Teks: Zhafirin
foto: Sweetass/pemilik asal
"Kuching scene ni aku tengok unity gila! aku tak rasa kat tempat orang lain. Kau bayangkan, aku berjalan, orang tegur aku bagi minuman, rokok lepastu borak macam dah kenal 20 tahun. Aku tak rasa macam ni kat tempat lain. Kalau kau tanya aku nak datang Kuching lagi lepasni, aku terus jawab ya.Kat sini scene buat kawan, memang best. Macam dah kenal lama, aku pun tak kekok." Impresi vokalis Sweetass, Alang. Menurut Azlan, bassist Sweetass "aku memang looking forward nak tengok Heroine, dorang memang ada sound tersendiri. Dari dulu lagi aku dah usha dorang. Clockwise antara band yang aku nak sangat tengok tapi masih belum berkesempatan. Aku dah banyak kali bagitau Tariq (Clockwise) bawak band kau datang KL, kau tak payah tidur hotel, tidur kat studio aku je. WP.Shh, dorang ada sound yang unik yang kau susah nak jumpa sekarang, city pop Kuching."
"Budak sini memang sempoi and tak sombong, takde istilah, kau pakai ori ke tak? kau layan band apa? kat sini semua boleh masuk, lantak kau la nak layan apa pun yang penting kat sini pentingkan kesatuan memang kuat. Scene macam ni la best." tambah Alang.
Sweetass yang memukau pada gig Mari Berhujung Minggu di Oldwell Studio disamping kugiran yang lain seperti, White Shoes and The Couple Company dari Jakarta, Lust-Tekesima Borneo Tour dan hero lokal yang lain seperti, WP.Shh, Heroine, Hayatunnafs dan Huha. "Dulu aku minat Love/Comes selepas aku dengar dorang di TheWknd. Aku rasa band tu macam "fuck, sedap gila bunyian dorang" bila aku dapat tahu dorang dari Kuching, aku rasa wow, bagi aku band disini ada sound tersendiri. Kuching City Rock? aku setuju kalau dilabel Kuching City Rock. Itulah sound yang ada identiti di Sarawak." Jelas Azlan.
Azlan yang juga pernah bersama Dance To The Stereo bersama Fizan (Bittersweet) suatu masa dulu, menjawab persoalan tentang band-band indie yang ada sekarang, "Indie dan mainstream sekarang bercampur aduk. Indie seperti sebuah gerakan, aku lebih suka dan masih menyukai DIY berbanding bersama record label yang besar. Aku tidak menidakkan pentingnya hal tersebut misalnya dari segi publisher, fund, promosi dan kemudahan dari segi recording. Mungkin ada baiknya sebegitu, dan vice versa. Aku lebih tertarik dengan DIY. Aku tak terikat dengan apa-apa. Tak terikat dengan market."
Tambah Alang "Indie tak indie, mainstream tak mainstream ni dah boleh buang jauh-jauh dah, generasi budak-budak sekarang masih tak faham indipendent. Masalah ni bukan kat Malaysia, UK besar gedabak ni pun sakit otak juga gaduh pasal indie tak indie ni la. Arctic Monkey dah berubah, kau harus terima yang adanya fasa perubahan. Kita tak tahu niat mereka, so aku malas nak layan. Aku pernah nampak komen sosial media sebuah band lokal, "Like kalau kau rasa dorang indie, komen kalau kau rasa dorang dah ke mainstream" aku gelak lepastu aku buat bodoh tak nak layan. Dorang perlu dididik, tapi macam mana? pandai-pandai dorang la, aku tak nak ambil port.
Indie dulu macam subculture, sekarang lifestyle. Ada beza. Sekarang orang nak label indie sebab nak nampak cool. Dulu, indie adalah budak paling struggle sekali. Betul tak? kau sendiri pernah merasakan, Zhaf?"
