Sesi akustik menampilkan NoReSan, Laisa, Ilmare serta Peti
Suara di sebelah petang sebelum Viona dan Sabda Alam membuka panggung di
sebelah malam.
Sesuai jangkaan, muzik-muzik di gig ini adalah karya-karya
dari syurga. Ya. Kesemuanya indah-indah belaka. Ruang Live Fact juga masih
belum ada bau-bau badan.
Selepas Laisa membuat persembahan sesi akustik, Shakyla, pengurus motherwit bertanya, “Laisa ok ke Zhaf? Sedap?” Saya jawab tak best tapi kepala saya mengangguk dan mengangkat dua ibu jari. Mungkin dosa pertama yang dicatat adalah hipokrit. Sebab itulah di akhirat nanti, yang bercakap bukan mulut, tetapi anggota badan lain. Ingat semula beberapa ayat dari baris pertama tadi. Jangan datang penuh kekaguman. Jurnalis itu tempatnya di neraka.
Setiap kali persembahan tamat, saya keluar hisap rokok
sambil catat nota kecil untuk ditaip semula sebaik saja pulang ke rumah nanti tetapi
tiada satu hal yang mengganggu saya di celah-celah persembahan kecuali cuaca
panas di luar.
Selepas beberapa batang rokok, sepinggan nasi goreng,
beberapa botol air, O Tuhan, masuk perenggan keenam saya menggunaka ‘Se’
sebagai pemula ayat di perenggan baharu. Mungkin ia adalah sebuah kesalahan
(boleh jadi) dari segi penulisan, saya sudah tidak peduli sebab penulis yang
peduli tanda baca, pengulangan ayat, adalah untuk penulis amatur.
Saya ulang semula. Selepas beberapa batang rokok, sepinggan
nasi goreng, beberapa botol air akhirnya sorotan utama, motherwit tampil bertenaga
di lagu pertama, ‘Senjakala’.
motherwit benar-benar melempiaskan nafsu serakah di syurga
bikinan mereka sendiri. Maka benarlah, ketika di syurga, anda bebas melakukan
apa sahaja. Ia sebuah ganjaran berada di syurga. Apatah lagi syurga buatan
sendiri. Gila.
Lagu-lagu ‘Parachute’, ‘Prison of Love’, ‘Dialah Hati’, ‘Amanah’,
‘Thunder’ dan ‘Kasih Kekasih’ berkumandang pada malam itu sebelum mereka
menampilkan lima buah lagu baru dari EP Anteseden, ‘CKE’, ‘Khabar’, ‘D.Antara’,
‘Salam’, serta ‘Sunyi’.
Saya masih lagi mencari hal-hal yang mengganggu di setiap
persembahan motherwit malam itu tetapi sehingga tamat persembahan motherwit
tiada apa yang benar-benar mengganggu. Zim Ahmadi juga berasakan benda yang
sama. “Kalau bayar RM40 pun aku sanggup. RM25 terlalu murah untuk gig sebaik
ni,” Kata Zim.
Saya cuma mendiamkan diri sambil membayangkan bir sejuk di
tengah malam yang bahang.
Comments
Post a Comment