PLAYBURST: BEDAL CAMPUR, FRIENDSHIP DAN VARIASI GENRE




Teks dan Foto: Zhafirin dan Playburst



Playburst adalah sebuah band emo yang dibentuk pada tahun 2019 oleh bekas dan ahli semasa seperti Couple, Tools Of Trade, The Fridays, Crack Guilty, Jalan Sehala, Code Error, Kah-Roe-Shi dan Pakatan Haram Jadah.

Dengan cinta terhadap Midwest Emo, Math Rock, Punk dan Hardcore yang masih belum diterokai sepenuhnya bersama band mereka yang lain, Playburst adalah pengembaraan muzik yang baru disamping membawa jenama mereka ke seluruh malaysia bahkan dunia. 

EP kaset debut Playburst dikeluarkan pada jun 2019 oleh Utarid Tapes yang segera menjual 200 salinan pada pra-tempahan awal. Menurut Aidil, Playburst menjadikan Midwest Emo sebagai tiang rumah. "Tapi lepas tu ikut mood dan taste setiap orang dalam band la kot untuk letak pintu macam mana, atap macam mana, nak cat rumah warna apa, nak buat dinding pakai apa. So, some songs ada math, tetiba ada D-beat la bagai." Tambah Aidil. "Rasanya consensus kitorang adalah cuba untuk combine midwest emo dan math rock, tapi camne gabungan kimia tu terjadi macam susah sikit nak diterangkan, sebab masing-masing kitorang ada influences sendiri. Ikut instinct je kot, ikut mana yang rasa macam sedap di telinga kitorang. Bedal je campur, tengok macam mana jadinya."

Bercerita mengenai awal penubuhan Playburst, Afiq menjelaskan penglibatannya bersama Playburst "Ada satu hari ni, Tiong text aku cakap dia ada hajat. Dia nak ajak aku join satu project main emo yang agak technical since dia tengok work aku dengan Crack Guilty, dia cakap macam sesuai untuk aku menyanyi dan main guitar untuk band emo ni. So of course la aku setuju sebab aku memang nak cuba something different for myself plus dapat kerja skali dgn Tiong Tools dan Wan The Fridays. Sekali masuk jamming, aku jem jugak sebab line guitar Wan agak technical dan tak banyak space untuk aku fill in. Masa tu bassist kawan Wan nama Bana. Lepas several times kami rehearsal, Bana macam tak dapat commit. So aku macam apa kata aku cuba main bass. Sekali pap melekat. So aku pun cuba jadi bassist / vocalist tapi macam tak solid sangat."

Afiq mengatakan, apabila Aidil yang juga aktif bersama band power-pop, Couple, mulai bersama Playburst, mereka merasakan stabiliti antara band. "In terms of songwriting, semua band members contribute idea masing masing dan hasilnya agak effective walaupun kami semua ada background music lain lain. Ni kira new experience bagi aku sebab bekerjasama dengan lineup yang agak experience so banyak benda baru boleh belajar."



Tiong pula menjelaskan visi beliau dan ingin keluar dari zon selesa "Aku perlukan satu band yang serius untuk aku main drum. Ada visi sendiri dan aku perlukan sesuatu yang baru dari comfort zone sendiri. Jumpa beberapa calon, tapi serasi dengan Wan Belon kerana corak permainan guitar dia yang kotor dan intense memang serasi dengan formula drumming yang aku ada."  Gitaris, Wan, bercerita  tentang sebelum beliau bersama Playburst, beliau pernah melalui beberapa fasa pembikinan dan pemilihan berubah mengikut masa. "Teringat pada satu jenaka, sememangnya harus memilih satu tujuan yang tetap memandangkan masa semakin suntuk untuk industri musik tempatan."

Selain album penuh akan diriliskan pada penghujung tahun 2019 dan gig-gig dalam masa terdekat, Playburst juga dalam proses menghasilkan lagu baru. Tambah Afiq "kami try to maximize our potential as a band dari segi kukuhkan formula songwriting dan music direction untuk our upcoming release. Of course kami ada refer several bands untuk idea, tapi on songwriting process, we're on our own. It means macam every band members ada default or signature masing masing so that's how we work on it."

Terkini via sosial media Playburst, mereka baru saja meriliskan single pertama dari album Positive Jams yang bertajuk We'll Be Fine. Rilisan fizikal Positive Jams mulai dijual pada 13 oktober ini di Teenage Head Records sempena Cassette Store Day. 

Comments