DEAR KUCHING INDIE-POP, IT'S BEEN A PLEASURE. GOODBYE!



Teks: Zhafirin Zulkifli
Foto: Kredit kepada pemilik asal


Muzik adalah sebuah bentuk ekspresi yang indah dan datang dalam pelbagai bentuk dan cara untuk menikmati, muzik bukan sekadar bunyian. Hal ini penulis cuba membuka cherita-cherita tentang nostalgia, hal-hal masa kini yang melanda Kuching - City Of Unity, membuka mata hijab pencarian tentang suntikan bunyian muzik indie di Kuching. Terma nakal "Modern Culture Wannabe" dan "Kuching City Rock" yang dibawa oleh band The Zoo, tentang mengapresiasi atmosfera muzik indie lokal di Kuching dan kolektif seni setempat menjadi titik mula pengkultusan akan apa yang saya imani hari ini. 


"DARI KUCHING PLAZA KE PARKSON, DARI HOPOH KE WISMA SATOK"
Adim Alibaba, Silwayd, Heroine

Dari Kuching Plaza ke Parkson, dari Hopoh ke Wisma Satok , dari Waterfront ke Ceko, semua ini adalah port belia-belia Kuching di zaman 90an, cerita Adim, vokalis Heroine dan juga pernah aktif bersama band Silwayd suatu masa tidak lama dulu. "Hub kami pada masa itu adalah Kuching Plaza. Di situlah tempat berkumpul segala macam suku sakat, rupa paras, fashion gaya aneh-aneh remaja. Kau cakaplah apa pun aktiviti, dari main game Play Station sewa ikut jam, belek CD dan kaset di kedai Dallas, main snuker Tingkat atas, lepak minum di cafe (CanDo) sepanjang hari cuma minum sky-juice, time jamming berpadat 20 orang dalam satu studio, bertukar-tukar zine, patches dan kaset, semuanya berlaku di situ. Dari carpark sehinggalah ke belakang bangunan Kuching Plaza, semua di isi dengan figura-figura ini; budak skinhead, hardcore, metal, thrash, skateboarder, reggae/rasta, grunge, macam-macam lah. Meriah." Tutur Adim, bercerita tentang pengalaman beliau sendiri yang bermula dari skena skinhead sekitar tahun 1997.

Dengan sumber yang terhad, hanya kedai Rupert Rage-lah tempat belia remaja masa itu memperoleh barangan import, seiring peredaran zaman dan trend pada masa itu. Selain itu, khidmat snail mail untuk berhubung dengan dunia luar untuk mendapatkan sumber seperti demo dan zine juga amat popular, sebelum terbitnya teknologi internet untuk kegunaan umum yang memudahkan komunikasi dan perhubungan. Tambah Adim, "Boleh bayangkan bagaimana segala komunikasi berlangsung tanpa gadget ketika itu? Generasi zaman itu bolehlah dikata, berpegang pada janji. Minggu ni jumpa di KP, dah siap berjanji jumpa lagi minggu depan siap dengan planning. Semuanya dirancang dengan betul untuk aktiviti seterusnya. Jarang-jarang plan tak menjadi atau yang batal plan di saat akhir. Ungkapan On the way pun rasanya belum wujud."

Budaya sub kultur yang berkembang di Kuching sedikit sebanyak membentuk sendiri acuannya, menjadi seperti apa yang ada sekarang. Dari awalan terbentuknya skena ini sehingga kini, perbezaan amatlah ketara terutamanya dari segi sosial, kemudahan dan penerimaan umum. "Jika dulu, teramatlah susah untuk mengadakan gig, boleh dikatakan kalau ada pun pada tahun itu, sekali itulah sahaja dan akan menjadi perbualan sepanjang tahun, betapa rare event underground masa itu. Selalunya jika ada gig, semua genre akan bergabung tanpa prejudice, kerana terhadnya peluang. Kebetulan zaman itu, skinhead dan punk adalah taboo dan media memainkan peranan memomokkan budaya ini sebagai budaya kuning." Cerita Adim.

Senada dengan Adim adalah seorang figura yang tidak asing lagi, yang dulu aktif bersama Insane dan Nerd, antara band terawal menciptakan kewujudan dalam skena muzik alternatif di Kuching, adalah Naza yang kini masih aktif berkarya bersama The Times. "Tahun 1995, banyak band baru macam Rocket Flower keluar, ada banyak gig, sebulan ada 3 gig, crowd boleh cecah 500, 800 orang, memang padat walaupun agak terbatas dari segi promosi dan sebagainya, scene semakin membesar, OAG pun ada datang pada awal kemunculan sidaknya." Kata Naza. 

