ALIFF AWAN RILIS ALBUM PUISI 'RUTIN' - RAKAM BACAAN PUISI SEBAB BEYONCE





Hampir setahun berehat daripada membuat sajak-persembahannya, Aliff Awan hadir dengan sebuah album bacaan puisi berjudul 'rutin'. Mula aktif sejak 2015, artis persembahan yang lebih selesa dipanggil sebagai Awan ini memulakan proses rakaman sejak Januari lepas.

"The only idea is aku nak tengok ada chances tak puisi aku boleh hidup tanpa tubuh aku? Sebab orang selalu kata, puisi aku jadi sebab persembahan. Jadi, sebab nak tengok kebarangkalian lain, aku buang tubuh dan tinggalkan suara saja," jelasnya.

Koleksi bacaan puisi ini diedarkan oleh maingayong, sebuah kolektif seni. Album ini menghimpunkan 8 buah sajak daripada bahagian pertama dalam buku puisi solonya, "Pada Malam Tak Boleh Tidur" (Katapilar; 2022). Terinspirasi dengan vocal layering oleh Beyonce dalam Renaissance (2022) dan bisik-cakap Melanie Martinez dalam PORTALS (2023), kesemua rakaman dan proses suntingan dibuat oleh Awan sendiri.


"Bukan tak nak berkolaborasi, tapi aku belum cukup duit. Mungkin tak cukup sempurna, ada kurang banyak sebab aku pun belajar dekat Youtube je. Cuma jenis aku, kalau nak kerjasama dengan orang, I want to pay them a proper amount. Kalini mungkin tak dapat. Kita tengok untuk bahagian kedua nanti macam mana.”

Memilih 'sunyi millenial' dan 'anxiety' sebagai bacaan utama, Awan memberitahu kesemua sajak ini dipilih selepas dia teringatkan usia remajanya.

Mengakui masih mentah dan emosional waktu itu, Awan nak cuba hubungkan rasa sunyi, marah dengan diri sendiri, cemburu dengan kesempurnaan orang lain dan rakan sebaya menerusi 'rutin'.

Bila disoal, bila dia akan kembali membuat persembahan, Awan beritahu, "Tak pasti. Tapi, memang aku nak comeback nanti. Cuma kalau aku nak kembali, aku nak ia jadi lebih kemas dan memorable. Tenaga waktu 19 dan 20 tahun aku dulu tu, aku nak lebih sekarang. Tak nak layu."

'rutin' kini boleh didengari di semua platform penstriman muzik termasuk Spotify, Apple Music, Youtube dan TikTok.

Comments