CAHAYA, KOLABORASI ANTARA NAJMI DAN NAWI ZHARIF BAKAL RILIS PADA 25 JULAI

 




Beberapa minggu lepas, vokalis Dewataraya, telah melancarkan sebuah single solo beliau yang bertajuk Dalam Gerimis Kita Keliling Kota. Lagu irama pop ballad itu secara langsung telah membuktikan kebolehan beliau berkarya dalam genre selain rock.


Pada 25 Julai ini, berkolaborasi bersama Najmi (guitarist Dewataraya), sebuah lagi single akan dilancarkan di Spotify dan Youtube bertajuk Cahaya. Bezanya kali ini, tugas Nawi Zharif hanyalah menulis lirik dan menyanyikannya sahaja kerana lagu ni dikarang, disusun dan dirakamkan sepenuhnya oleh Najmi.




Menurut Najmi, beliau telah terlalu selesa mengarang lagu dalam irama rock, pop dan metal, jadi beliau cuba untuk keluar dari zon selesa dan mencuba sesuatu yang baru. Lagu Cahaya ini adalah kali pertama beliau mengarang lagu yang beriramakan jazz pop. 


Inspirasi untuk lagu Cahaya ini banyak diambil daripada lagu lagu OST animasi jepun seperti band L'Arc-en-Ciel (Jepun) serta lagu lagu pop melayu 80-an seperti Sheila Majid, Dato' Jamal Abdillah dan juga Roy.


Najmi memilih untuk berkolaborasi bersama Nawi Zharif kerana mereka telah bekerjasama dalam beberapa lagu lain di dalam dan juga di luar Dewataraya. Persefahaman antara mereka telah memudahkan proses pembikinan lagu ini. Lagu ini telah diadun oleh Emei, seorang sound engineer muda yang sangat berpotensi. 


Adalah menjadi harapan Najmi dan Nawi agar rakan media dapat membantu menyebarkan tentang lagu Cahaya seawalnya pada 23 Julai 2021, dan selewatnya pada 25 Julai 2021, di media platform  Nawi (IG/Twitter: @nawizik) Najmi (IG/Twitter: @najmiaiman92)




Comments