"(B-sides & Rarities dan The Aftermath of Something Lethal) boleh dikatakan berbeza macam Miri dan Bario, tapi Miri dan Bario masih ada menyimpan semangat yang sama sebab aku memang lahir di Miri."
Menurut Karl, meskipun terdapat perbezaan dari segi mood dan genre untuk B-sides & Rarities dan The Aftermath of Something Lethal, dan menggambarkan ia sebagai Miri dan Bario namun, kedua-dua idea untuk EP tersebut datang ketika beliau menetap di Shah Alam.
Tempat adalah dimana untuk kita mencari dan memaknai hidup, dan selalunya karya tercipta kerana estetika, entah peraturan, kesempitan dan kesempatan, komunikasi, atau barangkali keterbatasan memberi makna baru tentang hidup dan karya. "Bagi aku, hidup seseorang (harus) bebas dari banyak segi, semua yang dipolah adalah dengan kesedaran yang ia untuk diri bukan untuk kepuasan orang lain.
"Bila berkarya, secara sik sedar ada sebenarnya tujuan berkarya. Ada orang madah berkarya 'for fun', so tujuan ya tek menghiburkan diri sendirilah kiranya dan bila bercakap tentang kepuasan, kepuasan boleh tercapai bila tujuan dipenuhi. Setakat tok berkarya memang memberi rasa puas sebab tujuan berkarya tercapai."
https://krlagn.bandcamp.com/track/the-aftermath-of-something-lethal
Ditanya mengenai disiplin menulis lirik dan puisi, dan ritual menulis, menurut Karl, ada perbezaan disiplin menulis puisi dan lirik. "Puisi ada ruang yang sangat besar, macam-macam gaya dan cara boleh diterokai. Lirik bagi aku, perlu harmoni dengan melodi baru ia menjadi aku rasa. Mun kod gitar sik kacak, tapi lirik best sik menjadi juak."
"Sikda ritual masa menulis, tapi mun dah tiba masa untuk buat editing sebelum prepare untuk publish selalu dengar piano works Olafur Arnalds. Sik tauk kenak tapi macam 'mengalir' sikit jiwa ya." Kata Karl, yang ada waktunya sekadar menulis sebaris dua ayat atau idea di fon sebelum dikerjakan kemudian. "Amat jarang sekali duduk terus siap."
Soalan terakhir yang diajukan kepada Karl adalah sejauh mana beliau percaya dengan karya-karya beliau. Bagi Karl, karya beliau diibaratkan blood and sweat, "Sik dapat maok terangkan macam ne level kepercayaan ya tapi karya tok blood and sweat, gine-gine pun memang dihadapan kita sendiri ia hampir sempurna, cuma kadang-kadang kita hantar ke hadapan khayalak yang salah dan ia semacam meragut keyakinan." Jelas Karl Agan.
,
Comments
Post a Comment