NEVERMIND THE DARURAT, HERE'S HARI GIG KEBANGSAAN!

 


Teks oleh: Zhafirin Zulkifli
Foto: HGK


Ia berbaur nasionalisme, Hari Gig Kebangsaan, dimana idea asal Hari Gig Kebangsaan diketengahkan oleh pengasas TapauTV, Ahmad Faris melalui satu ciapan di Twitter. "Kan best kalau ada satu hari Malaysia ni ada gig? #HGK" Ciapan beliau di Twitter pada 21 Mac 2021 itu disambut baik oleh ramai penganjur, musisi, bahkan media mula memberi perhatian kepada sebuah gerakan komuniti ini. Hari Gig Kebangsaan merupakan hari sambutan gig sebagai nadi yang menghidupkan sesebuah scene. Perkembangan semasa HGK, gig akan dianjurkan serentak pada 10 & 11 April di seluruh Malaysia. Semua gig yang dianjurkan akan mempunyai tiket terhad dan mematuhi SOP bagi mengelakkan penyebaran wabak COVID-19.

Hampir setiap pelusuk negeri mulai mengambil tempat, menjadi sebahagian dari sejarah Hari Gig Kebangsaan. Dari Lembah Klang ke Perak, Pulau Pinang, Kedah hingga ke Johor dan Negeri di Bawah Bayu, semuanya sudahpun mengiklan poster masing - masing bagi memudahkan urusan pembelian tiket dan sebagainya, setakat 31 Mac, sudah 19 gig yang akan berlangsung untuk Hari Gig Kebangsaan.

"Idea HGK, bukan baru sekarang aku fikirkan sebenarnya". Kata Ahmad Faris, sambil jarinya menunjukkan meminta pemetik api untuk nyalakan rokok Sampoerna yang sudahpun dikepit dibibirnya. "Aku kat rumah tak hisap rokok. Tapi, seorang yang hisap Sampoerna, akan kenal orang hisap Sampoerna yang lainnya". Tawa Faris. "Ah sorry, apa tadi? idea HGK ni aku dah nampak bila Record Store Day tahun 2019 lagi, kau bayangkan orang sanggup beratur untuk beli rilisan fizikal, merchandise, tengok gig walaupun hujan lebat masa tu, tetapi apa yang aku nampak masa tu, semua orang tersenyum happy. Aku nak HGK pun macam tu, orang turun pergi gig, beli merchandise, ada rilisan terhad untuk HGK nanti, orang boleh dapatkan merchandise tersebut dan sekaligus membantu band yang bermain selain membayar tiket". Ucap Faris lagi. Sebagai info, orang ramai juga boleh ke www.tapau.asia/HGK untuk menonton gig yang berlangsung atas talian dan memberi sumbangan serta membeli merchandise secara terus di saluran gig masing - masing. Usahasama antara komuniti ini adalah untuk menunjukkan penghargaan serta sokongan terhadap ekosistem gig, dengan cara membeli tiket ataupun merchandise yang dihasilkan khas untu Hari Gig Kebangsaan.

Di siri ketiga forum Gedegang! yang dianjurkan oleh Rumah Seni Selangor pada Sabtu yang lalu, Ahmad Faris menceritakan tentang pentingnya komuniti untuk bersatu, dibawah payung HGK, untuk menghidupkan dan menambahbaik ekosistem yang sedia ada. "Kita perlu sedar tentang dengan komuniti yang sedia ada, kita perlu bersatu dan memainkan peranan masing - masing untuk mewujudkan satu ekosistem yang lebih baik. Kita sentiasa merasakan akan ada suatu ruang antara musisi dan media, pereka grafik, penganjur dan sebagainya kerana kita tidak sedar tentang ekosistem. Di HGK, kita kumpulkan komuniti - komuniti ini bersama, untuk mewujudkan mimpi bersama, dan sudah tentu, harap ni adalah permulaan untuk memudahkan segala hal yang akan datang". Faris menghembuskan asap rokok sambil disaksikan oleh Zim Ahmadi, seorang lagi panelis jemputan untuk forum Gedegang! pada petang tersebut. Senja mengambil alih suasana di Tasik Persiaran Shah Alam. Cantik juga senja hari ini. Kata seorang penonton Gedegang! ia disudahi dengan gelak tawa tentang stereotaip anak indie dan senja. "Kau tanyalah dorang (penonton)...". Tambah Faris lagi. "Apa moment first gig diorang? dan apa impact gig kat dorang?". 


