SELEKTA SEMASA: RILISAN INCARNATED, REEP, COLLEGE ROOSTER DAN IAMRAIN


INCARNATED adalah sebuah band metal yang berasal dari Indonesia yang lahir pada pertengahan 2018 ditengah komuniti musik Underground Kota Malang. Menyajikan kecepatan ciri khas death metal dan riff metalcore pada gitar serta high scream dan growl pada vocal, perjalanan awal terbentuknya Incarnated diawali Dyan yang berkeinginan membentuk band dan mengajak Arief untuk bergabung, yang saat itu masih aktif dalam sebuah band. Tidak lama kemudian Arief keluar dari band tersebut dan menanyakan kembali kepada Dyan tentang pelawaanya tidak lama dulu. Akhirnya mereka sepakat menubuhkan Incarnated menjadikan The black dahlia murder, As blood runs black, Behemoth, Batushka, At the Gates, Lorna shore, Malevolent creation sebagai band yang mempengaruhi muzik Incarnated.



Mengenai single terbaru bertajuk 'Holy War', "Kami menumpahkan keresahan terhadap perang yang menggunakan nama agama, dan kebenaran yang terjadi di masa sekarang ini, entah itu atas dasar nafsu kekuasaan, kepemilikan teritori atau kepentingan yang lainnya yang di pelopori oleh dogma pemikiran kritis manusia." Jelas personal Incarnated. Single 'Holy War' sudah pun boleh didengarkan di semua platform digital seperti Spotify, Soundcloud dan Youtube. 



REEP DEBUT SINGLE 'DENGANKU' - TENTANG KEHIDUPAN, PERMAINAN DAN PERSOALAN.

Arif ataupun nama pentas, "Reep", mempunyai bakat muzik turun-temurun yang datangnya dari ayahnya sendiri. Reep memulakan segalanya apabila berusia 10 tahun dalam dunia muzik, dan alat pertama yang dimainkan ialah sebuah drAm setelah melihat abang kandungnya bermain drAm. Pada usia 16 tahun, Reep melatihkan diri untuk menulis puisi, disebabkan ketika usia itu, beliau gemar mendengar lagu Westcoast Hip-Hop, Reep beranikan diri untuk menulis lirik pada setiap kertas kosong dan buku latihan, sehinggalah setahun kemudian beliau mengajak rakannya merakam sebuah lagu dengan bunyian "whistle synth" untuk suka-suka sahaja. Pada tahun ini, beliau ditawarkan ke UiTM Samarahan untuk melanjutkan pelajaran dalam kursus Pengurusan Maklumat. Disebalik mempelajari tentang kursus tersebut, beliau gemar untuk meneroka segala jenis muzik sama ada di Malaysia dan antarabangsa. Beliau juga sering belajar tentang "producing", "mix and mastering" sebagai hobi baru. 

Sehinggalah masa ini, menulis puisi, lirik, dan menggubah muzik adalah benda yang selalu dilakukan pada masa lapang.



"Lagu 'Denganku' mempunyai pelbagai maksud yang elok untuk dihadamkan oleh para pendengar. Dalam penulisan lirik lagu tersebut, mengisahkan hal kehidupan, permainan antara persoalan, dan juga diri sendiri." Kata Reep yang turut mengagumi Tulangkata, Quai, B-Heart dan Kugiran A.Sazali.

Reep boleh diikuti di media sosial atas nama Aripdol di Instagram selain lagu-lagu beliau boleh didengarkan di Soundcloud dan saluran Youtube.


COLLEGE ROOSTER RILIS SINGLE 'YOU SEE THAT GUY IN MRT?' TENTANG KESAKITAN DARI MASA LALU.

Lagu ini adalah mengenai kesakitan, kemarahan, dan kesedihan yang berasal dari masa lalu kita, terpendam di kepala kita, merosakkan hidup kita berulang-ulang kali. Parut yang tidak dapat anda sembuhkan. Ia dilukis dalam hidup anda yang kekal, dan terus menerus kewujudannya. College Rooster cuba membuat anda membayangkan semua perasaan itu dalam bentuk seorang lelaki yang duduk bersendirian di dalam MRT dalam rilisan single ini.


Perasaan emosional, dibalut dengan punk yang bertenaga dengan nada emo yang gelap, lagu ini dapat menyeret anda ke dalam nurani yang dalam. Band dari Kota Malang ini boleh diikuti di sosial media selain karya College Rooster boleh didengarkan di semua medium digital atas nama College Rooster.



IAMRAIN RILIS 'MUDAH' TENTANG EKSISTENSI PERADABAN.

Kugiran dari Kuala Lumpur ini yang dianggotai Tariq (vokal), Muiz (bass dan vokal), Naqi diposisi dram dan Rafique bermain gitar dan vokal, dipengaruhi dengan bunyian kugiran seperti Pandai Besi dari Indonesia, selain Pink Floyd (UK),  Explosions In The Sky, Mineral, The Get Up Kids (US), Mew (Denmark), Buddhistson, dan Envy dari Jepun, mengamati lirik iamrain, ia adalah sebuah lirik yang menyenangkan dan ia diterjemahkan ke dalam single 'Mudah' yang boleh didengarkan di Youtube dan medium digital yang lain.



iamrain juga bakal meriliskan sebuah album dalam masa terdekat turut memuatkan 9 buah lagu dalam album mereka yang bertajuk 'Citra'. Dalam penghasilan album tersebut, iamrain berkerjasama dengan seniwati visual Fariza Basri dan Shuz Mordiffi dalam penghasilan ‘album art’ dan juga rekaan visual. Kolaborasi ini bertujuan menyampaikan naratif lebih mendalam melalui gabungan seni muzik, lukisan dan visual.









Comments