"Awal 90an, Kuching berada di fasa awal skena alternatif, dan kekurangan stuff, sometimes aku berhubung dengan kawan-kawan dari semenanjung, Singapura, untuk dubbing cassettes album yang aku tak ada, contoh aku tak ada album Cherryblossoms, band itu, band ini. During that time, alternative scene di Kuching belum berkembang, dan alternative scene Kuching nampak besar apabila rilisnya lagu Creep, dalam tahun 93 atau 94."

"Kuching bermula dengan Grindcore, band metal, dan semasa di UiTM, budak-budak dari semenanjung bawa fanzine dari sana, macam Aedes zine dari Joe Kidd. Kuching ketika itu begitu kosong, ada band tapi tidak begitu diketahui. Masa belajar disitu juga aku jumpa John dan Charles Nicestupidplayground. Charles ya, mun kau tauk, nya first drummer untuk Senseless."

Naza membuka semula peti memori nostalgik tentang records label beliau yang pertama, Teenage Rebel di Kuching. "Di Kuching, Teenage Rebel yang aku kendalikan antara records label yang terawal di Kuching." Kata Naza kemudiannya menyalakan sebatang rokok. 

"Earliest indies band di Kuching adalah seperti Nicestupidplayground, Indie's Wild child, Insane dan beberapa band yang lain. First compilations, 'Just Eat This Compilation', Nicestupidplayground pun belum dapat offer dari Positive Tone lagik masa ya, rasanya 'Just Eat This Compilation' dirilis tahun 1993, lebih awal dari kompilasi Miaow City Attack."

Studio di Kuching best, berbanding dengan Singapore adalah sama level, kamek orang rekod live selepas ya aku tanyak band yang dah ada demo untuk aku buat compilation sebab aku ada circle of friends dari pelbagai tempat dan aku hantar demo tersebut dan dari situ orang luar mula kenal Sarawak alternative scene. Aku yang pass kepada Joe Kidd, kawan-kawan yang lain. Selepas itu, aku buat Buddy Holly Network, kompilasi band - band Sarawak termasuk band dari semenanjung, termasuk Force Vomit dari Singapore."


 "NO MORE DRUGS, BERMULA DARI BAWAH SEMULA, NO FUCKING ROCKSTAR!" 
Naza, Insane/Polythene/OAG/The Times

"Aku tinggalkan Kuching dan menetap di Kuala Lumpur pada tahun 1996. Sebab kalau kau ada band, dan perlu berani berhijrah ke Kuala Lumpur untuk menjadi sebuah band yang besar. Tiket penerbangan yang mahal adalah halangan band beraksi dan berulang alik ke Kuching. Cuma ada MAS." Tutur Naza.

"Apabila aku di Kuala Lumpur, aku cuba bantu band di Sarawak untuk mendapatkan perjanjian syarikat rakaman, aku cuba push Saturday Heroes, The Rudeboys, Nerd untuk mendapatkan rakaman.

"Insane sepatutnya jadi sebuah band yang besar, tapi aku dah boring main indie, aku dahagakan heavy stuff, macam anarko punk. Rasanya Insane boleh jadi lebih besar dari Nicestupidplayground. Tapi aku dah boring main indie, sebab indie terlampau banyak di Kuching. Selepas bermain dengan heavy stuff dan tubuhkan Polythene.

Kemudiannya aku bersama OAG, Alim pun dah menetap di Kuala Lumpur, aku jumpa Radhi dan dia juga nak keluarkan album melayu dan aku boleh bantu OAG. "Time ya pok, underground scene dah fuck OAG, aku ingat show di Sunway Lagoon, orang mula baling sampah sebab lalok atas stage, dan orang-orang semuanya kelihatan bosan. The best way untuk dikenali, diterima semula adalah kembali semula kepada scene, main five ringgits show whatever, perlu berubah, no more drugs, bermula dari bawah semula, no fucking rockstar!" Jelas Naza.

"Dari situ bermulanya era Opera Radhi-O Friendly, Satelit Ink. Album Opera Radhi-O Friendly dimain oleh Flop Poppy dan repackage Opera barulah line-up aku dan Alim bermain dan seterusnya ke album Satelit Ink."

Aku never signed major labels, itu menentang arah yang aku jalankan, if kau nak aku main, boleh terima aku sebagai session, dan bila aku tak nak menandatangani major label, aku keluar dari OAG. Bermacam-macam cerita keluar dari media dan major label, sebab major label suka orang yang boleh dipegang, dipijak-pijak. Bukan hanya di Malaysia tapi berlaku juga di luar negara. Bila part of major labels, sekarang better, tak signed dengan records label sebab sampai sekarang major labels sucks! Diorang  don't have a passion sejak zaman P.Ramlee lagi. Poseur!"