"Masa depan scene indipendent?" Alang dan Azlan merenung panjang. Azlan mengatakan, ada banyak sebenarnya, Prasasti, Iqbal. M, Lust yang boleh diketengahkan. "Misalnya Lust, dorang kawan kiitorang dan muzik dorang satu tahap yang lain, memang berkualiti tetapi tak semua akan faham dengan intelektualiti disebalik lagu-lagu dorang. Selebihnya tinggal pendengar untuk menilai. Band-band yang aku sebut tadi memang ada potensi. Kalau 2006-2008 ada Hujan, Bittersweet, sekarang ada Milo Dinosaur, Prasasti, Iqbal. M dan Lust."
Mengenai komen di saluran youtube Sweetass, lagu Haruan Cina, banyak komen memberi pandangan masing-masing tentang lagu tersebut, menjawab soalan itu Alang hanya memberi respon "Lagu tu pasal gitaris kitorang suka memancing, so Haruan Cina, tu ikan la. So, basically pasal memanciing, hahaha! cuma huruf 'H' tu lama juga aku fikir nak letak ke tak sebab nak nampak macam band hardcore la kononnya." Menurut Azlan "Bagi aku, aku biar je orang lain merasa apa yang dorang nak faham. Aku okay je dan bagus sebenarnya, ada dua maksud."
"Masa Record Store Day memang kitorang print 300 keping album sahaja, kitorang bajet dalam 150 habis terlual, okaylah balik modal, hahaha. Razi (Teenage Head Records) call aku suruh aku hantar semua album yang ada kat aku. Ada 50 keping untuk aku bawak kat Kuantan. Kalau aku bagi, marahlah budak Kuantan kat aku, hahaha! So, aku memang tak reprint album tersebut. Terkejut juga 300 keping habis dalam masa yang singkat. Tadi aku bawak album memang khas untuk rilisan borneo. Pada mulanya kitorang tubuh Sweetass takde jangkaan apa-apa pun, kitorang just nak main apa yang kitorang nak main. Itu je. Terkejut jugak kat Kuching, makwe berhijab sing along, head banging dengar lagu kitorang, sesuatu yang aku tak pernah rasa lagi. Bagus sebenarnya, sebab muzik apa sekalipun adalah untuk semua orang. Kita boleh ubah perspektif kita, belajar sesuatu yang baru dan terima."
"Fun fact, lagu Tsingtao pulak antara lagu paling cepat aku buat. Tsingtao sedap kot!" Kata Alang. "Lan ingat aku main-main nak buat lagu Tsingtao, lepas lepak, aku balik rumah dan start tulis lagu, lepas itu siap, aku bagi diorang dengar. Diorang pun okey, so jalan. Sound Sweetass ni sebenarnya, kalau takde Aki, sound Sweetass memang susah nak dapat kalau takde Aki. Dia sendiri tak tahu benda ni sebenarnya, hahaha!
Perubahan genre Sweetass pada masa hadapan, aku rasa tak kot. Kitorang tetap main dengan mood Sweetass. Itu je aku boleh bagitau buat masa sekarang. Kitorang memang terpengaruh dengan band-band dari Australia, pada mulanya nak ala-ala Smashing Pumpkins, macam Alang, dia banyak dengar band grunge dan lofi, Pavement, Sonic Youth, Sebadoh tapi ia hanya inspirasi, bukan nak jadi sebijik macam dorang. Soal figura, aku takde figura yang aku minat gilababi, mungkin dulu ada la usha Dave Grohl atau Alex Turner.
Next album adalah lebih kepada project album, mungkin album, mungkin EP, Dream Ass. Sebab apa Dream Ass? sebab ni lebih kepada hargai sumbangan karya daripada kawan-kawan. Circle Of Friends la senang cerita. Kita sama-sama capai impian kita. Sebab tu lah nama dia Dream Ass. Lagu-lagu pun bersesuaian dengan mood kitorang."
Next album adalah lebih kepada project album, mungkin album, mungkin EP, Dream Ass. Sebab apa Dream Ass? sebab ni lebih kepada hargai sumbangan karya daripada kawan-kawan. Circle Of Friends la senang cerita. Kita sama-sama capai impian kita. Sebab tu lah nama dia Dream Ass. Lagu-lagu pun bersesuaian dengan mood kitorang."
ayo daftarkan diri anda di a*g*e*n*3*6*5 :D
ReplyDeleteWA : +85587781483