PROFIL LUST, INTROSPEKTIV DAN TEKESIMA


"At the start, kitorang semua dah ada band masing-masing, tapi kitorang tak rasa puas hati sangat dengan music yang kitorang tengah buat time tu. So masa awal tu, hanya Anaqi (bassist) Faris (guitarist/vocalist) dan Cha'en (ex-drummer) yang kenal each other. Azfar (guitarist/vocalist) pulak pada masa yang sama tengah tolong band pertama Anaqi dari segi production dan recording. From there, Anaqi kenalkan Azfar dengan band member yang lain. So tercetusnya band LUST. Time tu kitorang memang focus gila nak keluarkan lagu sendiri, dah serik dah jam lagu cover je. So tak lama lepas our introduction, kitorang terus tulis lagu yang end up dalam EP Chingichanga"

PROSES TEKESIMA DAN LAGU INTROSPEKTIV: "Kebanyakan lagu dalam Tekesima menceritakan pasal perasaan terkejut bila bertentang dengan tanggungjawab yang datang dengan kehidupan as an adult. Apa yang acceptable time kitorang muda sekarang dah tak boleh jalan bila umur kitorang dah almost 30. Proses pembikinan album Tekesima dilakukan secara mendadak. Tapi pada mulanya, Faris yang mulakan prosesnya bila dia kasi beberapa demos yang telah dia rekodkan. So from there, sikit-sikit kitorang tambah lagi lagu baru, dan part baru kepada lagu-lagu tersebut. Memang dari awal lagi, kitorang bertekad tak nak buat lagu yang terlampau bergenrekan "psychedelic", kitorang lagi berminat untuk explore genre lain seperti pop, garage rock, altenative rock dan experimental. Mengenai Introspektiv pula, Pada asalnya, lagu ini kami ingin "folk-kan" dan mahu jadikan moodnya uplifting ala ala Fleet Foxes. Semasa proses writing, Azfar bahkan ada lirik berulang pada melodi utama vocal yang berbunyi "death is just a doorway". Pada akhirnya, kami putarkannya menjadi sebuah lagu yang dancy dan ala disko, tetapi dimain dari sudut yang lebih punk ala Foals zaman Antidotes. Part tengah dan akhir di tambah kemudian, dan mood yang berderita di part bridge lebih diinspirasi oleh lagu The Strokes bersama Regina Spektor - Post Modern Girls. Liriknya berasaskan "the volatileness of keeping faith", iaitu tentang sebuah watak yang sedang dilema dengan sesuatu yang menjanjikan kebaikan dan kebenaran kepada dirinya, dan bagaimana watak ini masih tegas menunggu walaupun penungguan ini membawa kesan buruk kepada dirinya."

ARTWORK TEKESIMA
"Artwork Tekesima pada mulanya lain dari the final artwork. Kitorang banyak dapat pertolongan dan direction dari Amir Johari, seorang videographer. Pak cik dalam artwork itu melambangkan persona "perfectonist" yang terdapat dalam mana-mana jurusan kreatif. Dia merupakan seseorang yang hebat dalam bidang dia tersendiri, tapi tidak pernah puas hati dengan karya dia tersendiri, sampai tidak di-publishkan atau dipaparkan mana-mana. “Tekesima” is a play on the Malay word "terkesima" – which means to be stunned, by an object or incident that instantly tugs at your attention. We hope you enjoy this record as much as we loved making it."

"Tekesima" out on Spotify and all digital platforms.


Comments


  1. ayo daftarkan diri anda di a*g*e*n*3*6*5 :D
    WA : +85587781483

    ReplyDelete

Post a Comment