LUCY IN THE LOO: "IT'S NICE THAT SOME THINGS DON'T CHANGE"





"FOR MAXIMUM PLEASURE, LUCY IN THE LOO IS BEST TO BE EXPERIENCED WITH COTTON CANDY FLAVOURED ICECREAM TOPPED WITH RAINBOW SPRINKLES AND ICED PEACH TEA"

Lucy In The Loo membuat kemunculan semula setelah 12 tahun membuatkan pendengar kembali bernostalgia dengan lagu-lagu dari band Indie Powerop Malaysia ini seperti Selamat Jalan, Reality Bites, Some Kind of Chemistry, Seeing Each Other, dan lain-lain. Lucy In The Loo juga pernah merilis EP bertajuk Sugarhigh pada tahun 2005 selain Radio Malaya Compilation yang memuatkan lagu Loser Lullaby. Lucy In The Loo tidak lagi aktif sekitar tahun 2007 sebelum membuat kemunculan semula 12 tahun kemudian di Live Fact pada 23 oktober yang lalu bersama Ferns.

Melalui interviu ringkas ini, Hana, vokalis dan juga pengasas Lucy In The Loo bercerita mengenai one-off comeback, apresiasi muzik dan hal-hal seputar mengenai Lucy In The Loo.



Menurut Hana, sememangnya ia sebuah nostalgia untuk Lucy In The Loo kembali beraksi. "Unrealised dreams." Ujar Hana. "Tapi memang sejak 10 tahun lepas dah ramai orang tanya "kenapa disband, tak nak buat come back ke" and ada jugak yang offer one-off come back show tapi kadang-kadang timing tak ok, ataupun lokasi tapi bila Faris (Tapau) ajak kali ni, it was the right offer at the right time. Tapi kita memang dari dulu sepakat nak disband and fokus benda baru so kita memang pasang niat this would just be a one-off come-back show. Saya takde hajat nak start balik Lucy In The Loo sebab, saya start band tu waktu saya sekolah lagi, jadi obviously saya punya taste and preference dah lain sebab kita semua grow over the years kan so definitely saya nak try buat karya yang baru, dengan band baru dan orang baru. It's time we put old things to rest."




"First kita start jam balik tu memang terasa... tua. LOL. Playing cukup berkarat, tak ingat lyrics, lupa chords dan solo. But satu benda yang masih sama adalah chemistry. Lineup terakhir sebelum kita disband tu memang paling best dan perfect, musically jugak, and we got along really well but sayangnya kita tak sempat record album atau tour bersama. Lepas disband tu kita tak berapa keep in touch sebab masing-masing dah sibuk bekerja dan berkeluarga but I think yang paling heartwarming ialah realising that lepas 12 tahun disband dan start jamming balik, we still had chemistry, still get along well and still had fun being a band again. It's nice that some things don't change."

APRESIASI MUZIK DAN RILISAN.

Muzik berkembang, sebegitu juga pendengar yang mudah untuk akses muzik di platform digital, dalam mengekspresi karya, samada ia semakin sukar atau tidak, Hana atau secara generalnya, Lucy In The Loo, melihat dari perspektif apresiasi muzik dahulu dan sekarang. "Pendapat saya — sama sekali tidak. Di zaman media sosial sekarang dan streaming platforms, pendengar bukan sahaja senang discover dan kongsi penemuan muzik zaman sekarang tapi juga rediscover old sounds from as way back then." Tambah Hana.

"It's a good thing, sebab selain kenaikan genre-genre baru, pendengar golongan muda juga open dan boleh appreciate psychedelic rock 70an, punk rock 80an, grunge 90an dan lain lain. Semua ni definitely membantu untuk inspire new music dengan lebih senang dan mendatangkan pendengar baru." 

Mengenai projek terbaru dari Lucy In The Loo dan perancangan meriliskan semula album atau EP terdahulu , Hana mengatakan sememangnya ada terlintas untuk merakam semula lagu-lagu yang tak sempat diriliskan. "Kita ada jugak consider nak record balik lagu-lagu yang kitorang tulis sebelum disband yang tak sempat record dan release, tapi semua tu memakan masa, duit dan effort yang besar so mungkin lebih baik kita (saya kot? haha) fokus masa, duit dan effort tu terhadap karya dan band baru saya nanti, insyaAllah." Jelas Hana.

Comments