"Tentang semangat sahabat, aku dengan Radhi, Alim sentiasa berkawan baik, datang sama dari Sarawak bah. Sik ada isu tentang friendship. We are a good friends." 

"Palak Radhi lain.Vision nya lain." Seloroh Naza. "Radhi is a good songwriter. Dia punya tone vokal best. Dia ada aura tersendiri. He's a legend. OAG alternative band pertama jual album yang banyak di Malaysia. Sik dapat cakap (menafikan) apa-apa."

Memang Radhi dengan gaya rock n roll, harapnya, Radhi berubah. Betul - betul berubah. Kamek tunggu masa ya tiba." Kata Naza. "Dengan situasi sekarang, give him some time. Radhi pun imagination kau nang sik akan faham bah. Radhi sentiasa dalam dunia dirikpun. Jauh nya pun fantasi."



"THAT TIME MOST BANDS MASIH MAIN COVER  SONG, SO THE CROWD WAS KINDA TERKEJUT. LOCAL BAND MAIN ALL SONGS KEDIRIK POLAH
Mady, Nerd

"I remember the first time we played as Nerd, with all original compositions di Marina Discotheque. We were just a fill in band and not actually in the gig line up. That time most band masih main cover song so the crowd was kinda tekejut, a local band main all lagu kedirik polah." Cerita Mady, yang bermula bersama Ajis (Nicestupidplayground) membentuk sebuah band yang diberi nama MUFU yang dipengaruhi muzik Weezer dan SNFU. "Mungkin Ajis berik nama ya sebab SNFU." Seloroh Mady. "After the fourth song we had to stop because i broke the snare. So, kamek orang sempat main 4 lagu jak tapi orang started to recognise us as a legit band."

One fine saturday afternoon aku dengan Ajis tengah jamming as usual suddenly Alim and Badol entered our jamming room and picked up the guitar, badol ambik gitar bass, alu full line up jamming."

Then we started to hang out and one day Badol madah sidak KL maok demo so we had to record a song. That time skill studio dah bukak and they had a great recording and jamming room. Imagine that time Mong was our sound engineer recording our demo on a 4 track Tascam recorder!"

Then we record the song, it was a birthday song with a Beatles or 60’s beat composed by Badol. Aku pun pelik kenak lagu birthday tapi belasah ajaklah thinking I'm just the drummer." Kata Mady.

And after that demo we jammed regularly and from there we composed original songs and jammed covers. That time aku sik tauk sine datang influence tersebut. We were asked to play in a gig, Sejati Lounge i think, we played covers by local bands and a few of our own composition. But the feeling was not right. I for once memang maok main lagu dirikpun, sebab cover bands was just not my cup of tea time ya." Jelas Mady tentang keperibadian beliau sendiri terhadap muzik yang ingin dimainkan bersama Nerd.


"Then after a few gigs we concentrated on making songs of our own and at the time nama band pun tukar dari the special Nerds jadi Nerd. That time kamek urang dah lebih ke brits stuff, we listened to Blur, Suede, Stone Roses, and other Britpop stuff, So bunyi memang ala ala Britpop la jadinya."

Titik permulaan Nerd as an indie band in 1995-96 until we released our demo, and in 1997, I think we were called by Tang SCR (Strange Culture Rec)  to record our EP Mathematic Colors. Lepas EP rasanya aku dah start boring main music. Aku hung out with street kids, skindheads mostly, lepak ceko, outting malam naik vespa then I just quit the band. Nerd pun macam dah menuju ke arah mainstream, aku jiwa underground DIY. Then aku sambung study, that time Naza dah kerja kat KL so aku lepak rumah Naza di Miharja. Di sia aku exposed dengan scene HCKL, scene emo rock, lepak dengan geng-geng HCJB (David, Mie Bulat, Jon), sidak emo KL (Black, Edwin - Toko Kilat)."

Lepak dengan Mulo right before Alim dengan Naza join OAG untuk album first melayu OAG, then aku chow Kuching. I see how the industry started to accept a malay singing pop/rock n roll band kedak OAG and became something big once again. Pure genius!" Tutur Mady.

"Actually early 90an, tahun 91-92 band-band baru yang lebih ke brits new wave dah mula wujud di Kuching. Mostly influenced by british bands macam Soup Dragon, Stone Roses, Neds Atomic Dustbin, Happy Mondays, BMX Bandits. I'm not sure where the influx of brits stuff emerged sebab ada a few stories behind it." 

That time short wave radio masih popular and BBC was the radio channel mostly listened to. From there the kids start listening to british music at the time." 

