WAN PURONG ANGKAT PELIR DARI POP ROJAK, NYAMAN KE ALTERNATIF



Teks/foto: Zhafirin/Instagram Wan Purong


7 Februari tahun lepas, aku menulis tentang Sinestesia Pop Rojak Moden Wp. Shh, sebuah projek Wan Purong dari Kugiran A. Sazali. Sejak itu, Wp. Shh sentiasa menjadi bualan pendengar muzik lokal khususnya di sekitar Sarawak. Beberapa bulan lalu, Wp. Shh turut terlibat dalam siri jelajah ke negeri dibawah bayu. 

Tidak ketinggalan, Kugiran A. Sazali terus menembus dinding kota bingit Malaya, muncul dikaca televisyen saluran arus perdana selain baru-baru ini Kugiran A. Sazali membuat persembahan di Kamar Seni Live Session. Sebulan yang lepas, Wp. Shh memuatnaik video dengan kapsyen pengumuman bahawa Wp. Shh bakal merilis EP yang kedua setelah merilis EP Pop Nyaman pada tahun 2019. Produktiviti Wan Purong tidak terhenti sejak itu,  Wan Purong baru-baru ini merilis tiga buah lagu menggunakan nama pentas; Wan Purong. Ketika ditanya perbezaan secara muzikalisasi antara Kugiran A. Sazali, Wp. Shh dan Wan Purong, beliau menyatakan Wan Purong adalah proses awal untuk bergerak ke alternatif pop mahupun rock. 



Jika Wp. Shh membawa aura city pop yang jelas kedengaran dijahit dengan lirik-lirik yang ringan,  berbeza dengan karya-karya terkini Wan Purong. Mendengar ketiga-tiga trek awal dari Wan Purong, antaranya 'Tak Ada Lagi Kisah Kau dan Aku',  'Indahnya Saat Kecil Yang Gemilang' dan 'Makseh (Terima-kasih)', Wan Purong menunjukkan kematangan dari sudut lirikal. Karya projek Wan Purong lebih bijak menumpahkan kata-kata dijadikan bait lirik dalam trek awal Wan Purong. 

Menurut Wan Purong "Lagu atas nama Wan Purong sepatutnya dirilis bersama Wp. Shh" jelas Wan Purong lagi, pada masa yang sama beliau tidak mahu mengganggu aura muzik yang ada pada Wp. Shh sebaliknya beliau merilis untuk projek solo, Wan Purong. Secara peribadi, penulis teruja dengan perjalanan baru Wan Purong yang menunjukkan sisi kematangan muzikalisasi yang ada dalam projek Wan Purong. Kreativiti dan kematangan projek terbaru beliau patut didengari ramai apatah lagi sekiranya anda mengikuti perkembangan Kugiran A. Sazali dan Wp. Shh sebelum ini. 



Comments