"I'M LYRIT, ALSO KNOWN AS NISA ADDINA" RILIS SINGLE 'STORYTELLING', DARI SEORANG VIOLINIST KE BEDROOM POP

 



Teks: Zhafirin Zulkifli
Foto: Lyrit


Dikala virus menyerang dan masih belum mahu nyah dari badan-badan manusia, saya ingin sekali pulang ke rumah di Kuching. Saya rindu remang senja Petra Jaya, ketenangan yang halal tanpa gunaan, merasa masakan di dapur rumah, lepak di Kahf Studio dan bermacam-macam hal yang ingin dilakukan di Kuching.

Pandemik menyukarkan kita semua, kecuali ahli politik sedikit unik; makan tak kenyang, mandi tak basah memikirkan kuasa. Tidak, saya tidak menulis tentang remang senja Petra Jaya, bukan isi perut ahli politik. Suatu malam yang hangat di Petaling Jaya, sambil mendengar demo, EP, dan sewaktu dengannya di e-mel bawahtanahrasmi, berbekalkan tembakau Mac Baren tinggal nan habuk, satu peti e-mel dibuka. "I'm Lyrit, also known as Nisa Addina, I’m a violinist, composer and producer from Sarawak". Saya rasa seolah dihempap tugu kucing. "Kenak aku sik pernah dengar nama tok?". 

"Sarawak will always be my home." Respon Lyrit melalui DM instagram. "Miss the food all the time, laksa Sarawak, midin, crispy oyster omelette, I try to come back once in a while, but due Covid, it's pretty hard."

Saya cuba mencari namanya di Youtube, sebelum mendengar rilisan yang dihantar melalui e-mel. Mengikut pencarian tersebut, 'Iced Gem Biscuits' adalah rilisan pertama Lyrit. "A Malaysian childhood snack" tertulis di deskripsi lagu tersebut. Berbaur lirik yang ringkas, rutin, nostalgia, permuzikan Lyrit dalam lagu tersebut juga mudah didengar dan sebegitu ringkas, disulam lirik tanpa berbasa basi.


Kemudiannya dari video tersebut, saya menjumpai video 'Manusia' nyanyian Dayang Sofiah bersama Aziz Satar diolah semula melalui bunyian violin Nisa Addina. Video tersebut berlatarbelakangkan bandar Kuching. Oh shit, saya kembali memikirkan tentang Kuching, Dester, Tsing Tao dan ERA merah. Saya klik semula ke e-mel untuk mendengar rilisan terbaru beliau, 'Storytelling', tanpa sedar, saya mendengarnya sehingga tamat lagu tersebut. Ketidakpuasan mendengar lagu tersebut membuatkan saya terus memutarkan lagu tersebut. Sebuah lagu Pop yang kedengaran sepertimana bunyian Pop yang sering kita putarkan, bunyian yang kita boleh dengar di corong radio. Tetapi, Lyrit menjadikan bunyian Pop itu tidak berasa kaku dengan beberapa kelainan, barangkali beliau sedar dan mengetahui kekuatan beliau dalam musikalisasi. Pop menjadi seolah tidak terbatas dan 'Storytelling' bernafas dengan sebaik mungkin, setidaknya memuaskan telinga pendengar.

Rokok masih menyala. Selepas beberapa soalan dan dibalas pelbagai respon, saya mula bertanyakan tentang transisi musikalisasi beliau. "I started playing  violin when I was 7." Respon beliau ringkas. "At the same time in school, I learned to produce through garageband after listening to Daft Punk. I tried to recreate their song 'Around The World' and it was super fun."




Tambah Lyrit lagi "It's also nice to have best of both worlds in live music and music production."I realized how much enjoyed it when I entered Berklee." Bercerita tentang 'Storytelling', bermula dari sebuah bilik tidur, menurut info yang terdapat di dalam e-mel, lagu tersebut diciptakan beberapa bulan yang lepas, 'Storytelling' juga dibantu oleh rakan musisi beliau yang lain. "Originally the guitar in the chorus used to be a synth plugin, eventually we replaced it with real guitars by my friend Jo, an amazing guitarist and producer from the band Block J."

In the Chorus I took inspiration of the feel from The Internet’s “Wanna Be”, while in the Verse, I used some of the chords from Erroll Garner’s classic “Misty” and embellished it into a sweet love song of my own." Kata Lyrit. 

Beberapa jam sebelum artikel ini diterbitkan, Lyrit juga menyiarkan secara rasmi muzik video 'Storytelling' di saluran Youtube milik Lyrit. Untuk mengetahui perkembangan muzik Lyrit, yang juga dikenali sebagai Nisa Addina, boleh ikuti beliau di Spotify, Youtube dan sosial media atas nama Lyrit. 


Comments