KAPOW PERTARUHKAN SINGLE 'BUDAK PERANG' - BAKAL MUNCUL DENGAN ALBUM BARU PADA MEI INI

 



Setelah hampir 2 tahun tanpa sebarang rilisan terbaru, kini Kapow telah memulakan tahun 2023 dengan mengumumkan Single terbaru yang berjudul Budak Perang. Lagu ini adalah Single yang ketiga dari album terbaru mereka yang akan diriliskan pada Mei 2023.

"Budak Perang" adalah sebuah lagu yang ditulis hasil ekspresif terhadap sikap toksik, tidak mahu kalah dan sifat narsisis yang banyak dapat dilihat melalui masyarakat sekeliling kita hari ini.

"Kesegaran dalam pengisian jalan cerita dan juga karakter akan ditonjolkan dalam projek terbaru ini setelah Kapow kini semakin dewasa dengan hala tuju kreatifiti dan juga pertukaran ahli keluarga Kapow, iaitu Vokalis muda Im Kapow." Jelas Kapow.




Nyanyian lantang, tenaga eksplosif dan pengalaman “naik hantudapat dirasakan melalui adunan vokalis baharu ditambah dengan adunan penulisan muzik rock and roll.

Lagu ‘Budak Perang’ juga telah dipilih sebagai lagu tema untuk pasukan E-sport terkemuka negara iaitu Homebois bagi tahun 2023.

Kolaborasi di antara Kapow dan Homebois di dalam projek ini sebagai usahasama dalam mempromosikan karya dari band indiependent di kalangan peminat industri e-sport tempatan.



Comments