Foto: Ahmad Faris dan Zim Ahmadi


Beberapa penonton siri Gedegang! yang masih melepak bersama kami, mulai membasahkan bibir mereka dengan memori gig pertama mereka, ada pelbagai cerita dari setiap mereka, semuanya epik. Gurauan senja itu, cerita dari setiap orang boleh dijadikan satu filem. Dari cerita - cerita mereka, kesan filem KAMI adalah sebab mereka mulai mendengar lagu soundtracks dari filem tersebut kemudiannya mahu mengorek lebih dalam lagi tentang ranah indipendent tanah air. "Selepas SPM, member I jawab soalan kuiz, tentang band atau lirik lagu, I dah tak ingat dah, di radio dan pemenang akan dapat tiket free. Empat tiket, kalau tak silap, dan member I tu menang, so dia bawa I untuk pergi gig. Masa tu terasa (filem) KAMI sangat, sebab lepas SPM, pergi gig, tak tahu dresscode, kebetulan ada kasut Converse, bedal je lah masa tu". Cerita, ketawa, Alee Isa tentang memori tersebut. "Aku rasa gig ni juga tempat cari kawan. Kadang - kadang pergi sorang, balik berlima". Celah Zim Ahmadi. "Rokok pun penting juga sebenarnya, kadang - kadang ada je lighter tapi sebab nak bertegur sapa tanpa rasa awkward, pinjam lighter dari orang - orang di gig jugak membantu untuk berborak dengan diorang, lepastu cerita la pasal muzik apa semua". Semua yang ada disitu, ada lima atau enam orang, mengangguk setuju. 

"Untuk sekarang, dengan seluruh dunia terkesan, semua orang perlu terima norma baru. Ada kotak bagai untuk orang berdiri dan kekal disitu, tapi boleh enjoy gig, semua orang pasti rindu gig macam tahun - tahun sebelumnya, tapi dengan keadaan sekarang, kita hadap je dulu". Kata Faris lagi. "Expectation aku cuma 10 gig diadakan pada waktu yang sama, tetapi setakat ni, HGK sudah pun ada 20 gig. Pastilah, tahun ni tahun pertama HGK, kurang sana sini, terlebih sana sini, sebab benda ni baru, seterusnya nanti kita buat yang lebih baik dan aku respect dan happy dengan semua yang terlibat untuk HGK tahun pertama, aku rasa HGK adalah pertama di dunia. Aku ada buat research apa semua, masih belum ada negara buat National Gig Day. Kita yang pertama siot!". 

Suka diingatkan juga bahawa peminat dan penyokong perlulah juga bertanggungjawab memastikan SOP dipatuhi sepanjang masa bagi membantu usaha kita bersama dan HGK merupakan 'community movement' tidak dimiliki oleh mana-mana pihak atau badan. 

INFO HARI GIG KEBANGSAAN DENGAN MAKLUMAT LENGKAP:


10/4/2021 (Sabtu)

1. S.O.G. LIVE IN ANGKASA (AN INTIMATE SHOW) oleh ANGKASA EVENT SPACE / Lineup: SEKUMPULAN ORANG GILA / Lokasi: ANGKASA EVENT SPACE, Bandar Sri Permaisuri, KL / Masa: 5PM + 9PM / Tiket: RM50

2. A NEW HOPE 2021 oleh ANTISIDS X INSIDER / Lineup: RAMPAGE, WAVEFORM, HOMICIDE, VOLTANXTINGGI / Lokasi: INSIDER SATELLITE, Ipoh, PERAK / Masa: 6PM / Tiket: RM15

3. KONGSI SUARA II oleh ATASANGINMY / Host: AFIQ AZREN & RAFIQ / Lokasi: SAFEHOUSE, Ttdi, KL / Masa: 6PM / Tiket: RM25

4. ADVENTS I WANNA DYE SHOWCASE oleh STESENSENI / Lineup: ADVENTS, SAYONARA,BOYS!, ADAM JUHANN / Lokasi: STESEN SENI, Damansara Perdana, SELANGOR / Masa: 430PM, 830PM / Tiket: RM30

5. BORNEO VIBES: GIG RENTAS LAUT by KGE BORNEO / Lineup: M.PASOLA, COUNTRYWOLVES, ORA DELLA & MKNK / Lokasi: MB LIVE STUDIO, Kota Kinabalu, SABAH/ Masa: 3PM / Tiket: BY DONATION (Livestream Only)

