Lucid Dream Retreat adalah kugiran bluesy-stoner rock dari Kuala Lumpur yang ditubuhkan pada awal tahun ini. Dianggotai oleh Riki, Uloi, Iwan dan Adam tidak mengambil masa yang lama untuk mencuri telinga pendengar muzik di Malaysia. Lucid Dream Retreat sudah pun meriliskan tiga buah single antaranya 'Sink in Love', 'Semak', dan terbaru 'Trippin' yang diriliskan seminggu yang lepas.
Bercerita mengenai terbentuknya Lucid Dream Retreat, Segalanya bermula apabila Riki (Vokalis, Gitaris) pada awal tahun 2020 mencari line-up bagi merealisasikan beberapa lagu yang ada dalam simpanan beliau. "Adam (drummer) pada ketika itu di pejabat menerima satu permintaan menjadi rakan di Facebook dari Riki, setelah menerima, Riki terus inbox tanya “Boleh main bass tak?” Perkara yang sama dilakukan kepada Iwan (Bassist). Bertitik tolak dari pertanyaan di inbox Facebook segalanya bermula dan the rest is history." Jelas wakil Lucid Dream Retreat melalui balasan E-mel.
"Uloi (Lead Guitar) sudah berkawan dengan Riki agak lama dan bersama dalam sebuah band yang lain sebelum ini yang memainkan lagu jenis Blues/Pop/Eksperimental. Kepekatan pengaruh Blues dapat didengar melalui petikan dan sound yang ditampilkan Uloi dalam trek LDR yang sudah dirilis." Jelas pengaruh band seperti Asteroid, Mars Red Sky, Stoned Jesus, 1000mods, All Them Witches, Plainride, Witchrider, The Devil and the Almighty Blues, Buffalo Fuzz, King Buffalo disuntik ke dalam bunyian Lucid Dream Retreat. "Seminggu kemudian, kami terus jamming lagu dari demo yang diberikan Riki di Damansara. Untuk Iwan dan Adam, itulah kali pertama bertemu dan praktis bersama Riki dan Uloi. Kurang dari seminggu terus berkawan dan buat band! Antara sebab kenapa begitu mudah sekali LDR ini terbentuk mungkin atas faktor jenis muzik yang mahu ditampilkan di mana secara kebetulan, Adam dan Iwan juga sedang memikirkan mahu menghasilkan karya yang luar dari kebiasaan mereka. Adam sebelum ini (dan masih) bergelumang dengan projek band grindcore dan death metal, Iwan masih aktif dengan band noisy/hardcore punk. Jadi pelawaan dari Riki untuk memainkan muzik yang anda dengar dari LDR sekarang adalah satu peluang bagi mengeksplorasi dan meningkatkan tahap penguasaan serta variasi permainan masing-masing."
Penghasilan setiap lagu kami, kami cuba mengharmonikan melodi bass dan gitar. Seterusnya, kami juga menggunakan chords yang tak konvensional dari segi signature sound, kami cuba mengolah sedikit progression scale setiap lagu agar tidak terlalu ketara antara satu sama lain namun tetap mengekalkan “cop mohor” yang sama. Rentak drum yang bertempo perlahan berserta “filling” yang kompleks menjadi taruhan kami. Akhir sekali, lirikal berkonsep psikologi dihanyutkan bersama vokal nyanyian yang bersahaja dan malas." Respon ahli Lucid Dream Retreat mengenai proses kreatif Lucid Dream Retreat.
Comments
Post a Comment