Mady juga menceritakan bagaimana kebanyakan kenalan yang belajar dan bekerja di luar Sarawak juga memainkan peranan untuk perkembangan semasa skena muzik bawah tanah ketika itu. "Another story which aku sendiri boleh verify, pada ketika itu ramai yang study abroad, di Malaya, Singapore dan juga UK. And bila sidak balit sidak mbak stuff (muzik) along with them. Contohnya aku dapat my first copy of Stone Roses debut album (ada lagu I Wanna Be Adored) pinjam kaset kawan di Sejoli, abang dia study di Singapore, so he bought the tape."

That tape circulated amongst us until you can’t event see the writings or labels on the cassette anymore, kotan banyak gilak tangan and without cover. All we know lagu first was I Wanna Be Adored that was our official introduction to brits stuff, little that we know we had a taste of Madchester." Akhiri Mady.

"ROCKET FLOWER FIRST ON STAGE DI WISMA SABERKAS...SAMA STAGE SIDAK PENYANYI LAGU CINA"
Ahim, Rocket Flower/Wetnurse/Polar

Setelah Nicestupidplayground muncul tahun 1991, beberapa band lain juga muncul seperti Rocket Flower, Insane, dan Indie's Wild Child memeriahkan skena bawah tanah di Kuching pada tahun 1992. Pada awalnya, band indie tidak mendapat perhatian di Kuching sehinggalah Amri dari band Insane mengadakan gig atas inisiatif sendiri dan ketika itulah permulaan gig band indie, menurut Ahim dari Rocket Flower yang aktif pada tahun 1991 sehinggalah 1999. 

Foto: Poster gig terakhir Rocket Flower

Selain aktif bersama Rocket Flower suatu masa dulu, Ahim juga turut terlibat bersama beberapa band yang tidak asing lagi di skena bawah tanah di Kuching, antaranya Wetnurse yang dipengaruhi bunyian ASH, Jesus and Mary Chain selain bersama The Drives, yang diasaskan oleh  Rizal Usmara (Radish Fan), Ricky (Nicestupidplayground) dan turut merekrut Bobby dari Groovers Lum dan Nellfie, bekas anggota band Radish Fan. Setelah Nellfie meninggalkan The Drives pada tahun 2005 untuk bersama Nicestupidplayground dan secara tidak langsung, mengubah gaya musikalisasi The Drives. Sebagai info, The Drives pernah meriliskan 5 EP antaranya Waiting For You, Let's British and Rock n' Roll pada tahun 2007, True Love Vision dan Inside Of You pada tahun 2008 dan diikuti EP yang terakhir pada tahun 2009, Tees Festival yang mengandungi 6 buah lagu.

Ahim kemudiannya aktif bersama sebuah band bernama Polar pada tahun 2008 yang disuntik bunyian J Rock, Shoegaze, Ambient Drone dan band New Wave 80an.

"Time ya zaman  sidak main metal nang kuat." Tutur Ahim. "Terms indie ya di pake sebab time ya belum ada istilah genre macam kinek tok. Masa ya kamek orang main gig sama dengan sidak metal. Awal-awal nang sik ada urang ambik kisah dengan band indie."



Ketika band-band indie mula bertapak di Kuching, bukan satu keanehan gig bercampur genre diadakan. Band metal seperti Senseless, Vormit, Unitism, Seputum, Ungodly Death antara band yang aktif di gig-gig di Kuching ketika itu sebelum kedatangan band - band indie seperti Radish Fan, Cornflakes, Nerd, Holiday Madness mula memeriahkan skena muzik bawah tanah di Kuching. 

"Bukan senang mengadakan gig." Tambah Ahim. "Rocket Flower first on stage di Wisma Saberkas, sama stage dengan sidak penyanyi lagu cina."

OAG time ya belum ada. Seingat kamek,yang kamek tauk sidak rekod demo di Kuala Lumpur. Time ya, recording demo nang susah nak dapat sound ok. So mana yang berduit akan record di KL. Kebanyakkan band rock melayu dari Sarawak nang semua under label macam band SUTERA, HIJRAH atau VAGRANT." 

"Semua polah kedirik. Cover kaset pun polah kedirik, Dolok marek sign major label bok dapat recording album." Cerita Ahim yang kini dalam perancangan untuk mengubah susunan lagu Rocket Flower untuk disuntik bunyian elektronika. "Lagu Rocket Fower nang kamek sik ada simpan sebab kaset dah hilang. Lagu Rocket Flower cuma ada dalam 'Eat This Compilation' yang di polah Naza. Orang yang ada berisik kaset ya, Adrian NSP. Compilation ya di anggap holy grail band kuching time ya sebab ya adalah yang first sekali dipolah."


"WHY BRITPOP? WHY NOT BORNEO POP?"
Asrul Izwan, Free French Fries

Free French Fries ditubuhkan pada tahun 2011 oleh Asrul Izwan (Wak), Faisal Abu Bakar, dan Hazrie Mazlan ketika mereka masih dibangku sekolah lagi. "Tak silap masa aku lepas PMR. Tahun 2011 tak silap." Tutur Asrul Izwan atau lebih dikenali sebagai Wak. 

