MERAYAKAN AMBIGUITAS MAD & RISSA



Mad & Rissa adalah sebuah kugiran indie pop Malaysia. Menurut vokalis Mad & Rissa, Wanjah Ali, pada mulanya, tahun 2016, sekadar membikin projek sendiri untuk kepuasan diri sendiri sebelum serius menjadikan Mad & Rissa sebagai sebuah band. Disebalik nama Mad & Rissa, Wanjah mengatakan nama Mad &Rissa diambil sempena nama kedua-dua anaknya dan terus melekat sehingga ke hari ini. "Awalnya, saja bikin lagu dan muatnaik ke Soundcloud peribadi secara suka-suka. Aku dah penat nak bikin band sebenarnya tapi selepas itu terfikir nak bikin band semula tapi memandangkan mencari line-up band agak sukar."

"Aku terus bergerak solo sehinggalah pada tahun 2017 ada seorang sahabat bernama Izhar nak membantu bermain dram. Kami mula praktis suka-suka, dan rekod demo secara suka-suka juga sehinggalah satu perkara yang membuatkan aku lebih fokus dan jadi serius selepas Hafidz Khottal panggil aku untuk bikin satu persembahan low-key di acara Cassette Store Day di CORM, Jasin. Bermula dari situ, aku mula serius" Jelas Wanjah. "Permulaan memperkenalkan jenama Mad & Rissa adalah menghasilkan rilisan EP digital oleh kerana tak mampu nak rilisan fizikal. Selepas rilisan EP tersebut, Mad & Rissa mula aktif di gig dan boleh dikatakan membantu pergerakan dan mengangkat nama Mad & Rissa di khalayak ramai, pengikut-pengikut indie kita. Terima kasih juga kepada Moja dari band Shuuna yang membawa aku di gig berskala besar iaitu Minut Init. Aku terus teruja, pada tahun 2018 aku mencuba nasib untuk menyertai sebuah pertandingan berprestij indie tanah air iaitu Vans Musicians Wanted. Alhamdulillah, tidak dijangka kami berjaya dalam kelompok 12 terbaik namun terkandas disitu tapi itu sudah mencukupi bagi aku, satu penanda aras untuk aku lebih serius."

"Aku mula mencari line-up bagi melengkapkan kesemua posisi dalam band. Alhamdulillah, aku berjaya melengkapkan Mad & Rissa yang diwakili oleh yang lainnya; Haziqa sebagai gitaris, Faridz Zainal di posisi bass dan Jerome Majaham bermain dram. Setelah beberapa single dirilis pada 2018, kami merilis sebuah album yang bertajuk "Antologi Mad & Rissa" pada awal tahun 2019." Wanjah, vokalis Mad & Rissa.

Membahas makna Ambiguitas yang merupakan EP pertama mereka yang membawa maksud mempunyai dua makna atau melebihi satu makna. Menurut Wanjah, jawapan datang dari seseorang akan berbeza mengikut pendirian manusiawi. "Walau kulit sama cantik, ianya tetap akan ada perbezaan dari segi naluri dan nurani." Jelas Wanjah. "Lagu-lagu dalam EP ini tidak juga bersifat kritikal, sebab ia lebih terarah kepada kekeluargaan, ketuhanan dan kisah-kisah pedoman orang sekeliling selain pengalaman peribadi."

"Proses pembikinan EP ini mengambil masa lebih kurang lima ke enam bulan sebab buat pertama kalinya aku membuat secara DIY dari awal hinggalah ke peringkat mixing dan mastering. Aku belajar dari pengalaman  selain memanfaatkan Youtube dan segala informasi atas talian."

Disoal mengenai pilihan personal Wanjah, pilihan album terbaik, Wanjah menyenaraikan lima pilihan terbaik antaranya Couple (Top Of The Pop, 2006) Hujan (HUJAN, self titled, 2008) They Will Kill Us All (Secret Episodes, 2009) Dirgahayu (Commemorate! 2015) dan Lust (Tekesima, 2019) "Ini pilihan peribadi aku bukannya pilihan mewakili Mad & Rissa. Aku yakin setiap ahli mempunyai citarasa tersendiri. Ada banyak lagi sepatutnya dalam senarai ini tapi ini saja yang aku ingat buat masa sekarang. Aku pasti banyak lagi yang aku tak explore dan banyak lagi yang sedap."


Selain nerilis album 'Antologi Mad & Rissa pada awal tahun 2019 yang mengandungi lapan buah lagu, enam darinya merupakan kompilasi dari EP Ambiguitas dan juga single-single yang telah dirilis sebelum ini selain dua buah lagu lagi adalah lagu baru yang masih belum dirilis di mana-mana platform digital. Terbaru, pada tanggal 29 mei, Mad & Rissa meriliskan sebuah lagu raya bernuansa keroncong dan irama asli nusantara, dimana menurut Wanjah, lagu raya ini juga disuntik sedikit bunyian moden agar dapat merasakan suasana berhari raya selain disulam keroncong dan irama tradisional.



"Berkenaan dengan gig pula, kami kurang mengambil gig pada ketika ini oleh kerana masing-masing sibuk dengan urusan kerja, Tambahan pula ada yang masih belajar dan sibuk dengan tugasan dan peperiksaan. Sekiranya semua mempunyai ruang dan masa, kami akan aktif semula. Sebelum terlupa, kami akan mengiringi sebuah band dari Indonesia iaitu White Shoes and The Couples Company Live in Kuala Lumpur pada 6 julai sebagai pembuka acara. Penjualan tiket masih berjalan dan boleh ke instagram Mendamrasso untuk mendapatkan tiket dan maklumat lanjut. Kami juga sedang giat menulis lagu baru untuk projek akan datang, berkemungkinan besar album untuk tahun 2020 selain beberapa projek kolaborasi yang masih dalam perbincangan dan harapnya akan menjadi kenyataan."

Jangan lupa untuk subscribe laman youtube Mad & Rissa selain mengikuti laman sosial Mad & Rissa di Facebook,twitter dan instagram untuk mengetahui info selain rilisan terkini dari Mad & Rissa.

Comments

  1. admin numpang promo ya.. :)
    cuma di sini tempat judi online yang aman dan terpecaya di indonesia
    banyak kejutan menanti para temen sekalian
    cuma di sini agent judi online dengan proses cepat kurang dari 2 menit :)
    ayo segera bergabung di fansbetting atau add WA :+855963156245^_^
    F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
    Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..
    F4ns Bett1ng

    "JUDI ONLINE|TOGEL ONLINE|TEMBAK IKAN|CASINO|JUDI BOLA|SEMUA LENGKAP HANYA DI : WWw.F4ns Bett1ng.COM

    DAFTAR DAN BERMAIN BERSAMA 1 ID BISA MAIN SEMUA GAMES YUKK>> di add WA : +855963156245^_^

    ReplyDelete

Post a Comment