PUNKCAROBA RECORDS: ROH SKENA DIY HARDCORE PUNK KUCHING


Teks/foto: Zhafirin Zulkifli/Punkcaroba Entertainment


Punkcaroba Entertainment atau Punkcaroba Records telah pun wujud dari tahun 2010 lagi oleh Marvin Gayle sendiri. Ketika itu, label ini cuma bermula sebagai zine tetapi mencuba untuk mengorak langkah sebagai penganjur gig untuk DIY punk sekitar kuching ketika itu. Dan sejak mengadakan gig-gig di Kuching, ianya berkembang sebagai rekod label yang merilis rilisan untuk DIY hardcore punk.


Foto: Borgore.


Misi utama penubuhan rekod label ini ialah untuk menganjurkan gig dan juga sebagai label yangg menghasilkan material untuk band-band lokal terutamanya hardcore punk. Sejak tahun 2019 lagi, selain dari meraikan gig, Punkcaroba telah pun mengeluarkan rilisan dalam cd format, antara band yang merilis rilisan adalah Borgore (grindcore), Dead.Ink dan juga rilisan kompilasi untuk SICK FAST LOUD #6, selain rilisan yang akan datang ialah menghasilkan sebuah demo kaset untuk band Deaftrap, band hardcore punk dari Germany.

Penubuhan awal Punkcaroba banyak mengadakan gig sekitar kuching dan telah juga mengangkat beberapa band baru yang sekarang ini masih aktif berkarya. Pelbagai cabaran dan masalah memang sudah menjadi asam garam, terutamanya dari segi kewangan dan juga kadangkala berhadapan dengan masalah autoriti.

"Manakala idea penubuhannya ialah cuba untuk menghidupkan skena DIY punk di Kuching supaya kita dapat merilis material seperti kaset dan juga cd." Jelas Punkcaroba melalui  balasan emel.

"Scene kuching bagi kami ialah scene yang happening, ia bermula dari sekitar lewat 80an bergenerasi sehingga ke hari ini dan saya yakin ramai yang memainkan peranan masing dan ianya tetap akan stay happening sampai bila walaupun di waktu pandemic."

Live Facebook session atau gig ini bertujuan untuk tidak sunyikan scene itu sendiri kerana kami yakin ramai yang rindukan gig. Boleh dikatakan ianya satu langkah untuk scene stay alive and active walaupun di masa pandemic, disamping itu band-band juga akan promosikan rilisan mereka melalui live Facebook."

"Scene kuching memang dari dulu power dan happening, Kami berharap ianya akan berterusan dan menghasilkan material selain sudah tentu akan ada kesukaran, kesukaran yang selalu dihadapi ialah kewangan dan juga untuk organize gig pun bukan senang nak dapatkan venue yang sesuai. Dari segi sebagai sebuah record label pula, kita seronok dapat menghasilkan material atas nama record kita sendiri disamping membantu band-band yang ingin kami bantu untuk merilis material untuk mereka. Itu merupakan satu hobi, kepuasan dan juga pekerjaan."









Comments