SENJA: MATAHARINDIE, STEREOTAIP DAN LAIN-LAIN


"Kami menciptakan genre kami sendiri iaitu Mataharindie" itu yang dijelaskan oleh sebuah girlband bernama Senja yang dianggotai Kasih, Myra dan Inarah. "Kami bertiga merupakan kawan sekolah dan bermain muzik merupakan hobi kami sehinggalah pada tahun lepas Kasih telah ditawarkan untuk membuat persembahan di gig hari kekasih di Gaslight. Disitulah, perjalanan Senja bermula" 

"Soal pengaruh muzik Senja pula, kami bertiga mendengar muzik yang amat berbeza dan tidak mahu khusus hanya pada satu genre sahaja. Kami bermain, meneroka dan menghasilkan apa saja jenis muzik yang menghiburkan serta boleh diterima oleh semua pihak" Menurut Senja, mereka menjadikan Rex Orange County, Paramore dan My Chemical Romance sebagai pengaruh awal bunyian Senja. Mengenai lagu-lagu Senja, buat masa kini Senja hanya ada di soundcloud, dimana beberapa demo yang masih dalam peringkat awal telah dimuatnaik selain video dari gig-gig yang lepas. 

"Kami memang merancang untuk merakam lagu kami sendiri namun kami masih berusaha untuk menambah baik lagu dan muzik kami. InsyaAllah kami akan merakamkan EP dalam masa terdekat dan kami percaya Senja memiliki potensi dan kreativiti yang unik untuk dikongsi kepada semua pendengar. Apa pun muzik yang kami hasilkan jika itu muzik yang berkualiti dan mampu menghiburkan ramai pihak, kami berpuas hati. Kami ingin membuat muzik untuk mereka yang kami sayangi dan bakal kami cintai. Jika kami bermain muzik yang mendayu, berbunga dan perlahan, ada pihak akan mengatakan seolah-olah itu sahaja kemampuan kami. Bila kami mainkan muzik rock ataupun punk, kami dilabelkan sebagai sebuah band wanita yang  rebel, terlalu mencuba untuk mendapat perhatian. Stereotaip ini tidak khusus pada Senja saja tetapi jika mana-mana wanita bermain muzik, isu stereotaip seperti itu akan timbul" 



Interviu Senja sambil mendengar bunyian Mataharindie Senja via Soundcloud SenjaMY, lagu-lagu seperti Everybody's My Fucking Boyfriend, The Bat is Coming, Tools of Destruction, Riot on a Quiet Street, Flowers for Algernon berkumandang jelas memberi keterujaan dalam karya Senja. Seperti diperkatakan Senja mengenai keterujaan mereka membawa Senja ke peringkat yang lebih tinggi "Baru-baru ini kami telah menerima tawaran untuk membuat persembahan di Johor Bahru. Kami amat berbesar hati dan teruja kerana ini merupakan kali pertama Senja beraksi diluar Kuala Lumpur"

Selain itu, Senja juga mahu segala kekangan yang ada tidak akan jadi masalah kerana chemistry antara mereka bertiga  meskipun untuk menjayakan sebuah band bukanlah mudah. "Kami percaya selagi ada kepercayaan antara satu sama lain dan semangat, tidak akan ada masalah untuk kami bertiga tidak dapat hadapi dan selesaikan"

Pada masa yang sama, Senja senang dengan sambutan dan sokongan ke atas karya-karya Senja. Untuk mengetahui perkembangan dan hal-hal tentang karya tiga gadis yang membawa nama Senja ini, boleh mengikuti mereka di sosial media:

Instagram: @Senja.je
Twitter: @Senjacolour
Facebook: Senja
Soundcloud: SenjaMY



Comments

  1. ayo menangkan uang setiap harinya di agen365*com
    WA : +85587781483

    ReplyDelete

Post a Comment