ATAS MEJA: TITIKDINGINDAMAI, AKU, DIA DAN DIA


TEKS/REVIU: TITIKDINGINDAMAI/JIMI ASID


"Titikdingindamai adalah rangkuman rasa dan pola fikir dari 10 figura | Hairul Hasnan, Moses de Silva, Titik, Dingin, Damai, Mye, Benz, Christ, Dave dan Adib. Sa-buah kugiran yang boleh dikatakan berpaksi pada aliran muzik folk/musikalisasi puisi dan berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Ditubuhkan sekitar pertengahan tahun 2018."

"Makna di sebalik nama titikdingindamai adalah gabungan daripada dua simbolik; titik (perhentian/tempat) dan dingindamai (tenang/adem). Dan itu berkesinambungan dengan tujuan utama tdd berkarya dengan harapan karya-karya titikdingindamai yang sederhana boleh menjadi alternatif tempat bertenang dari hura-hura dunia untuk para pendengar budiman. Bagi kami muzik itu buat semua orang, entah dia pendengar atau pelaku. Muzik itu buat semua orang. Muzik itu bahasa pemersatu." menurut salah seorang dari Titikdingindamai, Titik.

"Setakat ini TDD telah luncurkan Ep Belumkata dalam bentuk cd yang mengandungi 5 buah lagu dan juga telah meluncurkan video lirik rasmi bagi kesemua lagu dari Ep Belumkata di halaman YouTube tdd. 2 karya yang terdapat dalam Ep Belumkata juga telah mendapat peluang menjadi OST bagi filem pendek Dongeng arahan Jo Sidek"

Baru-baru ini, TDD juga baru telah lancarkan demo single pertama bagi Ep Belumkata2 juga di halaman YouTube titikdingindamai. Dan sekarang titikdingindamai sedang dalam proses merakam kesemua karya untuk Ep Belumkata2 yang mengandungi 6 lagu.

Lagu pertama dalam EP Belumkata bertajuk Aku, dia dan dia adalah sebuah keberanian bukannya hanya dari puisi-puisinya tetapi komposisi bunyian membuat kita tidak harus bersenang-senang dengan teh panas dan hujan. Lagu ini membuat kita berfikir, menentukan nasib sendiri  dengan berani dan berhenti menjadi klise selain diskusi argumen seperti refleks kita pada diri sendiri. Liriknya bersesuaian apa yang dideskripsi oleh  Nietzsche, mata muzik memandang kehidupan sebuah humor. Lagu Aku, dia dan dia ini adalah pembukaan yang baik, tidak klise dan membiarkan teh panas dan hujan tidak berteman, tidak seperti kebiasaan lagu-lagu dalam genre folk atau musikalisasi puisi.

Kugiran dari Kota Kinabalu ini yang kini bersama Luncai Emas dalam proses meneruskan cita-cita mereka, boleh santuni mereka di halaman media sosial untuk telaah perkembangan TDD. Sampai bersua rupa para pendengar budiman.




Comments

  1. admin numpang promo ya.. :)
    cuma di sini tempat judi online yang aman dan terpecaya di indoneisa WA : +85587781483

    ReplyDelete

Post a Comment