CHERITA LARA HASSAN, SEFA, DAN ASYRAF HARDY



Menyelusuri sosial media ketika dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan seperti sebuah ritual ketika ini dan disitu juga akan terlihat pengkarya menyiarkan karya mereka untuk diamati. Melalui instagram, Lara Hassan baru-baru ini merilis sebuah lagu bertajuk Strangers di laman Soundcloud atas nama Kesidang. Setelah merilis album debut On Set yang mengandungi 7 buah lagu dimana album perdana Lara Hassan & The V tersebut turut mendapat magis dari Kamal Sabran di Ipoh Experimental School. "Kesidang tu nama yang dah guna dalam tempoh yang lama cuma rasa sayang nak tukar nama tersebut di Soundcloud." Jelas Lara Hassan. "Tetapi, lagu dalam Soundcloud Kesidang adalah projek sendiri dan kalau dirilis secara rasmi, akan menggunakan nama sendiri."

Mengenai lagu-lagu yang bakal dirilis untuk masa depan, "Cadangnya memang ada, proses siapkan beberapa lagu sudah bermula sebelum PKP lagi. Sebelum PKP memang dalam perancangan rekod ulang dan riliskan tapi semuanya tertangguh disebabkan Covid-19." 


Tambah Lara lagi, "Dalam seminggu dua ini, sengaja memuatnaik lagu-lagu di Soundcloud untuk melihat penerimaan pendengar." 

Memanfaatkan masa yang ada, Lara mengatakan ia adalah peluang untuk berkarya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan. "Rasa macam dapat peluang untuk berkarya. Cuma, satu sajalah yang tidak menarik dalam proses berkarya sepanjang PKP, sebab tak dapat tengok nature." Kata Lara Hassan. "Kalau boleh nak manfaatkan sepenuhnya bukan sekadar buat lagu dan melukis saja (merujuk kepada lukisan yang dimuatnaik di Instagram Lara Hassan) tetapi menulis, membaca, deko rumah, layan famili, buat yoga, semualah, jadi memang tak rasa pun PKP ni menganggu proses kreatif."

Rilisan Lara Hassan boleh didengarkan di Soundcloud selain album debut Lara Hassan & The V boleh didapatkan dalam format rilisan fizikal selain boleh diakses melalui platform digital Spotify.




Sefa adalah seorang outsider artist yang percaya bahawa tradisi lisan Asia Tenggara adalah ciri unik yang harus ditafsirkan semula dan digabungkan dalam konteks lebih moden ditambah dengan pengetahuannya mengenai mime (Corporeal Mime)  melalui buku yang ditulis oleh Etienne Decroux dan Thomas Leabhart, menonton video dari persembahan klasik oleh Decroux dan rakan-rakannya di Boulogne-Billancourt di Paris. Sefa percaya bahawa walaupun tanpa latihan yang betul di akademi atau institusi, seseorang tetap boleh melakukan dengan cukup teliti, kerja keras dan tekad.

Sefa menerima anugerah biasiswa Monbukagakusho: MEXT oleh Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi, Jepun di bawah Kerajaan Jepun (Monbukagakusho: MEXT). Di bawah naungan MEXT, beliau kini melanjutkan pengajian sebagai Calon PhD di Graduate School of Integrated Arts and Sciences, Universiti Hiroshima, Jepun. Penyelidikannya masih aktif berpaksi pada seni persembahan tradisional, khususnya Noh dan Makyong. Sefa juga salah seorang ahli kolektif Projek Rabak yang pernah menrilis beberapa buah buku antaranya Melankolia Bisu yang diterbitkan oleh Rabaklit.

"Mime adalah seni persembahan fizikal yang bermula di Eropah. Mime klasik bercat muka putih yang kita kenal harini adalah hasil dari evolusi seni persembahan tradisional dari zaman Renaissance lagi. Walaupun aku suka perform dengan cat putih, selalunya aku gunakan pendekatan Corporeal Mime." Kata Sefa. "Seni persembahan fizikal yang dipelopori oleh mendiang Etienne Decroux di Paris. Beliau menentang seni mime klasik dan menggunakan pendekatan yang lebih abstrak. Lebih fizikal dan menumpukan kesenian olah tubuh dalam bentuk ‘pure’. Tak terganggu oleh hal-hal teknikal lain seperti proses pementasan, kostum, dan lain-lain. Aliran mime ni bermula sekitar awal kurun ke 20 hingga pertengahan. Marcel Marceau, maestro mime terkenal adalah salah seorang anak murid Decroux."

"Currently aku tengah mengkaji tentang Mak Yong dan Noh di Jepun. Fokus lebih tertumpu kepada perbandingan corak olah tubuh dan proses yang terlibat dalam penghasilan persembahan. Berpegang kepada idea evolusi budaya, aku cuba nak tengok apakah persamaan atau hal-hal yang mirip dalam pendekatan keduanya, walaupun dah terang-terang sangat berbeza dari budaya baik prinsip asas. Sebab kita perlu ingat manusia dan tamadun berkait rapat. Dan semuanya ada kaitan pada akhirnya."

