Teks: Zhafirin Zulkifli
Foto: Suffian Aziman Yusof
Lakaran lukisan Sufian Aziman Yusof yang sering beliau muatnaik di laman facebook sentiasa penuh dengan teks, tidak sukar untuk menikmati karya-karya beliau, tanpa perlu menyebut aesthetic yang sering kedengaran dari mulut -mulut millennial. Atau lebih menjengkelkan dari aesthetic tentulah art berat.
Sufian Aziman Yusof berteriak tentang anekdot brutal kehidupan yang divisualkan melalui kegelisahan beliau terhadap apa yang terjadi pada masakini."All my paintings and drawing begin with kata - kata", Kata Sufian Aziman Yusof, "Dari situ akan muncul idea tentang imej atau gambar yang akan dilukis. Kamek banyak menulis, nota, sajak. Disebabkan yalah kamek suka memasukkan teks ke dalam karya".
Teks dan imej di dalam karya Sufian Aziman Yusof tidak dijangkiti melankolia, ada pertaruhan emosi dingin yang tepat didada, seakan kita sedang berbual dan merasai realiti yang seakan kita cuba abaikan. "Karya kamek merupakan an extension of my feeling on a day to day basis dan emosi plays an important role. And it just happened that I was diagnosed with Bipolar Disorder last year. So, that will surely make my journey exciting. Kamek sik pande melukis lanskap atau potret, apa yang kamek cuba rakam adalah suasana atau perasaan dalam satu - satu masa. Kamek perlu melukis untuk terus berfungsi", Jelas Beliau.
"Adakah kitak melihat seni sebagai terapi ataupun sebaliknya?", tanya saya kepada beliau, "Terapi? sudah tentu. Seni adalah sesuatu yang amat indah jika diolah dengan ikhlas", Respon Sufian Aziman Yusof.
Bercerita mengenai penglibatan awal beliau sehingga ke hari ini, dan seni dimata seorang seniman bernama Sufian Aziman Yusof, beliau mengatakan bahawa seni Malaysia hari ini sudah pun mempunyai citarasa atau perisa tersendiri. "Kamek start berkarya dalam tahun 2002, dan kamek dipengaruhi oleh rentak hidup manusia yang kian berubah dengan kewujudan internet. Karya - karya kamek sememangnya lebih kepada merakam berbanding kritikan sebab bagi kamek, kritikan adalah lebih mudah untuk menjual karya tapi tidak mengajar masyarakat berfikir panjang. Seni Malaysia kinektok udah punya flavor tersendiri, which is a good thing dan kamek rasa dunia kinektok terlalu maju untuk kamek luahkan atas kanvas. Kamek start dolok pun belajar sendiri. Jadi, kamek mungkin ada kekurangan berbanding dengan insan yang belajar secara formal. Subject matter kamek pun out dated dan out of style". Kata Sufian Aziman Yusof, yang turut mengatakan sedang mengerjakan karya terbaru beliau bertajuk 'LOST'. "LOST adalah tentang lelaki yang hilang arah tujuan. Kinda like me!", Akhiri beliau.
Comments
Post a Comment