AZ SAMAD: MENGENAI SOSIAL MEDIA, WAJAR KITA MENDAPAT AUDIENS SERATA DUNIA, ITU TANGGUNGJAWAB ORANG SENI KEPADA MASYARAKAT



Az Samad adalah seorang gitaris, komposer dan pendidik yang berpusat di Kuala Lumpur, yang membantu gitaris menjadi pemuzik yang lebih mudah digunakan melalui pelajaran (secara peribadi & Skype) selain mengadakan klinik gitar & bengkel muzik yang memberi inspirasi kepada peserta untuk menjadi pemuzik yang lebih baik. Selain itu juga, beliau aktif memberi ceramah mengenai mewujudkan kerjaya muzik yang mampan untuk pemuzik, jurulatih, menjalankan pelajaran muzik 1-on-1 mengenai jazz, improvisasi, komposisi dan kerjaya muzik.

Perbualan singkat ini membawa kepada jawapan mengenai sosial media, aplikasi TikTok dan memori beliau bersama ayahanda beliau.

Mengikuti Perkembangan Az Samad melalui akaun twitter, seolah ada kebimbangan pada beliau mengenai penggiat seni tidak memanfaatkan secara maksima sosial media sebagai medium untuk promosi dan sebagainya. Menurut Az Samad, ramai pengiat seni gunakan sosial media cuma untuk saluran pengumuman, merungut atau petition. "Maksudnya kalau ada single baru - ada pengumuman. Kalau ada masalah dalam industri, ada rungutan secara pasif agresif. Kalau ada masalah besar, sosial media untuk buat petition."

Secara umumnya, banyak yang tidak strategik dan mengunakan sosial media secara maksima. Saya rasa ini satu benda yang merugikan kerana orang seni adalah antara yang paling kreatif. Tapi, kreatif dalam pelbagai hal KECUALI promosi seni."

Jelas Az Samad kemudiannya, "Mungkin ada kerisauan untuk “selling out”. Tapi hakikatnya, kalau kita berseni - wajar kita mendapat audiens yang paling ramai dari serata dunia. Saya kira itu tanggungjawab orang seni kepada masyarakat."

"Juga, saya tak bimbang dalam hal ini. Saya rasakan orang seni yang tidak gunakan platform ini rugi."

Mengenai Tik Tok, semata hiburan atau ia akan menjadi satu platform yang baik untuk masa akan datang sebagai sebuah medium yang baru untuk penggiat seni. Beliau mengatakan Tik Tok hanya sebuah platform yang bersifat neutral. "Apa yang kita buat di platform tu pilihan kita."

Dan satu lagi, "Juga apa yang diterima khalayak, itu respons khalayak."


Mengembalikan semula memori ketika awal bermain gitar, beliau mengutip momen menarik dan soal citarasa mendengar lagu dan album bersama ayah beliau, Sasterawan Negara, A.Samad Said. "Ayah saya ada kaset Andres Segovia, gitaris klasikal ternama" Kata Az Samad. "Dari situ barangkali saya mula dengar muzik gitar secara instrumental ketika saya kanak-kanak lagi."

"Ayah banyak galakan saya belajar gitar. Saya ingat lagi dia belikan saya majalah Guitar World dengan Metalica di muka hadapan. Saya rancak membaca isu itu tapi langsung tak faham teori muzik pada waktu tu. Apa itu pentatonic? Apa itu inside picking? Apa itu alternate picking?"

"Perbezaan citarasa lebih pada era muzik. Ayah peminat Elvis Presley. Dia suka Viennese waltz. Saya lebih kenal The Beatles dan suka waltz dalam lagu-lagu singer-songwriter Elliot Smith. Juga, kami selalu pergi konsert dan tengok filem bersama dulu. Ayah selalu tanya soalan yang buat saya berfikir lebih tentang apa yang kami alami. Apa pendapat saya tentang muzik atau filem itu?"

Sekarang faham tapi waktu itu, itu antara sumbangan ayah saya. Pengalaman begini amat membentuk cara saya berfikir."


Comments