NO GOOD: "JADI KITO KENA KELIH LAH, SONG KO DOK TOPIK NGA LAGU TU. JANJI JIWO TU ADO"


Teks/Foto: Zhafirin dan No Good/No Good



20 April 2020 berlalu pergi beberapa hari lalu, No Good melancarkan musik video rasmi single dari EP Demo Kawe, Che Using yang diarahkan oleh Nizam Omar. "MV Che using ini hasil kreativiti saudara Nizam Omar, Firdaus Malek, Saiful Azwan dan Arman . Pada mulanya, Firdaus dan Azwan menawarkan khidmat untuk mengambil foto kami semasa permulaan band ini tertubuh. Selepas melihat kerja mereka, kami yakin dan rasa mereka ini mempunyai visi yang bijok. Jadi, bila kami dah keluarkan lagu di Bandcamp, mereka hadir dengan usulan membuat MV untuk lagu Che Using. Lama juga kami merancang, sampai kami mendapat pembiayaan kecil untuk menghasilkan video ini. No Good amat berbangga dapat bekerjasama dengan pasukan Krew Filem Sek Kito, memang satu pengalaman yang mengujakan dan kami sendiri telah terkesan selepas melihat etika anak-anak kreatif ini sewaktu bekerja." Kata Abe Yed.




No Good adalah natural dan organik - menurut Abe Yed dalam siri interviu di youtube sebelum ini. Dengan impak yang diberi oleh No Good sekarang, secara muzikalisasi dan komuniti punk itu sendiri, Abe Yed menyatakan bahawa impak belum dirasai sepenuhnya,"Terus terang, tiada apa perubahan atau impak yang kami nampak atau rasai kerana kami baru selesai menjalani tour dan masih belum berpeluang beraksi bersama band rakan-rakan kami. Mungkin bila ada show atau gig nanti, baru kami terasa impaknya." Melihat keunikan pada No Good, adalah bahasa yang digunakan selain pemilihan topik dan tema yang bersesuaian. Menurut Che Ali, Idea asal biasanya dari Abe Yed kemudian dibawa ke studio untuk beliau dan Yie tambah perencah dan diperam sampai ranum. "Proses ni biasanya kita duduk discuss bersama tentang tema dan arah tuju senikata berpandukan vibe bunyi dan rangka lagu yang kita dah tulis"


Jelas Yie, topik atau tema yang organik memang penting lebih-lebih lagi kalau tema tersebut relevan dengan keadaan socio-politikal semasa. "Dari segi lirik, kami mementingkan penyampaian mesej yang ringkas dan direct supaya lebih mudah terkesan dan pendengar rasa terkait."

"Topik atau subject matter sesebuah lagu itu juga satu proses semulajadi. Tengok kesesuaian lagu, "jiwa" nya dan cara penyampaian. Dalam bahasa Kelantan,kami panggil "song", yakni kesesuaian. Jadi kito keno kelih lah, song ko dok lagu nga topik tu. Janji jiwo tu ado." Tambah Abe Yed. 

Sebagai pengkarya, kesan RMO angkara Covid 19 kepada penggiat seni dan sebagai musisi, selain perancangan projek seterusnya dari No Good yang sedang merancang untuk ke Kota Kinabalu dan kawasan Sabah yang lain terjejas angkara situasi sedia ada. "InsyaAllah. kami memang sedang merancang untuk ke KK (dan kawasan Sabah yang lain). Tiada jemputan dari Kuching atau Sarawak lagi, namun lepas selesai semua ni (MCO) kami pasti ke sana."  Ketika disoal mengenai  kreativiti terbatas atau sebaliknya sepanjang RMO, Abe Yed mengatakan bahawa proses kreatif tetap sama, perlu ke studio untuk menyiapkan lagu di studio, "Sudah pasti terbatas, cuma kalau bukan RMO pun prosesnya sama. Kami akan siapkan lagu di studio. Jadi buat masa ini tiada lagu yang siap. Lagu lagu yang dikeluarkan masa MCO ni pun semua tak sedap." 


"Rasanya ramai budak band independent terkandas dalam situasi ni. Lepas selamat dan selesai semua ni kita boleh perlahan lahan panaskan enjin balik. Tak lari gunung dikejar." sambung Che Ali. Yie berpendapat dari segi produktiviti penulisan lagu baru memang terjejas. Tetapi sepanjang pengalamannya bersama No Good, kesesuaian masa memang sangat signifikan. "Tak perlu gopoh atau terlalu memaksa proses kalau masanya tidak sesuai. Kalau plan tidak menjadi pasti ada hikmahnya. Keutamaan sekarang adalah semua orang berada dalam  keadaan sihat dan keadaan kembali pulih."Akhiri Yie.

Comments