6. BERTAHAN TERUS oleh ISTIKOMA / Lineup: STATIK , KAHKAH CELAKA, MUDDLED, HUMMING BIRDS, OPERAHAUS, BLACK N' BLUES / Lokasi: ROCKIN JAMZ HALL, Masai, JOHOR  / Masa: 7.30PM + 9.30PM / Tiket: RM40, RM55 (+ T-SHIRT)
 
7. JUST GIG! oleh JUST GIG! JAZZ COMM / Lineup: YONG YANDSEN, PING WEI & CHENG KOK (Free Jazz), DANI KOMARI, ANDY CHONG / Lokasi: Rooftop @ Panggong, THE SAXOPHONE STORE, KL / Masa: 9PM / Tiket: RM40

8. GIG IT JIWA oleh REVOLUTION STAGE / Lineup: VIONA, ROMOVEMENT (Interpretive Dance) / Lokasi: REVOLUTION STAGE, Petaling Jaya, SELANGOR / Masa: 9PM / Tiket: RM15 (Livestream Only)

9. ONLINE GIG BANGUN ORANG TIMUR A.C.A.B. oleh A&Z RECORDS / Lineup: A.C.A.B. / Lokasi: RAJAWALI STUDIO, Bayan Lepas, PENANG / Masa: 9.00pm / Tiket: RM40 (Livestreaming Only)

10. CRAZY GRIZZLY "TERGIVERSATE" SOFT LAUNCH oleh WORLD WITHOUT BORDERS SOUTHERN EDITION / Lineup: CRAZY GRIZZLY, CONSECRATE, CHECK YOUR HEAD/ Lokasi: SPUNDOK@LOTUSHQ, Johor Bahru, JOHOR / Masa: 5pm / BY DONATION (Livestream Only)

11. RUANG & KITA oleh NEXTKIN STUDIO x SPACE 08000 / Lineup: SEPATUSIXTYNINE, TWOSEVENTEEN, JOYBERRY, KRATOM NOISER , SAD MEMOIR / Lokasi: SPACE 08000 , Sungai Petani, KEDAH / Masa: 8PM / Tiket: RM15, RM20(Door) 

12. 11TH DIMENSION VOL.1 oleh DIGITAL ART GROUP / Lineup: CAPT'N TRIPS AND THE KID / Lokasi: KEDAI KL, Petaling Jaya, SELANGOR / Masa: 2.30PM, 5.00PM / Tiket: RM30 

13. HARI GIG KEBANGSAAN oleh SOUNDMAKER STUDIO / Lineup: WARNABUMI, MATHCLASS, SATYAGRAHA, SLICK Z, BUDDHA BEAT / Lokasi: SOUNDMAKER STUDIO, Georgetown, PENANG / Masa: 9PM / Tiket: RM20 

11/4/2021 (Ahad)

1. INDIENASIONAL 3 oleh ATASANGINMY / Lineup: LOKO, KAPOW. GREY SKY MORNING / Lokasi: ANGKASA EVENT SPACE, Bandar Sri Permaisuri, KL / Masa: 4PM / Tiket: RM45 (SOLD OUT)

2. PRIVATE PARTY BUDAK NAKAL HUJUNG SIMPANG / Lineup: BUDAK NAKAL HUJUNG SIMPANG / Lokasi: Rooftop @ Panggong, THE SAXOPHONE STORE, KL / Masa: 9PM / Tiket: RM50

3. MIMPI BASAH SIRI 2 oleh ATASANGINMY / Lineup: COUPLE, TIME MACHINE, JETCETERA / Lokasi: ANGKASA EVENT SPACE, Bandar Sri Permaisuri, KL / Masa: 8PM / Tiket: RM35

4. SANTAI MALAM (EDISI HGK) oleh MALAYA ROLL / Lineup: ALI IDRIS, TRIOGG, JEMPUT DENGAR, BEAT MINOR, PALOQ, DAINBRAMAGED, THE LAWRA, POPSCENE / Lokasi: ROCKIN JAMZ HALL, Masai, JOHOR / Masa: 4PM / Tiket: RM40

5. DISKO SENYAP oleh ALAM BUNYIAN / Lineup: MAFIDZ, GARD WUZGUT, LATE NIGHT FREQUENCY, ICHU / Lokasi: KONGSI KL, Jalan Klang Lama, KL / Masa: 8PM / Tiket: RM60

6. TEPENG NOT DEAD 2021 by TIMSxDPLAZE / Lineup: RAMPAGE, DECAGED, VOLTANXTINGGI, CROOKED JIM'S, KASH WELA / Venue: DPLAZE CAFE, Kamunting Taiping, PERAK / Masa: 5pm / Tiket: RM20

Comments