PENTAS JIWA RADIOWAVE, CITARASA IPOH

 


Tarikh ikonik 10/10/2020 telah dipilih oleh Radiowave untuk meriliskan single terbaru mereka, Pentas Jiwa dan secara kebetulan jatuh pada ulang tahun pemain keyboard mereka Irfan Azhim.

Pentas Jiwa adalah lagu Melayu pertama mereka setelah mengeluarkan sejumlah single Inggeris sebelum ini seperti Cabaret dan Walk In Glam. Walaupun rujukan muzik kebanyakannya berasal dari Inggeris Pop, mereka kini menambah suntikan baru dalam karier muzik mereka dengan menonjolkan akarnya dengan menghasilkan lagu Melayu.



Segala proses dibikin di bandar, Radiowave, sebuah kugiran dari Ipoh yang dipengaruhi seputar bunyian britpop seperti Inspiral Carperts dan Happy Monday ini mengatakan Pentas Jiwa dihasilkan dengan citarasa Ipoh. Menurut padanan rilisan media yang disiarkan, lagu asalnya digubah oleh frontman mereka Taqwa, sementara lirik ditulis oleh Pijie dan bass dirakam oleh Herri Bittersweet. Hometown assembles!

Radiowave pada mulanya telah merancang siri jelajah bagi mempromosikan single mereka tetapi telah ditangguhkan kerana pandemik semasa. Oleh itu, mereka mencari alternatif untuk mempromosikan single baru mereka.

Radiowave boleh diikuti di semua platform sosial media seperti Instagram, Facebook dan Twitter selain karya-karya mereka boleh didengarkan di saluran digital seperti Youtube.

Comments