ORKYD DAN SERIGALA: SELAMAT DATANG KE TAMAN WAHYU



Teks/Foto: Zhafirin Zulkifli/Tajrin Faruqi


"Orkyd dan serigala ni sebenarnya lahir dekat KL Sentral. Waktu tu, aku jadikan KL Sentral tempat tidur, sebab aku dihalau abah dari rumah. Aku dihalau sebab aku berkeras untuk berhenti kerja dekat law firm abah sebab nak buat apa yang aku nak, iaitu nak jadi penyiasat secara sepenuh masa. Aku tidur kat Kl Sentral berbekalkan beg, sedikit baju dan gitar akustik yang aku beli dari Shah Saleh(dlu bassist Matematik, kini bassist Iqbal M), gitar tu aku beli sebab Shah racun aku, dia kata gitar tu persis gitar akustik Kurt Cobain."

Jelas Tajrin Faruqi, seniman multi disiplin yang juga seorang musisi, aktif bersama kugiran  Matematik suatu masa dulu,Tajrin Faruqi  juga pernah mengeluarkan buku yang bertajuk Jurnal Hidup dan Mati, sebuah koleksi random dari beliau yang diterbitkan oleh RabakLit.


"Jadi, berbekalkan gitar sebagai peneman, walau aku tak hebat main gitar sangat, sekadar chord asas untuk aku cipta melodi biasa-biasa sahaja. Aku guna tulisan yang aku tulis waktu bosan-bosan, aku jadikan lagu. Menulis pun bukan aku hebat sangat. Macam tu la ceritanya, Orkyd dan serigala tu macam aktiviti aku mengisi masa lapang, masa berseorangan, masa sedih dan pedih, dia macam ruang untuk aku sembang dan berbicara dengan diri aku sendiri." Tambah Tajrin.

Menurut Tajrin, Orkyd dan Serigala adalah salah satu tajuk daripada tulisan-tulisan yang terdapat dalam buku Jurnal Hidup Mati. "Tapi itulah momennya, dia naif, santai tetapi real, dark momen yang ada funnya, mungkin la.."

Waktu ni Fasa 1, kajian dan siasatan Bukti Sia-siart?, kajian dan siasatan pramatang. Aku takdelah nak berimpian untuk serius menjadikan Orkyd dan serigala ni band atau kugiran serius, aku hanya nak santai-santai, bermain musik untuk menenang jiwa sendiri, syok sendiri, layan kepala sendiri. Sebab tu Orkyd dan serigala ni aku sorang je, takde bandmate."

Berkarya untuk mengisi masa lapang dan mencari rezeki tambahan buat keluarga di studio yang dinamakan Makmal Bedah Siasat 4idkstudio, Tajrin Faruqi menamakan semua hasil karya dan siasatan beliau sebagai ‘Bukti Sia-siart?’ dan pada hari ini beliau sibuk menguruskan Tenang Gallery, sebuah galeri alternatif seni kontemporari  yang sedang mempamerkan pameran berkumpulan "KITA SEMUA PENDATANG, PENDATANG DARI SYURGA..." ini dibintangi 15 pengkarya (dari Malaysia dan Singapura) yang terdiri dari pelbagai latar belakang dan gaya yang berbeza.



"Cuma ada satu projek aku buat untuk buat lagu berjudul Selamat datang ke Taman Wahyu (Fasa 4 kajian dan siasatan Bukti Sia-siart? - siri Selamat Datang ke Taman Wahyu), aku ajak beberapa kawan tolong, antaranya Yemzze dan Acap (band Corncake) untuk tolong produce. Aku buat recording pun kat rumah je, santai santai. Siap aku suruh isteri aku sumbangkan suara. Korang boleh dengar kat youtube, search je, tak search dan taknak dengar pun takpe."

Kadang aku main aku rekod pakai telefon bimbit je, rawfolk dan lofi je. Ada la tercipta beberapa lagu, Maryam Jannah dan sebagainya. Maryam Jannah tu ada kat youtube, siapa berminat nak dengar boleh dengar. Maryam Jannah pun salah satu tulisan yang aku letak dalam Buku Jurnal Hidup Mati. Waktu launching buku Jurnal Hidup Mati, aku ada main lagu ni secara live akustik." Mengenai kemungkinan akan ada material baru dari Orkyd dan Serigala, Tajrin mengatakan masih belum ada sebarang perancangan sebagaimana Tajrin menjelaskan bahawa Orkyd dan Serigala adalah sebuah projek santai. "Sekarang ni, masih tiada projek baru atau rilisan terbaru dari Orkyd dan Serigala, insyaAllah jika ada, adalah."










Comments