Aku suka explore benda-benda yang aku tak tahu. Tapi semuanya ada kaitan dalam proses aku nak memahami seni olah tubuh. Mime kebetulan waktu belajar dari pensyarah yang teraju kelab teater sewaktu di Universiti Teknologi Petronas lebih 10 tahun sudah. Mak Yong sebab masa master buat kajian seni persembahan tradisional. Noh pula kebetulan adalah salah satu inspirasi kepada seni Corporeal Mime oleh Decroux."

Dengan adanya wabak yang sedang melanda dunia, perkara terbaik yang boleh kita lakukan adalah duduk di rumah dan menghabiskan masa kita. Sefa berpendapat seniman perlukan kehidupan sosial untuk sebuah proses pengkaryaan. "Seniman adalah pekerja dalam ruang sosial. Depa perlukan kehidupan sosial dalam proses pengkaryaan. PKP sudah tentu affect seniman secara langsung atau tidak. Secara peribadinya aku rasa ini memang bagi peluang utk seniman bikin residensi sendiri dalam rumah walaupun secara terpaksa. Kita boleh tengok di media sosial ada artis-artis yang berkarya dan ambil kesempatan ni."

Jelas Sefa lagi, "Pun begitu, PKP juga boleh jadi sebab untuk seniman tidak berkarya. Semuanya tergantung kepada individu. Masyarakat secara amnya perlu berganding bahu dalam menyediakan suasana yang kondusif untuk memungkinkan proses kreatif itu lebih giat. Contoh seperti Kuman Pictures Challenge yang disahut karyawan untuk bikin filem DIY di rumah. Ini satu contoh baik dalam menyediakan ruang dan peluang yang aku sebut tadi. Bagi aku, so far belum terinspirasi lagi untuk apa-apa karya yang besar. Cuma ada lah baru-baru ni terlibat dalam klip pendek Mohd Jayzuan utk Visual Jalanan sempena acara Extended Asia di Jakarta. Boleh usha IG depa @visual.jalanan dan @extended.asia."




Asyraf Hardy memulakan karier muzik ketika berusia 16 tahun, dan mengadakan persembahan pertamanya bersama kumpulan bernama The Ruthless. Pada tahun 2003, ketika karier muziknya dimulakan secara rasmi, beliau memilih untuk bergabung bersama Da Last Matazz. Beliau turut membuat persembahan di sekitar Sarawak dan merakam beberapa lagu bersama MC In Xtion (M.I.X), kemudian pada tahun 2012, Asyraf Hardy giat bekerja bersama Dedeq Faz dan gitaris dan produser terkenal, Adruce Azman dari Sonar Instinct. Sejak itu, Asyraf Hardy terus aktif menghidupi muziknya sehingga ke hari ini.

Pada 30 mac yang lalu, Asyraf Hardy berkolaborasi bersama Fariq Frequensi untuk sebuah single bertajuk Sprite yang turut mendapat sentuhan arahan Zeeqman untuk proses pembikinan muzik video rasmi Sprite. Mengenai single terkini, Asyraf Hardy tidak menjangkakan ianya akan menjadi sebuah lagu untuk diriliskan, sebaliknya hanya merakam lagu tersebut dalam durasi seminit dan ia turut menarik minat Fariq Frequensi untuk berkolaborasi.

"Lagu Sprite bersama Fariq Frequensi merupakan lagu sik di plan sikda proper promo and di polah kerana rasa hanya mok menulis, lagu ya lamak dah di polah rasa rasa nya ujong tahun last year just sekadar nak “drop bars” and kebetulan molah lagu ya ada tin Sprite yang kamek minum, and content lagu pun sebenarnya hanya menceritakan kamek tangah lepak and share apa dalam fikiran kamek ." Kata Asyraf Hardy. 

"Waktu ya, at first the song got no feature no intention to release it proper in youtube cuma mok post 1 minit video di instagram, bila direlease dalam instagram rami yang mike lagu ya hanya teaser sebab lagu ya panjangnya hanya 1 minit and beberapa orang nanyak bila lagu full kelua. Tapi sebenarnya lagu ya full, bak kata aku tek, sekadar nak nulis 1 verse jak dan post 1 minit content. Bila dah post Fariq Frequensi suka lagu ya dan berminat nak terjun sekali lalu record verse nya and hantar dengan aku, dan dari sia kamek duak lalu rasa macam untuk gabungkan verse kamek duak jadi sigek lagu with no hooks no intro no bridge etc, just purely rap. Fariq pun teringin nak datang kuching agik jadi lagu tok adalah reason untuk nya  datang kuching and shoot video." 



Bercerita mengenai aktiviti terkini sepanjang berkurung dirumah mematuhi arahan PKP, Asyraf Hardy menjangkakan akan ada material terbaru yang berkemungkinan dirilis selepas PKP yang kini masih dalam proses mixing. "Like everything, theres a good side and a bad. Good side kamek ada banyak masa untuk untuk practice menulis, explore reference baru, untuk improve kreativiti side kamek, namun dengan hanya stay di rumah sik explore life di luar nun pun boleh mengakibatkan writer’s block, ya bila kita stuck dalam proses penulisan without the ability to move forward and write anything new and berlaku bila kita sik inspired dengan kehidupan, low self esteem, trust issue dengan hasil penulisan dirikpun, jadi kadang kadang sik juak membantu mun hanya stay rumah sebab sikda benda baru berlaku dengan kita, mungkin pengalaman baru untuk kamek, tapi apa apapun it's all good."



Comments