Mohd Jayzuan adalah figura penting dalam scene underground, seorang penulis, singer-songwriter, kurator, filmmaker, producer dan seorang penyajak. Antara buku-buku hasil karya Mohd Jayzuan adalah 28: Hari jurnal rock n'roll, Anekdot Rabak, Anarki di Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Aku Okay dan Sajak-sajak Gustavo.
Mohd Jayzuan bikin debut pertamanya untuk filem sebagai pelakon dalam filem indie bertajuk 'Konsekuensi' pada tahun 2008. Sejak itu, dia menjadi sebahagian dalam projek filem indie atau arus perdana (ada yang muncul di dalam televisyen nasional) sama ada sebagai pelakon, pengarah atau penulis skrip. Salah satu karya pentingnya ialah drama televisyen bertajuk 'Ride' yang dihasilkan oleh Mermaid Studios, yang disiarkan di TV9 selain terlibat sebagai director dan screenwriter untuk Cin-Ntah (2011) dan Ipoh Kreative Documentary (2016)
Aktif bersama band suatu masa dulu bersama Bloodymary dan Free Love. Bersama Bloodymary, Bloodymary mengeluarkan E.P- Why Too Care E.P (2000) dan album Fed Us With Yr Love (2008) bersama Free Love. Free Love even signed with indie label based in New York, Sizzleteen Records.
Seterusnya Mohd Jayzuan terus padu dengan bergerak solo. Bersama band ataupun karier solo, Mohd Jayzuan sudahpun perform diluar Malaysia termasuk Singapura, Indonesia dan Filipina. Album solo terbaru pada tahun 2015, Pop N' Roll yang memuatkan 7 buah lagu, antara hits adalah, Ipoh Rock n' Roll.
Mohd Jayzuan juga sangat aktif sebagai organiser dan kurator muzik, sastera, filem dan acara seni. Salah satu sumbangan utama beliau kepada youth culture di Ipoh, Perak ialah mengadakan youth festival tahunan; Ipoh Kreative. Memilih tempat-tempat di sekitar bandar Ipoh, festival berjalan sepanjang minggu ini melibatkan bacaan puisi, pementasan filem, persembahan muzik, seni
pameran dan forum mengenai seni, budaya dan industri kreatif. Ipoh Kreative berjaya mendapat sokongan daripada kerajaan tempatan melalui badan pelancongannya bernama Perak Tourism sejak tahun 2015.
Mohd Jayzuan kini salah seorang penasihat panel untuk Cendana.
1) Mohd Jayzuan. Aku rasa tak perlu perkenalkan Mohd Jayzuan, semua orang dalam scene kenal dengan siapa figura disebalik nama Mohd Jayzuan. Banyak buku kau tulis dan aktif dalam muzik underground dan juga seorang penyajak, siapa dan apa inspirasi kau untuk bikin kerja dianggap gila ini?
Inspirasi aku ramai, dia bertambah mengikut usia yang semakin menua. Kalau dari segi muzik, arwah Kurt Cobain. Masa di sekolah rendah, aku curi satu tape VHS di satu mall di Ipoh; Super Kinta. Lepas aku usha video tape tu, hidup aku berubah dan aku tahu aku nak dedikasikan hidup pada rock n'roll dan hal-hal counter culture.
Kemudian, bila sekolah menengah, band selain Nirvana yang BETUL-BETUL mengubah aku adalah Sebadoh dan Sonic Youth serta the rest of late 80s and 90s indie rock/lofi bands. Muzik aku tiada sempadan, aku dengar semua jenis muzik, tetapi yang paling dekat di hati aku adalah indie rock dan punk.