"Bandmates asal semua aku kenal dari sekolah. Aku vokal, gitar. Faisal Abu Bakar bass dan Hazrie Mazlan dram. Lepastu banyak yang bertukar ganti. Tahun 2013, adik aku sendiri Azrul Hafeezan main bass untuk band FFF, gitar kedua Azyzul. Semua aku kenal dari sekolah. Sebab budak sekolah aku banyak yang minat muzik. Sebab aku bukan sekolah tahfiz." Seloroh Wak.

"Ezznoul dan Syukrie dari band Delay pun pernah jadi sessionist untuk FFF dan Adisham dari band She's Nukclear juga pernah jadi sessionist untuk FFF." Jelas Wak.

Dari segi musikalisasi Free French Fries, Wak mengatakan mereka lebih tertarik dengan terma genre Borneo Pop. "Sejujurnya aku tak pernah label band FFF as a britpop band. We are not britpop, we're universal rock/pop, alternative rock. Britpop asal dari band UK. Aku bukan lahir di UK, aku lahir di Kuching, Sarawak. Why Britpop? Why not Borneopop? We are from Borneo."

Nada berbeza dari vokalis Delay, Erwandi mengatakan Delay sememangnya dipengaruhi bunyian britpop. "Sememangnya pengaruh dari britpop ada dalam muzik Delay." Jelas Erwandi. "Suede, Supergrass, Oasis jadi rujukan ketika itu. Kononnya jiwa britpop dah ada." Tawa Erwandi. 


Foto: Erwandi dan Lahouk dari Delay.


Bercerita mengenai rilisan Delay, Don't Know How To Get a Great Soul, lagu tersebut diilhamkan oleh bassist Delay ketika itu, Lahouk, yang juga aktif bersama Inspired The Bee dan pernah beraksi bersama Autumn Shirt. Menurut Erwandi lirik diinspirasikan oleh Tariq dari Clockwise dan diubah sendiri oleh Erwandi mengikut acuan melodi pilihan beliau sendiri. "Ku tok sik pande gilak nak molah lirik. Jadi, dengan bantuan Tariq, aku ubah sedikit lirik untuk menemui kesesuaian bunyian Delay."



Masih ingat pertama kali Lahouk bermain secara akustik lagu tersebut dan aku terus berkenan." Menurut Erwandi, Single tersebut dirakamkan di Mat Taipei dan selebihnya adalah sejarah. 


"HUHA MEMANG AKU POLAH BUKAN UNTUK ORANG SUKA"
Hata Azua, Huha


"Media yang sepatutnya bagi label." Menurut Hata Azua tentang suntikan bunyian band di Kuching. Hata Azua adalah seorang pengasas band Huha yang masih aktif sehingga ke hari ini. Disamping melempiaskan nafsu rock n roll bersama Huha, Hata Azua atau lebih dikenali sebagai Wa, juga menyediakan ruang gig, acara seni dan studio jamming atas nama KAHF Studio berdekatan Upwell, Kubah Ria di Kuching. 

"Brits sound memang connect dengan lagu produced by our local bands. Sebab ya aku rasa ada macam, automatik band brits memang popular di Kuching, terutamanya. Kedak Huha, of course brits sound ya ada di sia sebab memang lagu sidak (bandmates) dengar time songwriting. Sound Huha, aku try to produce very simple song so bila aku jumpa bandmates, aku sik perlu try hard nak ajar orang sebab idea aku adalah a good band should be able to play their own songs." Jelas Wa.



"Masa mula-mula, Huha belum lagi sebuah konsep sebagai sebuah band. Time ya, aku start molah lagu, antaranya Love is Blind. Tahun 2006 sebelum aku tulis lagu Love Is Blind, aku rilis demo This Is Huha, ada tiga buah lagu, Aku Mahu, Alia dan Terindah. 10 copy untuk sama dirik jak. Dari lagu Love is Blind ya lah aku start develop sound Huha. Tahun 2010 atau 2011 aku cipta karya Riot Disco, sebuah lagu tentang pengalaman Dedek (Ahli Huha) yang dicerita oleh orang lain  semasa Dedek konvo di Poli."



