Svarakudus bermula dari perbincangan tiga orang sahabat persekolahan Akmal (gitar), Zulkhairy(gitar) dan Naim ( drum). Merasakan kugiran mereka tidak mungkin akan lengkap tanpa pemain bass, mereka mencari dan diperkenalkan dengan Akmal Afiq dan menulis beberapa lagu bersama pada pertengahan julai 2019. Kemudian mereka menjemput Atonk sebagai vokalis, Afiq (saxaphone) dan akhir sekali Stam (synthersizer) bagi melengkapkan perisa sebuah kugiran yang dinamik dan sedikit sofistikasi. Dipengaruhi gaya komposisi kugiran seperti Minus the Bear dan seringkali dikaitkan dengan alunan nada Radiohead, Svarakudus membawa muzik acuan indierock yang progresif dan berekperimentasi dengan adunan bunyian pelbagai instrumen yang tidak mengikut acuan sama tapi bertemu di satu titik yang harmoni. Lirik dinyanyikan dalam bahasa melayu dan diselit sedikit dialek nusantara adalah identiti yang cuba diterapkan pada keseluruhan muzik Svarakudus.
Rilis Animalis dan taruhan single Nimbostratus.
Pada 12 Februari yang lalu, Svarakudus merilis EP bertajuk Animalis di platform digital, Bandcamp yang memuatkan lima buah lagu antaranya, Maksum, Ethos, Solstis, Fungsi Terapi dan single pertama taruhan Svarakudus, Nimbostratus.
Mengenai Nimbostratus, Nimbostratus bermaksud awan tebal dan diiringi hujan yang nyaman tanpa guruh atau kilat. Lagu ini gambaran kisah cinta, dari pandangan pertama seorang lelaki dalam meluahkan perasaan cintanya pada gadis yang diminati. Lagu ini ditulis ketika hujan nyaman, seterusnya dipilih sebagai tajuk lagu. Bait Bait lirik, dan riff riff jawa cukup untuk menggambarkan ketelusan kisah cinta yang cuba dibawa oleh penulis lirik ini.
Untuk mendalami estetika muzikalisasi Svarakudus, boleh ikuti Svarakudus di sosial media dan beri ruang untuk anda menikmati Animalis di platform digital seperti Bandcamp dan lain-lain.
Comments
Post a Comment