Selalunya akan ada profil band untuk dijadikan permulaan untuk sebuah penulisan supaya mereka lebih dikenali dikalangan orang-orang yang tidak mengenali mereka. Mereka ada menghantar press release melalui emel. Biasa. Tentang basa-basi kegembiraan mereka berkongsi karya kepada kita. Itu sahaja. Kebetulan juga saya kesuntukan masa untuk menulis dan buat terjemahan ke dalam bahasa Malaysia profil mereka. Mereka menulis dalam bahasa Inggeris.
Lagu pertama dari EP Janat/Narak ini begitu menjadi. Kata orang, sebuah permulaan yang baik. Seperti ada sebuah janji ingin ditaburkan kepada kita.Yang Indah - Indah. Lagu 'Kidhu' juga begitu kemas ditelinga. Tapi entah kenapa lagu yang ketiga, 'Danni' ini mengganggu telinga dan perjalanan yang indah - indah tadi. Ia sesuatu yang baik untuk 'mengganggu' dan juga sebuah risiko.
Muzik adalah sebahagian dari kehidupan. Apa namanya kehidupan tanpa risiko? kehidupan sentiasa menyediakan risiko. Kehidupan tanpa risiko adalah membosankan dan pada akhirnya kita selesa bermain dengan pelir kita sendiri. Sekadar bersyukur memiliki kecukupan.
'Larmsudaas' pula benar-benar menyelamatkan perilaku dosa lagu 'Danni'. 'Larmsudaas' seperti air suci untuk 'Danni'. Empat trek pertama dari ANGQASA untuk EP Janat/Narak ini cukup tidak sempurna. Saya sukakan ketidaksempurnaan itu. Muzik ambien seharusnya menyediakan realiti. Ada naik, ada turun, gedebak gedebuk, cinta, benci dan ANGQASA memberikan pendengarnya itu. ANGQASA menyediakan neraka untuk muzik beliau sendiri. Sesuatu yang jarang berlaku dari muzik di ranah independent masakini
Empat trek seterusnya pula datang dari karya-karya Sanggarliris. Saya tidak berasa hairan jika anda turut mengerutkan dahi ketika mendengar lagu-lagu dari Sanggarliris di EP Janat/Narak. Bahkan, Kamil sendiri kerap mengerutkan dahi. Beliau sentiasa ada kegelisahan - kegelisahan tersendiri. Sanggarliris menyalakan api yang lebih marak dan panas ke dalam neraka buatan ANGQASA tadi. Dari 'Mihaj', 'Aisr' sehingga lagu yang terakhir - 'Zzala', saya semakin percaya bahawa Sanggarliris dan ANGQASA memberi kita semua neraka.
Sudah berapa banyak perkataan 'neraka' yang anda sebut dalam hati? tidak menjadi masalah untuk sebuah penulisan. Henry Miller lebih banyak berzikir 'cunt' ditulisan beliau.
EP Janat/Narak ini adalah langkah kiri yang terpuji dari kolaborasi ANGQASA dan Sanggarliris. Mereka bijak 'bersederhana' apabila perlu untuk karya-karya mereka didalam EP ini dan berani memberitahu kebenaran, aib, kelemahan dan kemungkaran dalam EP Janat/Narak.
Comments
Post a Comment