WENG RILIS MUZIK VIDEO RASMI 'I WILL TRY'




Weng, sebuah kugiran ska punk dari Kuala Lumpur yang banyak mengambil inspirasi dari kugiran ska punk lain seperti Kemuri, Plague of Happiness, dan The Suicide Machines telah mengeluarkan sebuah video musik untuk salah satu lagu mereka yang berjudul “I Will Try”. Weng adalah sebuah kugiran yang ditubuhkan dan dianggotai oleh Ajai, bekas ahli kugiran ska punk dari Sungai Petani, Stick No Bill. Rilisan pertama kugiran ini adalah single berjudul “Shine Bright” yang dihasilan ketika musim PKP pertama pada tahun 2020. Single “Shine Bright” dimuat naik ke semua platform streaming digital pada bulan Mei 2020 bersama video lirik lagu di Youtube. September 2020 menyaksikan kugiran Weng mengeluarkan EP pertama mereka “Is This Even Skapunk?” yang memuatkan 5 lagu bergenre ska punk. 

Lagu-lagu yang dihasilkan membawa mesej “positive mental attitude” dan juga setiakawan. Kesemua lagu-lagu dari EP “Is This Even Skapunk?” boleh didengari di semua platform streaming digital seperti Spotify, Apple Music, Bandcamp, iTunes, Youtube, dan lain-lain.



“I Will Try”, yang dilancarkan sebagai salah satu lagu di dalam EP pertama Weng “Is This Even Skapunk?” membawa mesej untuk tidak sesekali berputus asa apabila menghadapi cabaran hidup. Lirik lagu ini mengajak para pendengar untuk sentiasa ingat bahawa walaupun masa hadapan kita mungkin tidak cerah oleh kerana pilihan dan penyesalan kita di masa lampau, ia tidak bermakna kita harus berputus asa dan kita mesti terus mencuba dengan sepenuh kudrat dan tenaga kita.

Musik video “I Will Try” ini turut menampilkan bekas ahli Stick No Bill yang lain iaitu Munet yang bermain bass dan Alter yang bermain gitar, yang kini masing-masing menganggotai kugiran powerpop GUWF dan kugiran pop punk Story Ends. Pemain drum di dalam video musik ini ialah Jero yang turut menganggotai kugiran GUWF.

Memandangkan perintah kawalan pergerakan yang masih berjalan, penghasilan video musik ini adalah melalui pengambaran yang dilakukan secara berasigan oleh setiap ahli dan proses mengedit video dilakukan oleh penaung kugiran sendiri iaitu Ajai. Penghasilan video musik ini meraikan semangat DIY punk di mana pengambaran dan juga proses mengedit video dilakukan sepenuhnya oleh ahli-ahli kugiran Weng sendiri.



 

Comments