INDIE DARI RUMAH, BERLANGSUNG DARI 18 JULAI SEHINGGA 31 JULAI, MENAMPILKAN LEBIH 30 PEMUZIK DARI RANTAU ASIA TENGGARA
Indie Dari Rumah, sebuah Festival akan dilangsungkan pada 18 Julai hingga 31Julai 2021 secara maya dengan penampilan lebih dari 30 pemuzik sekitar rantau Asia Tenggara buat julung kalinya.
Indie Dari Rumah ini merupakan antara usaha yang diadakan untuk menyemarakkan budaya gig (konsert pada skala kecil) di dalam norma baharu yang memberikan lebih banyak fokus kepada penyertaan jarak jauh (remote participation) daripada kedua belah pihak pemuzik dan peminat muzik tempatan untuk memberikan mesej kepada orang ramai bahawa lapangan muzik independen (independent music scene) masih boleh bertahan di kala pandemik.
Dengan penyertaan daripada peminat muzik di seluruh Malaysia, pelangsungan acara ini juga bertujuan untuk menyokong dan memberikan semangat kepada pemuzik sekitar rantau Asia Tenggara untuk terus berkarya dalam menempuhi cegukan masa ini.
Bam, wakil dari Atas Angin berkata, "Kemeriahan yang akan dibawakan merupakan antara usaha dari kami untuk memastikan momentum industri muzik tanah air terutamanya, tidak buntu selain daripada menginspirasikan mereka dalam mencari laluan alternatif dalam kemelutan ini. Dengan sokongan dan bantuan pihak muzik tempatan sendiri, kami yakin nilai teras dalam industri ini dapat diperjuangkan."
Info mengenai festival ini boleh didapati dengan melayari media sosial Atas Angin - Instagram/Twitter.
Comments
Post a Comment