Arif ataupun nama pentas, "Reep", mempunyai bakat muzik turun-temurun yang datangnya dari ayahnya sendiri. Reep memulakan segalanya apabila berusia 10 tahun dalam dunia muzik, dan alat pertama yang dimainkan ialah sebuah dram setelah melihat abang kandungnya bermain dram. Pada usia 16 tahun, Reep melatihkan diri untuk menulis puisi, disebabkan ketika usia itu, beliau gemar mendengar lagu Westcoast Hip-Hop, Reep beranikan diri untuk menulis lirik pada setiap kertas kosong dan buku latihan, sehinggalah setahun kemudian beliau mengajak rakannya merakam sebuah lagu dengan bunyian "whistle synth" untuk suka-suka sahaja. Pada tahun ini, beliau ditawarkan ke UiTM Samarahan untuk melanjutkan pelajaran dalam kursus Pengurusan Maklumat. Disebalik mempelajari tentang kursus tersebut, beliau gemar untuk meneroka segala jenis muzik sama ada di Malaysia dan antarabangsa. Beliau juga sering belajar tentang "producing", "mix and mastering" sebagai hobi baru.
Mengenai rilisan terbaru REEP berjudul 'Coma', REEP masih belum mencapai bunyian yang menanda eksistensi beliau ke dalam ranah muzik hip - hop, yang sebegitu besar di Sarawak. 'Coma' adalah sisi kematangan yang lain, misalnya permainan bunyian, meneroka lirikal yang dekat dengan beliau. REEP menandai kariernya dengan sebuah perjalanan yang panjang dan kenaifan dalam bunyi dan kata adalah sisi sebenar yang ditunjukkan beliau untuk singgah ke persinggahan karier beliau yang seterusnya.
‘Love in the Time of Pestilence’ adalah trek metal eksperimental yang mencerminkan peristiwa pandemik dan krisis global yang berterusan. Disusun dan dirakam semasa gelombang pertama Covid-19 di Eropah, pandangan gelombang gelombang amplitud trek ini, dengan puncak dan palungnya, bunyian dan lirik merupakan visualisasi evolusi dan perkembangan wabak ini sepanjang tahun ini, 2020.
Satu hal yang menarik tentang duo ini adalah, mereka sentiasa kaya dengan visualisasi lagu yang mengagumkan, tanpa ada sesuatu yang berlebihan untuk dijayakan. 'Love in the Time of Pestilence' juga berjaya menyajikan hal tersebut, bagaimana sebuah bunyian menentukan 'horror' yang mampu menakluk telinga pendengar. Menurut The Chronicles of Manimal and Samara (TCOMAS), muzik video 'Love in the Time of Pestilence adalah sebuah penghormatan kepada semua profesional penjagaan kesihatan di seluruh dunia yang telah mempertaruhkan nyawa mereka sendiri untuk menyelamatkan nyawa orang lain.
Penampilannya mungkin biasa dari pandangan pertama, tetapi tidak ramai yang tahu bahawa dia adalah salah satu wajah industri muzik tempatan. Ini adalah perjalanan muzik Timothy Lim, juga dikenal sebagai Tim Lim yang berasal dari Ipoh, Tim berharap muziknya dapat mewujudkan getaran positif dalam dunia muzik tempatan. Dengan 2 album dan EP, Tim akan mengeluarkan EP baru pada tahun 2020, berjudul "The Journal" - sebuah EP yang menangkap pengalaman sehari-hari.
Bercerita tentang hal tersebut, lagu-lagu Tim selalunya adalah bertujuan untuk mendekati orang-orang dengan tema yang mencerminkan keputusan yang kita buat dalam hidup dan cabaran yang kita hadapi kerana ia dapat menjadi pengalaman untuk belajar, di mana kita dapat melihat kekuatan dan kelemahan kita selagi kita mempunyai minat belajar yang mendorong kita semua.
Sudah pasti, pendengar menantikan EP Journal ini diriliskan dan seterusnya menunggu seperti apa pembawakan muzik Tim Lim, karakter dan hal - hal yang boleh dihakimi oleh muzik Tim Lim melalui EP Journal.
Comments
Post a Comment