Bercerita mengenai Love is Blind dan awal kemunculan Huha, Huha adalah 3 piece band yang disertai oleh Azmi dan Faiz pada ketika itu. "Time ya nang puas hati rasa. Sebab idea ya materialize time dekat Mukah. At first, aku fikir mun aku pindah ke Mukah susah aku nak teruskan idea Huha tok, tapi embak fikir there should be something for me over there." Cerita Wa. "Hijrah bah, berdikari tempat orang, should be good for me. Time di Mukah ya, aku found out that Politeknik Mukah ada instrument untuk band, aku volunteer untuk ajar subjek kokurikulum music." Tawa Wa mengimbas memori penubuhan Huha ketika mula menjalani rutin di Mukah. "Cuma aku rasa aku tubuhkan Huha untuk kepuasan diri sendiri dan Huha memang bukan nak polah untuk orang suka." Akhiri Wa yang juga mengatakan bahawa muzik dari Amerika merupakan sebahagian dari pengaruh bunyian Huha yang sedia ada.


"BENAR KATA ORANG, MUSIC UNITES US"
Adrian, Indie's Wild Child/Groove's Lum/Telebury/Nicestupidplayground

"To be honest, I feel good and proud. Borneo Pop dah ada trademark sound and scene sendiri. Banyak nok berbakat di tempat kita, cuma kita dolok kurang platform dengan support". Jelas Adrian mengenai ketarikan orang luar Sarawak mengenai genre dan konsep Borneo Pop. 

"Bagi aku, Borneo Pop buat masa tok, masih Nicestupidplayground, lagik-lagik zaman Fab Four, the original lineup NSP. NSP is the spearhead of the Borneo Pop's sound. So, buat masa tok kita tunggu kemunculan band baru lain dari Borneo. Telebury tok rojak , we just mix dengan blend in apa yang ada di kepala masing masing. Dah siap, kita nangga macam ne. Kira macam "test the water". Sememangnya kamek orang dengar semua jenis muzik, tapi untuk Telebury sebagai guide, Radiohead's Pablo Honey sudah pasti sebab 3 guitar and lebih raw, Longpigs, The Cure, Def Leppard"

"Tapi aku rasa kinek tok dah jauh bagus dari dolok. Lagi-lagi adanya internet. Music studio pun banyak, venue pun banyak, gig pun selalu ada, annual music performance and arts pun dah ada, nak record material dirikpun dah senang, beli gear pun senang dengan adanya kedai-kedai muzik menjual equipment harga berpatutan, siap dengan sokongan dari NGO dengan State pun dah ada."

Kita malah dah ada news blog, music blog, music forum untuk scene muzik kita. Kita dah bergerak ke depan dah sekarang. That's very good. Cuma sigek jak, sikap kuat complain, kutuk orang yang kau jak best, kau jak pande, kau lah otai, kau jak paling rare, kau yang paling style, sikap dengki cemburu sik tentu pasal, ya maok di buanglah. Hidup tok belajarlah bersama dengan bertimbang rasa. Susah lah mun kau rasa kau Rambo."

Sama juak dengan kita minat muzik, band atau artis dari semenanjung, yang penting kita bersatu dan tunjukkan negara luar yang kita pun bagus. End of the day, untuk industri dan scene muzik tanahair kita juak, Malaysia. Bolehlah dijadikan reference untuk generasi baru kelak and untuk ilham idea baru sidak." Tambah Adrian.

Mengenang semula memori gig dan atmosfera skena muzik bawah tanah di Kuching, Adrian mengatakan bahawa muzik sememangnya menyatukan pelbagai bangsa, agama, dan status. "Zaman dolok semua miak scene bersatu, semua geng, sik kira bangsa. Ya the best moment bagi aku. Rami jadi kawan, sampelah kinek tok. Benar kata orang, "music unites us". Kenang Adrian. 

"Kalau nak dibandingkan gig, konsert kinek tok dengan dolok memang jauh la. Kinek tok venue polah gig pun banyak, equipment pun bagus siap ada lighting kacak gik. Sound pun jauh bagus dari dolokFirst indie gig di Kuching setauk aku, "Swinging Hair" 1994 di Waterfront Ampitheater. Aku dengan Charles, frontman NSP, pergi jumpa management Watetfront maok polah free gig dengan berbekal demo kaset pake sidak dengar sebab sidak sik maok ada band main lagu heavy metal, dengan alasan membasmi budaya lepak. Berjaya juak gig ya, tapi the first and the last sebab miak ganas gilak sampe buka baju menari masuk stage. Gig indie ya, bukan gig Metal. Bayangkan mun Metal?"

Lepas gig Waterfront, barulah mula geng-geng Kuching Plaza start organise gig di pub-pub sekitar Kuching, dalam mall sampai ke kelab di hotel. Nak sebut nama, rami geng geng dolok seangkatan dalam muzik underground time ya, macam Amri (Insane), Naza (Stupid Cupid Chaos/The Times), Pesal (Cornflakes), Ahim (Rocket Flower), Amir (Outtune), Keith, Alex Gila, Don IWC, Tim Gam, Farouk Gagak Hitam, John NSP pande polah band tee dolok pake dye antara sidak music scene dolok. Mun grindcore, metal-metal ya, maok tanyak Mac Vormit lah, scene nya ya atau Andy Senseless."


