YON.DERSHORE RILIS SINGLE 'SIAL', BERKISARKAN TENTANG DEPRESI

 







Yon.dershore merupakan band alternatif indie dengan sedikit tempias lo-fi yang bertapak di Kuala Lumpur. Band ini bermula dengan Yon dan Jez yang berjamming berdua sahaja sebelum disertai Yo dan Atoq. Ahli-ahli band ini merupakan gabungan pemuzik dari band-band bawah tanah yang lain: Atoq dan Yo berasal dari band Motherland, Yon pula dari Shh...Diam! (dan bermain drums untuk Tingtongketz dan Memento Mori), manakala Jez juga bermain bass untuk Memento Mori. Single terbaru yon.dershore, ‘Sial’ yang bakal dirilis pada 19 Februari 2021 ialah lagu Melayu kedua mereka setelah merilis lagu ‘Lepas’ pada tahun lepas (2020).


 

‘Sial’ yang ditulis oleh Yon dan digubah bersama Jez, Atoq dan Yo ketika sesi jamming ini berkisar tentang kesan depression yang turut mempengaruhi orang-orang sekeliling dengan cara yang berbeza. Lagu ini telah direkod oleh Yon di rumahnya ketika PKP melanda sekali lagi pada bulan Januari 2021. Yon juga telah mencuba mixing sendiri, memang lagu sial ni buat kat rumah je sambil jaga anak. Memandangkan yon.dershore masih baru ditubuhkan iaitu pada pertengahan 2020, muzik mereka juga masih dalam eksperimen dan berevolusi mengikut ketentuan pandemik. 

Band ini sangat berharap agar ada pengakhiran bagi wabak COVID ini agar bunyi-bunyian mereka dapat dipersembahkan di atas pentas. Dengarkan lagu ‘Sial’ di semua platform muzik online yang utama. Untuk terus dengar lagu penuh, sila klik link Youtube ini https://youtu.be/Lv_6bQdpga0 (Pada 19 Februari). 

Ikuti yon.dershore di Youtube, IG, FB dan Spotify bagi perkembangan mereka.

Comments