HELLOLUQMAN & THE 3005 CRü RILIS LAGU RAYA, 'PAGI-PAGI RAYA'

 


Pengkarya R&B dan Hip-Hop, Helloluqman & The 3005 Crü, baru-baru ini merilis sebuah lagu raya bertajuk 'Pagi-Pagi Raya'.

Untuk anda yang belum mengenali The 3005 Crü, mereka dianggotai oleh Omar Ibrahim pada dram, Patrick Lazaroo (bass), Jeremy James Kong (gitar), Jason Lim (keyboard), Nisa Addina (biola), sementara posisi vokal masing-masing diisi Tengku Hadhira dan Helloluqman sebagai vokalis utama.


Mengenai 'Pagi-Pagi Raya', satu hal paling menangkap adalah mereka berjaya menghadirkan visual menerusi bait-bait lirik. Seperti mana kita mengomel di media sosial, sememangnya sukar mencipta lagu bertemakan perayaan.

Selain itu, pemilihan ayat juga sangat ringkas, tanpa basa-basi panjang berjela, keseluruhannya ia menghasilkan sebuah karya menjanjikan.

Dari sudut bunyi, ia sangat menyenangkan serta kedengaran sangat kemas tanpa perlu berlebihan untuk menyatakan inilah karakter muzik mereka.

Ada dua hal saya tidak gemar ketika mendengar lagu ini. Pertama, saya mendengar lagu ini ketika menyiapkan kerja hakiki. Kedua, saya akan bekerja sehingga malam raya. Fuck.


Comments