire dan Mayday Parade dan lain - lain. "Perlahan tetapi pasti", determinasi dan komitmen Modescape boleh dilihat dengan jelas dalam penambahbaikan, evolusi dan eksperimen terhadap muzik mereka. Bagi Modescape, mereka akan sentiasa bergerak secara "indie" pada masa yang sama mereka akan memantapkan reputasi mereka di pentas rock di Malaysia.
Comments
Post a Comment