"AGIK IDUP, AGIK NGELABAND"
Radhi-O, OAG

"Kuching sex, drugs and Rock n' Roll? Dolok Langkau, and Rock n' Roll, pok! Astagfirullahalazim." Ujar Radhi seraya ketawa ketika di temubual. "To be honest, di Kuching 1989, time ya zaman rock, zaman hip-hop, collections kaset kamek masa ya, N.W.A, New Kids On The block lepasya tiba-tiba ada GERSANG. Back in 1992, Kuching banyak band metal. Dolok Naza main dengan band Insane, memang insane si Naza. Memang punk rock habis."

In my point of view, scene Sarawak adalah banyak band Sarawak yang terpengaruh dengan britpop mungkin sebab kita pernah dijajah oleh British, secara sik langsung mungkin dari sia muzik kita ada pengaruh dari sinun" Kata Radhi. "Tapi ada jak band British terpengaruh dengan muzik negara kita, misalnya band Soft Machine, band psikedelik yang ditubuhkan pada tahun 1966. Bapak si Ayers ya pok, tentera, so bapaknya embak music stuff dari negara kita ke negara sidaknya. Kau pun pernah dengar Soft Machine so memang kedengaran jelas pengaruh muzik sidaknya bunyi pop nusantara time ya."

Pop Yeh Yeh kita sik sama dengan sidaknya. Sidaknya ubah balit jadi sesuatu yang signifikan untuk negara asal sidak. Mungkin kita ada bunyian Javanese kah apa dan sewaktu dengannya, bukan nak madah sidak tiru kah apa tapi sidak maok sesuatu yang boleh dan nyaman didengar sidaknya."

Muzik sememangnya menginspirasikan antara satu sama lain. Nirvana keluar lagu Nevermind, A Rahman Hassan dah keluar 'Tak Mengapa', pok." Seloroh Radhi.

"Kalau sekarang, tumpuan scene muzik Sarawak bukan hanya tertumpu di Kuching, Sibu dan Miri, tapi di Sri Aman pun dah mula jadi tumpuan terutamanya kamek suka karya sidak Kugiran A.Sazali. Diorang perlu keep on doing good stuff and don't stop, be humble sebab kitak sik boleh jadi kedak kamek, orang selalu madah "Radhi sik on time", "Nang selalu lambat", "Selalu sik datang", but aku sik pernah tinggalkan industri, and I'm still talking to you, talking shit and Radhi not dead, bro!"
Aku pun sik sabar nak rilis lagu baru, mungkin 'indie-dance', kedak Ride, The Charlatans, yang boleh polah orang bertandak kedak ngajat. We need Joget, bro. Mat Saleh pun sik kedak ya, sidak tauk slow dance jak. Kita ada joget lambak, best lagik dari sidak." Ujar Radhi.


ROMANTISME POP DARLINGS. 

Sebelum wujudnya lagu Ian Dury, yang mempopularkan istilah seks, dadah dan rock n roll sebagai ekpresi, di Jerman pada 1770, istilah 'wine, women and song' sudah digunakan sejak dulu lagi.  Sejak Ian Dury merilis lagu Sex, Drugs and Rock n Roll, istilah tersebut sering digunakan untuk filem, buku, album selain tajuk-tajuk lagu. Samada anda mahu menggayakan dengan kaca mata hitam atau membiarkan pesona mata berkilau dilihat orang sekeliling, tidak ada siapa peduli. Mereka cuma mahu meraikan suka duka dada dan berkongsi cerita tentang hal-hal bahagia belaka.

"Drugs scene dolok gila babi. Everywhere. Terpengaruh dengan Trainspotting kali." Respon Naza. "Di Sarawak Plaza, area Padang Merdeka senang nak dapatkan pil, bir, dan segala jenis dadah yang ada, scene drugs memang gila. Ada yang acah-acah nak jadi 'Profesor' dadah." 

"Memang sex, drugs and Rock n' Roll." Kata Naza seraya ketawa. "Kinektok Kuching dah selamat, mun dolok, lain."

Sarawak lain, our culture lebih open tentang segala hal, tidak ada isu tentang dosa pahala, lebih kurang berani polah, berani tanggung dosa, ya hal masing-masing."

"Dolok nak nangga perempuan bertudung very rare." Tambah Naza. "It's between you dengan tuhanlah, kan?"

Erwandi dari band Delay turut merespon tentang alasan lain romantisme melalui proses kreatif. "Dadah ya memang bena molah kita kreatif." 

