HUHA: DINAMIK, KAHF DAN ELEMEN KUCHING CITY ROCK

FOTO & TEKS: HUHA

Huha adalah kugiran indie rock dari Kuching yang ditubuhkan pada 2008 dan masih bergerak aktif sehingga sekarang dengan variasi line-up, juga dikekalkan beberapa muka lama tetapi arus muzik Huha masih bertenaga, membiarkan city of unity, khayal, dengan elemen Kuching City Rock. Melalui interviu di Kahf Studio, yang juga milik Huha, aku bernasib baik sebab kesemua ahli Huha berada di studio tersebut. Dari perihal pengaruh muzik, Kahf Studio sehinggalah elemen Kuching City Rock jadi topik bualan sepanjang di Kahf Studio.

"Huha Dinamik, line-up pun Dinamik, proses kreatif juga dinamik. Hampir semua tentang Huha adalah  dinamik. Seingat aku, kali terakhir line-up Huha kekal lama adalah ketika tour di semenanjung dan Sabah pada tahun 2016, selebihnya ahli sering bertukar tetapi Huha tetap terus berkarya siapapun ahlinya, kontribusi yang pernah bersama Huha adalah besar.  Muzik berevolusi dan sebegitu juga Huha, sepertimana melalui lirikal, proses kreatif berlaku mengikut mood, situasi, pengalaman, mungkin mustahil untuk menurut selera arus perdana atau segala muzik yang trending, tapi muzik Huha akan berubah dari segi bunyian, bait lirik. Misalnya, aku nak ciptakan karya yang boleh mendatangkan kegembiraan pada situasi semasa, maka muzik dan lirik tentang kegembiraan yang akan dilahirkan. Fikir aku, Huha adalah muzik untuk orang enjoy. Tidak ada lirik berunsur politikal, sosial setakat ini, tapi tidak menidakkan lirik sebegitu tapi lebih kepada apa yang dihidangkan idea dan situasi semasa. Kalau suatu masa nanti, Huha nak mengubah bunyian ke arah genre lain, siapa tahu?" menurut frontman Huha, Hata Azua.



"Biasalah, zaman Oasis meletup, kita pun layan Oasis. Selepas itu, mula mengenali Blur dan lain-lain. Secara general, The Libertines, Interpol adalah pengaruh besar tapi ia cuma sebagai inspirasi bukan meniru bulat-bulat jenis muzik yang kita ingin mainkan. Proses kreatif berkembang, dari seorang ke seorang ahli Huha, maka terbentuknya bunyian Huha. Huha adalah Huha. Mungkin aku boleh katakan tiga album pertama The Strokes juga antara bunyian yang aku suka. Julian seperti alien. Dalam awal 20an, The Strokes hidangkan muzik sebegitu. Kalau dipilih tiga album secara general yang berpengaruh dalam Huha adalah Interpol-Antic, The Libertines dan Nirvana-Bleach. Untuk lokal, karya-karya Bittersweet, OAG, Heroine, antara yang aku suka dan minat. Mungkin kita dah tahu bunyian Bittersweet dan OAG, tapi untuk scene underground di Kuching, Heroine adalah antara yang hasilkan muzik berkualiti. Cuma menyebut beberapa nama tetapi hampir kesemua, Kuching ada elemen tersendiri."

KUCHING CITY ROCK!

"Kuching City Rock pula adalah cerita lain, harapnya ia akan dijadikan elemen dalam pemuzik di Kuching, tidak kira apa genre sekalipun, apabila kita mendengar lagu, kita terfikir 'Tok bunyi Kuching City Rock, sik kesah la genre apa, orang akan tauk band tok dari sine.' Nicestupidplayground, Nerd, OAG, bahkan Hujan ada attitude 'ok miak sarawak la tok, hahaha!' mungkin suatu masa, lagu iban pun ada elemen Kuching City Rock. Seperti di New York ada New York Sound, kita ada Kuching City Rock, itu yang aku maksudkan mengenai Kuching City Rock, elemen muzik dan mungkin boleh jadi sub-budaya."

"Kuching City Rock adalah hal positiviti, untuk generasi akan datang, ditambah dengan era digital, sosial media, jika dimasa depan kita tak dapat kekalkan atau mengembangkan scene sebegini, kita akan merasa rugi. Masa kini, semuanya di hujung hari, berita semasa dikemaskini, dan kelajuan internet menyumbang seberapa cepat maklumat yang kau perolehi, misalnya, kau lepak dengan kawan-kawan, kalau kau tak tahu hal semasa yang viral dua atau tiga hari lepas, kau dianggap ketinggalan. Jadi, kita perlu gunakan kemajuan digital dan sosial media sebagai penggerak hal-hal positif untuk generasi seterusnya. Kita nak lihat anak-anak muda pergi gig, mendengar muzik underground, sebab generasi ini yang akan membawa scene kita terus ada di masa hadapan. Dengan adanya sosial media, kenapa tidak?"

LAGU: HUHA-RIOT DISCO

"Scene Kuching buat masa sekarang adalah positif. Positif adalah perkataan yang sesuai jika dibandingkan dengan bercerita mengenai naik atau turun, meningkat atau tidak. Selagi scene hidup, ia adalah positif. Apa lagi yang kita boleh lakukan, asalkan scene terus hidup. Cukup. Seperti kewujudan Kahf Studio sendiri, ia untuk scene terus hidup dan bernyawa. Kalau nak letak bisnes sebagai nombor satu, mungkin akan berakhir dengan kekecewaan. So, pertama adalah passion, passion menggerakkan scene dan selebihnya adalah luar kawalan. Kahf Studio menyediakan platform untuk svene Kuching, untuk sesiapa saja samada dari Kuching atau luar boleh datang menyewa studio kami dan itulah yang aku harapkan, kau datang sewa tempat kami dan bayar dan scene terus bergerak. Scene hidup datang dari siapa yang mulakan, usaha dan selebihnya adalah bagaimana untuk kau terus menyokong dan menggerakkan scene Kuching City Rock. Sebagai contoh semasa Huha tour di Bandung, orang-orang disana begitu supportive, tak kira usia, kami dilayan dengan baik, menyediakan gig, itu dan ini. Komuniti apa jenis seni sekalipun di Indonesia, sememangnya maju dan kita boleh belajar sesuatu dari negara jiran kita."

"Next project Huha? tak pasti kemana ia bawa pergi yang pasti perlukan duit untuk bergerak. Ada duit bolehlah pelan untuk rakaman dan sebagainya selain komitmen personal perlu diambil kira. Huha akan terus bergerak, terus ber-indie rock, namun samada ia bersesuaian dengan situasi kewangan dan komitmen personal."

Comments

  1. agen365 agen jud! online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    WA : +85587781483

    ReplyDelete

Post a Comment