KUARTET POP-PUNK MUAR, BRAINSTEW RILIS SINGLE 'SUARA PERALIHAN'

 




Selepas bertahun-tahun memeram rasa, Brainstew akhirnya akan menerbitkan sebuah lagu yang berjudul Suara Peralihan; yang bakal menjengah telinga pendengar Julai nanti. Kuartet Pop-Punk yang berasal dari Muar ini dianggotai oleh Afi (vokalis/gitaris), Faiz (gitaris utama), Ajim (bassist), dan Narz (drummer). Brainstew sebelum ini pernah muncul dengan single mereka yang pertama iaitu Boneka dan selepas 3 tahun menyepi tanpa sebarang rilisan, mereka kembali dengan nafas baharu dan lebih mengasyikkan apabila mengambil langkah bijak bergandingan bersama Andi Zephyr, menerusi single terbaharu mereka, Suara Peralihan.



Suara Peralihan mungkin sesuatu yang agak mencabar untuk dihasilkan kerana segala proses dibuat ketika dunia sedang dilanda pandemik. Kekangan masa dan pergerakan membuatkan penghasilan single ini sedikit tergendala dan menyulitkan. Namun, ia juga memberikan kelebihan pada mereka untuk memantapkan lagi cambahan idea dan susunan muzik dalam Suara Peralihan.

"Kami sebenarnya agak teruja kerana ini adalah lagu pertama yang paling elok pernah kami hasilkan." Afi, vokalis Brainstew.

Mengambil inspirasi daripada Superman Is Dead,Social Distortion dan juga sedikit rencah daripada kugiran Punk Rock tersohor dunia, Green Day; Suara Peralihan sudah semestinya akan membuatkan anda melayang menerjah dimensi baharu muzik tempatan, memecah kebuntuan pendengar yang dahagakan sesuatu yang baharu.

Ingin tahu selunak dan sehebat mana single ini? Nantikan 2 Julai nanti jam 8.30 pm di platform media sosial seperti YouTube, Spotify dan Apple Music.


 

Comments