A TRIBUTE COMPILATION THE BOLLOCKS - TAHVOLE, OXTOBOX, THE DICKSONS ANTARA 31 KUGIRAN YANG KONTRIBUSI
Teks: Zhafirin Zulkifli
Foto: Tahvole/The Bollocks
31 band meriliskan semula lagu-lagu The Bollocks dalam kompilasi 'A tribute compilation' The Bollocks yang boleh didengarkan platform digital, Bandcamp. Turut terlibat dalam kompilasi 'The Bollocks - A Tribute Compilation' selain Tahvole, The Dicksons dan Hafifi Mokhtar, antaranya adalah Parkinson, Kasih Sayang, Exotica, Kahkah Celaka, Con-Damn The Corruptor, Plague Of Happines, Fag, Kurasakuasa dan beberapa band yang lain turut menyumbang dalam kompilasi rendisi The Bollocks termasuk Indra Menus dari Indonesia.
"Bila kami diajukan mengenai kompilasi tribute untuk sebuah kugiran punk veteran tempatan, kami tersengih bila ada nama The Bollocks adalah semacam kewajiban untuk bersetuju jika terdapat sebarang aktiviti melibatkan The Bollocks." Menurut Tahvole melalui satu kenyataan di sosial media Tahvole.
Foto: The Bollocks.
"Kami baru tersedar, menjalani usia belasan tahun di dekad 90an dengan berlatarbelakangkan lagu-lagu The Bollocks merupakan suatu anugerah. Mendengar trek demi trek secara berjemaah walaupun hanya menerusi corong pemain kaset yang pita kasetnya kerap putus-sambung-putus balik-sambung balik; ternyata sedikit banyak membantu pembentukan cara berfikir dan meluaskan spektrum perspektif dalam merespon isu semasa dari dulu sehingga kini. Ini peluang keemasan untuk kami berterima kasih. The Bollocks patut tahu, lagu-lagu mereka telah bekerja dengan baik menerusi kaset-kaset pinjam-dubbing dan mixtape yang merentasi lurah, bukit dan dataran Kuala Pilah untuk sampai ke Jasin." Tambah Tahvole, sebuah kugiran elektro yang berasal dari Jasin. Kompilasi lagu-lagu The Bollocks tersebut boleh didengarkan di https://brokennoise.bandcamp.com/album/v-a-tribute-to-the-bollocks
Comments
Post a Comment