HEROINE: EP DISTURBIA BERKONSEPKAN REALITI KEHIDUPAN MODEN



Disturbia adalah gabungan dua perkataan iaitu ‘Disturbing’ & ‘Suburbia”. Ia dipilih sebagai tajuk EP Heroine pada kali ini kerana 3 lagu terbaru iaitu Kompas, Sterotaip/Klise & CCTV yang dihimpunkan di dalamnya adalah berkonsepkan  realiti kehidupan moden di sisi yang gelap. Disturbia lebih kepada eksperimentasi Heroine dengan mood yang keras, ortodoks dan penceritaan bersatira suara pop. Untuk material ini, muzik Heroine terpengaruh dengan gaya Britpop dan Alternatif.

Proses rakaman bermula pada tahun 2019 selepas riisan demo Pasca Hibernasi. Ia dilakukan sendiri oleh Heroine (home recording) di pelbagai lokasi, Petaling Jaya dan Kuching, Sarawak. Ia melibatkan kesemua anggota Heroine; Coki, Tariq, Adim, Aen, Jojo & Khairi. 

Lagu Kompas dan CCTV adalah idea dari lagu-lagu lama Heroine, yang dicipta semula dengan nama, melodi, mood dan lirik yang baru. Manakala lagu Stereotaip/Klise dibuat pada tahun 2019. Kompas dan Stereotaip/Klise pernah dirilis pada 2019 di platform digital manakala lagu CCTV adalah yang terkini dan ketiga-tiganya dimuatkan di dalam cakera padat Disturbia EP dibawah naungan El Factory Records, Kuching.


Ia akan mula diedarkan secara rasmi untuk jualan bermula bulan March, secara atas talian, di toko-toko muzik yang terpilih dan di acara persembahan Heroine. Di acara Midtown Indie Spiral Party ’20 yang bertempat di Kahf Studio, Kuching pada 1 Februari, Heroine hanya menjual 20 keping edisi terhad Disturbia sebagai langkah promosi awal dan edisi istimewa buat pengikut-pengikut Heroine di Kuching khususnya.

Comments