BALASOH: DEMO DOK KENAL BARE

 


Teks: Zhafirin Zulkifli
Foto: Balasoh

Dianggotai oleh Lan sebagai gitaris dan vokal sementara Armin diposisi dram, Balasoh adalah 2-piece band dari Kota Bharu, Kelantan yang mengimani genre Punk dibalut dengan noise yang raw, power chord dan fast drum beats. "Balasoh terdiri daripada dua orang yang boleh dikatakan agak baru dalam bermain instrument kami. Oleh sebab itu kami sememangnya perlu mempunyai keyakinan dengan apa yang kami buat. Apa yang lebih penting disini adalah hati mesti kena kering. Main langgar selagi kami mampu". Respon Lan melalui Whatsapp. "Muzik Balasoh masih lagi di fasa yang agak mentah tapi dari pada pendapat peribadi kami Balasoh is heading towards a nice trajectory".



"Adakah kami 'percaya' muzik kami akan membawa kesan kepada scene lokal?", tambah Lan, "To be honest we don't really give a damn fuck. Kami sekadar bosan dengan kehidupan seharian dan Balasoh adalah outlet kami. At this phase of Balasoh we're not trying to impress anyone apart from ourselves". Walaupun Balasoh itu sendiri adalah punk band tetapi Balasoh cuba untuk elak dari terlalu politikal. "Being political is tiring especially with the political climate that we're in. Jadi kami sekadar tulis je apa-apa yang kami terlintas di fikiran kami. It can range from absurd humor to social critics. Tak kisah. This goes back to our previous point: main langgar je. We also try to be as self-aware as we possibly could". Kata Lan yang kemudiannya mengatakan Balasoh sedaya mungkin meriliskan lagu yang seringkas mungkin. "Oleh kerana kami berdua sangatlah amatur we try to make the music as simple as we could. Nothing fancy. All we need is just fast drum beat and power chords. Kami berdua juga merupakan kaki noise jadi kami juga cuba meletakkan sebanyak mungkin noisy elements dalam muzik kami".

Bandcamp Balasoh: Demo Dok Kenal Bare

Mengenai idea penulisan dan lagu yang sering bertemakan absurd humor didalam Demo Dok Kenal Bare, Lan mengatakan "Antara dua figure yang pada pendapat kami sememangnya bangang adalah Gerogerigegege (noise/punk rock) dan Seth Putnam (vox Anal Cunt). We follow their approach to write some of our bangang songs. Contoh macam: shit-stained briefs of an old man, acap suka melancap. The absurd humour mainly served as a subtle hints to Balasoh general neutral and apolitical stances. Kehidupan di kelantan yang macam sial mendidik kami untuk menjadi terbuka kepada semua perkara. Kami taknak jadi band yang terlalu preachy. Untuk social critics pula, seperti yang kami katakan tadi Balasoh try not to be too political. Tapi berpolitikal itu akan sentiasa ada dalam diri manusia jadi kadang-kadang akan terkeluar juga lirik that touched on social critics. Apa yang kami rasa berbaloi untuk diluahkan. Sesuatu yang kami lihat disekeliling kami dan perasaan kami terhadap sesuatu perkara. Tapi secara general Balasoh cuba mempelbagaikan topik dan tema penulisan kami. We did not limit ourselves to one particular subject matter". Jelas Lan.

"Demo Dok Kenal Bare sebenarnya lebih berfungsi sebagai proper setlist untuk kami jam dan bertemu dengan geng-geng dalam scene kelantan. Disebabkan oleh pengharaman gig di negeri ni jadi agak susah nak berkenalan. It wasn't meant to impress anyone. The demo only served as a way to show that Balasoh exist. Syukur, demo tu berjaya buat kami bertemu dengan dengan geng yang mungkin boleh bantu kami untuk proper recording. Buat masa ini kami sekadar cuba untuk bagi permainan kami lebih tight. Jam sekali sekala dan beli proper equipment. Mungkin dalam 2021 kami akan cuba buat proper release, kalau semua berjalan ikut plan-lah. Politik sial sampai kesudah tak akan habis. Kalau nak tunggu semua cool down memang sampai kesudah Balasoh tak akan kemana-mana. Method kami adalah sangat mudah: selagi boleh langgar kami akan langgar". Akhiri Lan.






Comments