Sejak sekolah menengah juga aku dah mula menulis berhelai-helai kertas, aku menulis bukan sebab nak jadi penulis. Menulis sebab aku kena menulis dan keluarkan apa yang ada di dada (selain masa sekolah aku selalu high dan layan kepala dengan bikin art ha ha)
Penulis yang banyak mengubah aku macam beberapa punk musicians macam; Richard Hell, Henry Rollins dan Johnny Rotten. Juga penulis Beat macam Jack Kerouac, Bob Kaufman dan Diane di Prima. Beberapa penulis Perancis; Albert Camus, Lautreamont (mamat ni sebenarnya lahir di Uruguay tapi diconsider sebagai penulis Perancis) beberapa mat amerika lain macam Henry Miller, Charles Bukowski, Hunter S. Thompson dan berlambak lagilah penulis dari Rusia ke Amerika latin.
Aku tak fikir pun apa benda yang aku buat ni kool atau apa, sebab semua ni aku buat sejak 90s, sebelum ia jadi kool dan trend. Art adalah tempat aku melacur.
2) Mengenai Bodysurf, mungkin ramai lagi tak tahu kewujudan Bodysurf. Boleh kau ceritakan mengenai Bodysurf dan bagaimana bodysurf banyak kontribut untuk kehidupan kau dan band-band sekitar Ipoh?
Bodysurf Music sebuah independent record label yang wujud sejak 1997 di Ipoh, ia diterajui oleh Meor Shahiran dan Ducktoi (kedua-duanya daripada band indie rock kultus; Muck). Peranan Bodysurf dalam hidup aku amat besar, memainkan peranan membentuk cara aku berfikir dan membuka jalan untuk apa yang aku ada sekarang. Bodysurf adalah universiti tempat aku belajar menjadi lebih kreatif dan bertemu dengan kehidupan.
Scene Ipoh sejak late 80s terkenal dengan band dan gigs metal dan punk, ada beberapa band/gigs indie. Tetapi apabila Bodysurf ditubuhkan, ia lebih konsisten memberi fokus pada muzik-muzik non-metal; indie, grunge, punk, ska, hardcore dll. Mereka mula bikin gigs dengan kerap, festival dan kompilasi untuk band-band sekitar Ipoh dan Perak. Scene alternatif di Ipoh naik melonjak kerana apa yang mereka di Bodysurf lakukan tanpa putus sampailah boomingnya 'demam indie'.
Aku percaya ramai band-band Ipoh, malahan luar Ipoh yang berhutang karier dengan Meor dan Ducktoi yang memberikan mereka gigs pertama atau pendedahan lebih meluas.
3) Projek Rabak. Kau sebahagian darinya, so far, untuk 2018 ada apa-apa perancangan untuk 2018. Aku sendiri membeli buku terbitan Rabak-Lit, akan ada buku terbaru diterbitkan?
Buat pengetahuan semua, aku dah melepaskan jawatan dalam Rabak-Lit dan Khizanat, jadi aku tak berapa pasti apa future plan terbaru mereka. Projek Rabak kekal sebagai loose movement yang akan ada selagi ada artis dan seniman Rabak yang mahu menghidupkannya. Semua benda akan mati dan tak kekal. So, kita lihat sajalah macamana. Maybe hidup, maybe mati atau mungkin berkeliaran macam roh atas langit.
4) Selepas Pop N' Roll, akan ada material baru/album/gig yang dalam perancangan kau untuk tahun 2018?
Ada. Sentiasa mengarang lagu. Ada satu rakaman pada tahun 2016 dengan seorang produser lagenda yang pernah terjadi tapi tak diterbitkan pada khalayak. Bakal diterbitkan tetapi dengan cara yang belum ditentukan lagi. Mungkin tahun 2018 ada rakaman yang akan diterbitkan pada khalayak. Cuma yang pasti, 2018, aku berminat untuk mula perform di khalayak semula. Dipersilakan segala organiser di alam raya ini menjemput bermain ok.
5) Last, kata-kata untuk orang gila macam bawahtanahrasmi memulakan sesuatu yang dianggap gila kerana bermula dari kosong, atau pouser bagi sesetengah orang, apa pendapat kau?
Terus buat, percaya, bila letih, berehat, bangun semula dan terajang semua benda dalam dunia dan robohkan semua dinding.
Comments
Post a Comment