"Dari sudut negatif, banyak. Merosak diri dan badan." Jelas Erwandi. Wak dari band Free French Fries juga sefrekuensi dengan Erwandi, mengenai penggunaan dadah dalam berkarya dan berhibur. "Aku tak suka dadah tapi dadah suka aku."

"Untuk peringatan untuk diri sendiri dan orang lain, 'bahan' tersebut sememangnya perlu dielak sebab tak elok untuk kesihatan." Jelas Wak. "Selebihnya, adalah diri sendiri, menguasai dadah, atau membiarkan dadah menguasai diri."

Foto: Rawi

EKSISTENSI MUSIKALISASI THE FARRAH, HAYATUN NAFS, SISTER RAY, RAWI DAN LAIN-LAIN.


Disebalik autentik Sister Ray, tulang-belakang bunyian mereka adalah Wiwin sebagai vokalis sementara gitaris diisi oleh Tariq, Sameng, Amiruzzaman dan Aweng mengambil peranan sebagai basisst. 

“Muzik Sister Ray adalah ‘mahal’ ketika kami menyiapkan Full Of Hope” Kenyataan ini membawa kembali kepada awal perkenalan penulis dengan Tariq, yang juga aktif bersama band post-punk, Clockwise. “Mahal yang disebutkan bukanlah faktor kos wang ringgit, tetapi lebih kepada perjalanan dan pembawakan muzik Sister Ray sendiri.” Jelas Tariq.

Dengan latarbelakang ahli yang masih aktif bersama band yang lain seperti Clockwise, Hayatun Nafs, Heroine dan Wildhorse, selain referensi muzik yang berbeza, Sister Ray seolah-olah sebuah projek eksperimental buat setiap ahli Sister Ray.

Shoegaze adalah sebuah genre yang menonjolkan bunyian gitar yang kuat dan pelbagai, walaupun definisi shoegaze telah berkembang pada tahun-tahun kebelakangan ini. Keberanian Sister Ray membawa genre yang berbeza membuka pintu yang lebih luas untuk pendengar memberanikan diri memasuki pintu tersebut - mencuba atau mencari pembawakan muzik yang berbeza misalnya, The Farrah, Inspired The Bee, Rosemallows, Hayatun Nafs dan Rawi.

Bercerita mengenai Rawi, Rawi adalah sebuah kugiran dari Kuching yang membawa genre psikedelik dibalut dengan bunyian nusantara, selain dipengaruhi elemen  budaya melayu moden dan muzik folk. Mereka selesa menjadikan eksperimental nusantara sebagai sebahagian kontribusi permusikan mereka ke dalam skena muzik tanah air. Dianggotai oleh Suffian (vocals, guitar, oud), Apris (clarinet, synthesizer), Rafiq (bass), Acai (Drum, percussion) dan Zul (guitar, flute), mereka dipengaruhi oleh gaya muzikal dan lirikal yang disumbangkan oleh Tan Sri P.Ramlee, M.Nasir, Monoloque, Tan Sri S.M Salim, Efek Rumah Kaca, Ibrahim Maarof, Loloq dan A.Samad Sai

Sebegitu juga aura pembawakan Hayatun Nafs dalam skena muzik bawah tanah di Kuching, Hayatun Nafs hadir sebagai sebuah kugiran Hard Psychedelic yang cuba mengvisualisasikan esoterik melalui lirikal dan bunyian bising yang mereka hidangkan, menjadikan karakter muzik psikedelik Hayatun Nafs begitu kuat. Seperti yang kita sering dengar, karakter psikedelik adalah memaknai mimpi, visi, halusinasi bukan lagi sekadar dibalut bunyian instrumental yang mengkhayalkan. Karya-karya mereka dikemaskan lagi dengan vokal Wiwin yang dinamik dan dibalut dengan bunyian bingit yang menyenangkan. Bunyian Hayatun Nafs secara umum adalah sebuah rakaman visual yang terpancar dalam kepala.


Skena muzik bawah tanah di Kuching semakin berkembang melalui segala hal, bukan hanya beberapa band yang disebutkan dalam tulisan ini sahaja yang wujud di Kuching tetapi, skena muzik bawah tanah di Kuching ada pelbagai bunyian yang akan anda nikmati dan boleh dilihat semua pengkarya cuba menambah variasi bunyian Kuching Pop yang diketengahkan meskipun adakalanya ia kekal statik atau bereksplorasi pembawakan muzik yang baru dan mencari formula yang segar.  Proses penulisan ini, sesi wawancara dan dokumentasi sebelumnya membantu untuk mengetahui yang telah dan sedang berlaku di skena muzik bawah tanah, terutamanya tentang suntikan ke dalam bunyian Borneo Pop, atau apa saja terma dan istilah yang anda jadikan kiblat di skena muzik Kuching. 














































Comments