Mengenai proses dan konsep EP Saiko-Rama, mereka mengatakan, "Proses rakaman hanya dilakukan di rumah atas faktor PKP. Kami hanya menghantar part masing-masing melalui email. Setelah siap kesemua lagu, kami menghantar kepada saudara Rizal untuk proses mixing and Mastering. Shout out kepada saudara Rizal dan Nyos Rekod atas pembikinan lagu untuk EP pertama kami. Untuk penulisan lagu, kami banyak mendengar lagu dan cuba untuk mengolah mengikut acuan band kami. Kesemua lirik ditulis oleh Pali dan Aiman. Untuk bahagian sound, Aiman, Haziq, Harith, dan Cadat banyak memainkan peranan".
Untuk konsep EP ini, kami mengetengahkan konsep luahan hati remaja penulis. Lagu nombor dua misalnya, Lihat! Cantikkan Bulan Itu? (Tsuki Ga Kirei Desu Ne) menceritakan luahan hati penulis kepada pasangannya namun luahan itu bukanlah secara terus. Perkataan Tsuki Ga Kirei Desu Ne itu merujuk kepada petikan puisi Jepun yang bermaksud saya sayang awak tetapi secara tidak langsung. "It's a poetic way to say I love you". Penulis merefleks dirinya sebagai seorang yang ingin memiliki cinta namun tidak dapat diluahkan secara terus. Secara ringkasnya, konsep album ini secara keseluruhan adalah berpandukan luahan isi hati penulis yang diterjemahkan dalam bentuk lirikal dan irama".
EP Saiko-Rama terdiri daripada 5 buah lagu iaitu 'Kau Beautifool', 'Lihat! Cantikkan Bulan Itu?' (Tsuki Ga Kirei Desu Ne), 'Aku,' 'Parasite', dan 'Sekali Lagi'. Tambah mereka lagi, "Lagu yang sangat memberi kepuasan dari segi sound dan arrangement adalah 'lagu LIhat! Cantikkan Bulan Itu?' (Tsuki Ga Kirei Desu Ne). Lagu tersebut adalah lagu yang terakhir kami rakam dan kami dapati kami semakin baik dalam proses pembikinan lagu. Progression chord yang kami ambil adalah dari pendengaran kami melalui lagu-lagu J-Rock. Kami rasa lebih puas dalam menghasilkan lagu ini. Tapi bagi kami lagu yang paling berat untuk disiapkan adalah lagu 'Aku' kerana lagu ini sarat dengan pengisian tentang ketuhanan. Kami sangat bersyukur dapat menyiapkan kesemua 5 lagu tersebut, dan kami yakin kesemua lagu yang ada di dalam EP ini sangat istimewa".
Sheesh zul go go
ReplyDeleteTorbaik ! Teruskn perjuangan !
ReplyDelete