PASCA HIBERNASI HEROINE





Pasca Hibernasi adalah himpunan 2 trek terawal yang dihasilkan oleh Heroine formasi yang baru 2019. Ia berkonsepkan penceritaan mengenai karekter & peristiwa yang disampaikan dalam Bahasa Melayu, atau lebih tepat, Nusantara. Untuk keseluruhan lagu Heroine baru yang ada (6 lagu), konsepnya lebin meluas, mungkin ada sedikit unsur ketuhanan melalui lirik. Apapun jika merujuk konsep pada struktur lagu yang ada dalam Demo Pasca Hibernasi ini, ia satu komposisi yang ringkas, sebagai contoh pengulangan verse & korus yang ringan tanpa ada unsur yang berat. Lagu Heroine sungguhpun liriknya kiasan yang ringan, muziknya cenderung ke arah mood yang berat, atau lebih sesuai dikatakan dark & rock & roll. Kombinasi pop pada vokal lalu digabungkan dengan elemen muzik Heroine, maka terjadilah lagu-lagu Heroine yang ada sekarang.


Lagu-lagu dalam Pasca Hibernasi ada 2 iaitu Serigala Kota & Bang!. Serigala Kota sebenarnya adalah lagu projek Adim bersama band lama, Orangmutan (2014-2016) yang gagal lalu diolah semula bersama Heroine dengan nafas baru. Daripada asal berirama electronica, Heroine merubah Serigala Kota 100% berjiwa Indie Rock. Bang! pula adalah karya baru bersempena dengan comeback Heroine, dimana telah dicipta oleh Coki lalu dikemas & ditambah oleh yang lain. Kebiasaannya muzik akan dicipta dahulu sebelum terjadinya lirik. Proses seperti ini lebih selesa tambahan pula disenangi oleh semua ahli. Oleh kerana ahli Heroine tidak tinggal setempat (ada yang bekerja di Kuching, Miri, Sibu & KL)  perbincangan, berkongsi idea membuat lagu hanyalah melalui Whatsapp group. Secara jujur sehingga artikel ini ditulis, Heroine hanya pernah jam session sebanyak 3 kali semenjak formasi baru bergabung. Keserasian semua figura bila bersama menjadikan proses mencipta & menggubah lagu jadi lebih mudah.

Pasca Hibernasi membawa pengertian sesudah berehat. Ia menjurus kepada kembalinya Heroine dengan material baru setelah sekian lama menyepi. Itu saja. Seperti sedia maklum, Heroine sudah lama ditubuhkan & bermula sebagai band yang mengetengahkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara pada awalnya. Baik dari segi idea lagu, kebanyakan idea Heroine pada masa itu adalah berkisarkan kehidupan dan pengalaman semasa zaman remaja. Selepas sedekad, rombakan formasi baru ahli Heroine mempengaruhi penulisan lirik, mood dan gaya permainan. Boleh dikatakan ia adalah satu bentuk peralihan fasa matang muzik Heroine setelah kemasukan ahli baru maka segala kapasiti semakin bertambah terutamanya idea. Oleh itu pemilihan tajuk Pasca Hibernasi adalah bersesuaian dgn cerita setiap ahlinya yg datang dari lain-lain latarbelakang muzik sebelum itu, lalu dihimpunkan menjadi Heroine 2.0 yang ada sekarang ini.

Demo Pasca Hibernasi berharga RM 15 ini boleh didapati di gig atau boleh didapatkan melalui online, berhubung terus dengan Heroine di sosial media. 

Comments

  1. admin numpang promo ya.. :)
    cuma di sini tempat judi online yang aman dan terpecaya di indonesia
    banyak kejutan menanti para temen sekalian
    cuma di sini agent judi online dengan proses cepat kurang dari 2 menit :)
    ayo segera bergabung di fansbetting atau add WA :+855963156245^_^
    F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
    Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..
    F4ns Bett1ng

    "JUDI ONLINE|TOGEL ONLINE|TEMBAK IKAN|CASINO|JUDI BOLA|SEMUA LENGKAP HANYA DI : WWw.F4ns Bett1ng.COM

    DAFTAR DAN BERMAIN BERSAMA 1 ID BISA MAIN SEMUA GAMES YUKK>> di add WA : +855963156245^_^

    ReplyDelete

Post a Comment