TEMUBUAL ABDUL SHAKIR, TENTANG DIGITAL ART DAN INSTALASI GULI

 


GULI adalah sebuah instalasi audiovisual oleh Grasshopper (Abdul Shakir), Iwaz dan Gan yang diadakan di Digital Art Gallery, Mahsa Avenue pada 19 mac lalu sehingga 4 April ini. Bercerita disebalik GULI, Abdul Shakir mengatakan permulaan idea GULI adalah ketika awal PKP berlangsung. "Keperluan berada di rumah adalah sebab aku angkat semula 3D software, dan masa tu aku pick up balik 3D sebab aku dah lama tak working something with 3D punya content". Ungkap Abdul Shakir. "GULI adalah tentang unity yang aku sentiasa ketengahkan, something to talk about-lah, kita bercakap tentang diversity tapi aku tak nampak kita praktikkan benda tu, show ni adalah semacam persoalan tentang isu tersebut".  Dipertanyakan tentang pemilihan guli sebagai simbol yang signifikan untuk sebuah penyatuan, Abdul Shakir merespon, guli mengingatkan kembali tentang zaman kanak-kanak beliau, sebagaimana ketika di usia itu, kanak - kanak berkumpul, tanpa mengira bangsa dan warna kulit hanya untuk bermain guli, jelas Abdul Shakir lagi, "Naratif GULI bermula dari situ la, memori zaman kanak - kanak aku". 

"Kenapa aku perlu ada audio adalah ia bukan sekadar bunyi guli, sebab tu kalau kau perasan, bunyi guli ada 3 bahagian. Digital distruption adalah tentang bagaimana teknologi mengambil alih permainan - permainan zaman kanak - kanak kita. Ya, mungkin guli masih dimainkan tetapi dimainkan di gajet, misalnya, so persoalan tu aku tanyakan kat diri aku sendiri sebelum ia dijadikan seperti yang kau nampak sekarang, digital tak memusnahkan apa - apa, selain menyediakan yang lebih baik". Kata Abdul Shakir.

"Barangkali, budak - budak sekarang tak rasa tension masa bermain, maksud aku, kalau aku main guli dulu, aku perlu ke luar rumah, cara main macam ni, interaksi secara fizikal tu ada berbanding sekarang, walaupun bermain permainan video lebih luas untuk kau berkawan dengan sesiapa, bahkan dari luar negara, tapi budak - budak tu tak rasa tension interaksi tu sangat". 

Persoalan sengaja ditinggalkan Abdul Shakir meskipun dari bibirnya sentiasa basah dengan jawapan, dengan hujan yang mulai lebat, Abdul Shakir sentiasa terkumat kamit dengan idea - ideanya, seolah kepalanya adalah ofis yang paling sibuk, bertanya itu ini, tidak hanya bernostalgia dengan zamannya, cuba merungkai apa yang dialami oleh kanak - kanak zaman sekarang, beliau sentiasa cuba untuk memahami.  Abdul Shakir seakan mahu mendengar lebih banyak persepsi dari kalangan pengunjung yang hadir ke pameran instalasi GULI. 

 "Dulu kawan aku mungkin satu taman je, tapi budak sekarang kau boleh berkawan dengan orang dari negara lain, itu represent guli itself. Sebelum ni, aku ada buat interview, bukan interviewlah, maybe some random questions untuk kawan - kawan, sepupu yang bermain sosial media, permainan video ni semua, dorang berkawan dengan orang luar melalui online game so ada baiknya disitu". 

Mengenai padanan audio dan visual GULI, Abdul Shakir turut bekerjasama dengan pereka bunyi iaitu Iwaz dan Gan untuk menghasilkan yang sewajarnya untuk GULI. "aku start kembangkan 10 seconds punya loop ke 2 minit 45 saat untuk padankan dengan visual dan sepanjang 2 minit 45 minit saat tersebut dipecahkan kepada 3 bahagian, represent guli, masuk pula ke bahagian dua, soal bagaimana digital 'mengganggu' bunyi guli bahagian pertama, kemudiannya, bahagian ketiga adalah tentang digital mengambil tempat sepenuhnya". Jelas Abdul Shakir.

Mengenai digital art, Abdul Shakir  mengatakan, di Malaysia masih lagi menganggap digital art adalah photobooth untuk pengunjung mengambil gambar. "Tak salah pun, tapi tak mengimbangi apresiasi terhadap digital art itu sendiri". Ucap beliau. "Benda ni tak baru di negara luar dan disini aku rasa memang ada orang menghargai benda sebegini, benda yang cantik. Sepanjang orang mengalami pengalaman instalasi GULI berlangsung, kita nak orang tahu, ada cara lain untuk sebuah pengalaman seni, bukan sekadar tayang visual disalut audio atau bukan hanya tentang lukisan di galeri". Tambah beliau. Ketika ditanyakan tentang digital seolah sesuatu yang tidak natural, Abdul Shakir mengatakan tidak adil untuk mengatakan sebegitu kerana semua hal sentiasa menuju ke titik perkembangan dan kemajuan. "Semua orang move forward dalam segala hal, nak tak nak, disuatu masa, kita akan mencari orang yang produce artwork melalui digital, teknologi atau entah apa lagi dalam tahun mendatang. Art sepatutnya inklusif untuk semua orang bukan sekadar dibuat untuk sesetengah orang sahaja". Akhiri Abdul Shakir.

Comments