Kota Neraka. Kehidupannya yang penuh dengan hiruk- pikuk perjuangan untuk terus bernyawa. Kadangkala ada yang kecundang di tengah jalan. Kecewa, menderita, terhancurnya harapan. Lahirnya kebencian sejati. Setelah muncul dengan dua buah lagu sebelum ini. Kini Brainstew muncul kembali dengan sebuah lagu baru bertajuk “Kota Neraka”. Lagu ini ditulis sepenuhnya oleh AFI RAFFI dan juga AJIM LIZAN selaku orang hadapan untuk Brainstew.
KOTA NERAKA adalah salah sebuah lagu yang akan dimuatkan dalam mini album Brainstew yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Musik video “KOTA NERAKA” bakal dilancarkan pada 11 haribulan Jun 2022 di saluran Youtube rasmi Brainstew (https://youtube.com/c/BrainstewRasmi). Video klip rasmi lagu ini telah diarahkan oleh saudara Paan. Paan merupakan salah seorang ahli BRAINFAM yang sangat berbakat dalam penghasilan seni visual.
Campuran muzik Punk Rock 90’an dan musik-musik moden menjanjikan kelainan bagi pengemar muzik Punk Rock yang mencari kesegaran untuk dijadikan halwa telinga. Seperti kita sudah maklum, Brainstew sangat kuat berkiblatkan musik-musik dari band seperti Green Day, Social Distortion dan Superman Is Dead! DNA muzik dari band-band ini jelas kedengaran bersama campuran “Brainsound”.
Brainstew dianggotai oleh empat orang anak muda berasal dari Johor. Afi sebagai pemain gitar dan vokal utama, Ajim sebagai pemain bass gitar, Paiz sebagai gitar utama dan Narzyin sebagai pengetuk drum. Mereka telah menghasilkan lagu bersama-sama sejak 2 tahun lebih yang lalu berjaya menghasilkan lagu Kota Neraka ini dikala pandemik. Proses rakaman audio dilaksanakan secara DIY dan lagu ini telah diadun oleh “FloralCansas”.
Penghasilan illustrasi “Kota Neraka” ini diilhamkan dari kota-kota di Malaysia dan diterjemahkan oleh hasil tangan Joe Hazwan. Joe Hazwan merupakan pereka grafik rasmi Brainstew. Beliau juga adalah pereka grafik untuk lagu “Boneka”. Bait-bait lirik yang menampar kesedaran pasti menjentik keremajaan kita semua.Ingat ini bukan satu pemberontakan ini suara peralihan. Lagu Kota Neraka ini seumpama kesinambungan untuk lagu Suara Peralihan. Berkisarkan kisah nyata yang kita alami seharian. Hidup ini keras! Kadangkala Kita perlu lebih keras untuk bernafas! Jangan pernah jadi “timun” kerana kehidupan ini kita yang tentukan bukannya “mereka”.
Comments
Post a Comment